MUZIUM TYT / TYT MUSEUM

INSTITUSI TUAN YANG TERUTAMA

Semenjak bermulanya tamadun manusia 40,000 tahun yang silam, maka bermulalah Institusi Pemimpin dan Kepimpinan, di mana manusia memilih seorang ketua di kalangan mereka selaku pemimpin.

Terdapat pelbagai jenis Institusi Kepimpinan di zaman dahulu dan sekarang seperti Maharaja, Raja Mutlak, Diktator, Presiden, Raja Berperlembagaan, Sultan, Shah, Gabenor dan Yang di-Pertua Negeri. Dalam abad ke 21, amalan demokrasi telah berkembang di seluruh dunia, di mana kuasa yang ada pada Raja telah dipindahkan kepada rakyat.

Di sesetengah negara, Institusi Raja telah digantikan dengan Institusi Presiden. Namun demikian, Malaysia mengamalkan kedua-dua bentuk institusi, iaitu Raja Berperlembagaan di sembilan buah negeri dan perlantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri (dahulunya dikenali sebagai Gabenor) yang mula diperkenalkan di empat buah negeri semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Institusi Raja adalah institusi turun-temurun dan takhta dipusakai menurut ketentuan warisan.

Institusi Yang di-Pertua Negeri sebagai Ketua Negeri adalah sebuah institusi perlantikan, di mana Yang di-Pertuan Agong melantik ketua negeri bagi tempoh selama empat tahun dan boleh diperbaharui. Negeri yang tidak mempunyai Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak mempunyai seorang ketua negeri yang menjadi pemimpin utama bagi negeri itu. Ketua kerajaan adalah dilantik di kalangan mereka yang memenangi pilihanraya, menurut amalan demokrasi.

Loading

TOP