MUZIUM TYT / TYT MUSEUM
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN (1957)
Di peringkat negeri, Ketua Perlembagaan terletak pada Raja atau Yang Di-Pertua Negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Mesyuarat Undangan Negeri yang mempunyai ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya untuk tempoh 5 tahun yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri terletak pada Yang Di-Pertua Negeri mengikut perlembagaan masing-masing.
Di Semenanjung Malaysia, Kuasa Eksekutif ini dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) atas nama Raja atau Yang Di-Pertua Negeri. Di Sarawak pula badan tersebut dipanggil Majlis Tertinggi sementara di Sabah dikenali sebagai Kabinet, yang mempunyai bentuk kabinet di peringkat Persekutuan. Badan-badan ini merupakan organisasi pembentukan tanah, gadaijanji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, ismen dan lain-lain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa, mengenai kadar dan penilaian tanah dan kerajaan tempatan; dan Fasal (1) (b) dan (3) tidak boleh dipakai bagi apa-apa undang-undang mengenai mana-mana perkara itu.
Kuasa Parlimen Memperluaskan Kuasa-Kuasa Perundangan Bagi Negeri-Negeri.
- Adalah dengan ini ditetapkan bahawa kuasa Parlimen bagi membuat undang-undang mengenai sesuatu perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan adalah termasuk kuasa membenarkan Badan-Badan Perundangan Negeri atau mana-mana daripadanya membuat undang-undang mengenai kesemua atau sebahagian perkara itu tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan (jika ada) yang dikenakan oleh Parlimen.
- Walau apapun peruntukan Perkara 75, sesuatu undang-undang Negeri yang dibuat menurut kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen seperti tersebut dalam Fasal (1) boleh, jika dan setakat mana yang diperuntukkan oleh Akta itu, meminda atau memansuhkan (mengenai Negeri berkenaan itu) mana-mana undang-undang persekutuan yang telah diluluskan sebelum Akta itu.
- Jika Badan Perundangan Negeri pada masa itu dibenarkan oleh Akta Parlimen Negeri membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara maka perkara itu hendaklah, bagi maksud Perkara 79, 80, dan 82, disifatkan mengenai Negeri yang berkenaan itu, sebagai suatu perkara yang disebutkan dalam Senarai Bersama.