MUZIUM TYT / TYT MUSEUM

SUMPAH JAWATAN BAGI YANG DI-PERTUA NEGERI

“Saya……………………………….setelah dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri bagi Negeri Melaka adalah dengan ini sesungguhnya mengangkat sumpah menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai demikian dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Negeri Melaka dan Persekutuan Malaysia, dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri Melaka”.

Tugas Yang Di-Pertua Negeri

Malaysia merupakan Negara Persekutuan, pemerintahan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan beberapa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mempunyai struktur dan jentera pentadbiran masing-masing. Walaupun struktur dan jentera kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia seakan-akan sama, terdapat sedikit perbezaaan pada struktur dan jentera kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak.

Setiap negeri terdapat peringkat kerajaan yang ketiga, iaitu Kerajaan Tempatan. Kerajaan Tempatan yang berada di luar Wilayah Persekutuan terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Jentera pentadbiran negeri yang cekap dan berkesan adalah penting untuk melahirkan negara yang maju dan kukuh. Pentadbiran Negeri yang cekap bergantung kepada pentadbiran di peringkat ‘daerah’ dan ‘tempatan’. Sesebuah institusi penting dalam jentera pentadbiran negeri. Sembilan buah negeri Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu mempunyai seorang raja yang mewarisi takhta ditentukan oleh adat yang berbeza mengikut negeri. Di semua negeri, raja dikenali sebagai ‘Raja’ dan di Negeri Sembilan sebagai ‘Yang Dipertuan Besar’. Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak mempunyai seorang ‘Yang Di-Pertua Negeri’ yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Yang Di-Pertua Negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau seorang daripada ahlinya (biasanya Ketua Menteri) yang bertindak di bawah kuasa am majlis itu, ataupun dengan kaedah lain seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Seorang T.Y.T boleh bertindak mengikut budi bicara dalam menjalankan tugasan yang antaranya :

    a. Melantik Ketua Menteri

    b. Tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Negeri;

    c. Meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau tentang hal-ehwal agama Islam;

    d. Melantik penerima pingat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran dan menetapkan tugas-tugas yang berkenaan dengannya; Secara amnya, Institusi Yang Di-Pertua Negeri memainkan peranan penting dalam proses pembangunan dan pentadbiran berdasarkan kepada hakikatnya yang berada pada kedudukan tertinggi dalam struktur jentera Kerajaan Negeri. Institusi ini merupakan sebahagian daripada badan perundangan dan pentadbiran negeri yang wujud hasil daripada perkembangan sejarah negara kita.

Loading

TOP