MUZIUM SAMUDERA FASA I (Flor de La Mar)
TUGAS & PERANAN
Sultan
- Sebagai Ketua Negara dan berkuasa Mutlak dalam Pentadbiran
- Menjamin keselamatan Rakyat dan Negeri
- Menjadi lambang perpaduan dan kedaulatan negara
- Menjalankan Hubungan Diplomatik dengan negara luar.
Bendahara
- Ketua Pentadbiran dan Penasihat Raja dalam pemerintahan negeri
- Menjadi Pemangku Raja Tatkala Raja berangkat ke luar negeri
- Menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Laut dan Darat semasa perang
- Menjalankan segala hukuman kecuali hukuman mati
- Melantik pengganti Sultan dan mengetuai Adat Istiadat dan menjaga alat kebesaran Diraja
Temenggung
- Menyelesaikan kes jenayah yang kecil
- Menentukan undang-undang dijalankan dengan sempurna
- Menjadi pengiring apabila Sultan berangkat menaiki gajah
- Bertanggungjawab mengatur susunan dan tempat duduk bagi istiadat mengadap Sultan
- Berperanan menentukan sukatan dan timbangan yang betol di pasar
Penghulu Bendahari
- Menjadi Ketua adat bagi Istiadat dan Acara DiRaja Di Istana
- Mengetuai perbendaharaan Negeri dan Ketua kepada Syahbandar yang terdapat di Melaka serta mengendali Hamba Raja
- Merupakan Menteri Kewangan bagi Kerajaan Melayu Melaka
- Memungut cukai dan menjaga harta benda Kerajaan
Syahbandar
- Mengurus kebenaran berniaga dengan persetujuan Bendahara
- Mengawasi sistem perkapalan dan organisasinya
- Menyeragam dan melaksanakan pungutan cukai
- Menyelia urusan anak yatim, nakhoda dan pasar perniagaan
- Menguatkuasakan peraturan dan menyimpan barang di gudang dan kediaman yang disediakan.
- Memelihara kebajikan dan kepentingan para pedagang.
Laksamana
- Jawatan dan peranan Laksamana pada mulanya digabungkan dengan jawatan lain
- Antara fungsinya termasuklah menjadi Ketua Tertinggi Angkatan Laut yang
mengawasi perairan Melaka
Bendahara
Temenggung
Penghulu Bendahari
Laksamana
SISTEM PERUNDANGAN MELAKA
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka merupakan dokumen tertua dan terpenting sekali. Kanun ini mengandungi beberapa fasal. Berikutan penerimaan Islam di Melaka, peruntukan kanun ini bertambah menjadi empat puluh empat fasal. Undang-undang ini wujud sejak Melaka dibuka dan dikemaskinikan oleh pemerintah terkemudian. Kerajaan Melaka merupakan kerajaan Melayu pertama menggubal kanun negeri dan peraturan pelayaran.
Hukum Kanun Melaka menggambarkan susun lapis kepercayaan Melayu lama. Adat istiadat, peraturan istana, pantang larang, hukum tentang jenayah dan sivil, sistem protokol, pemilikan tanah, peraturan mengenai pertanian dan penternakan turut dimuatkan. Peruntukan undang-undang di Melaka turut dipengaruhi hukum syarak. Kesalahan seperti perzinaan, murtad, mencuri, membunuh, minum arak, fitnah, tuduh menuduh, dan juga perkara seperti ikrar, jual beli, perjanjian, hutang-piutang, syarat-syarat saksi di samping pernikahan dan undang-undang kekeluargaan mencontohi peruntukan syarak.
Undang-undang Laut Melaka pula adalah warisan bertulis yang unik, digubal bertujuan melicinkan perdagangan dan perkapalan. Isi kandungannya yang disempurnakan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah mengandungi dua puluh fasal. Peraturan pelayaran, gelaran pegawai dan tugas serta bidang kuasa bertugas dalam kapal diperlicinkan. Peraturan mengenai kebencanaan di laut, kapal karam dan lain-lain turut terungkap. Nakhoda mempunyai kuasa mutlak sehingga boleh menjatuhi dan melaksanakan hukuman bunuh. Sebuah kapal di dalam pelayaran diumpamakan sebagai sebuah kerajaan. Undang-undang ini juga menyentuh mengenai kesalahan dan denda. Nakhoda merupakan pegawai utama yakni raja di dalam kapal. Juru-mudi (malim) bertindak mengawasi arah haluan pelayaran. Juru-batu memastikan keselamatan kapal. Jawatan lain seperti tukang kanan, tukang kiri, tukang agung, senawi, awak-awak dan sebagainya berperanan menentukan kelicinan dan keselamatan pelayaran.
TUGAS-TUGAS KIWI
- Memberi sumbangan dari segi dagangan dalam penyediaan muatan yang
bertolak, yang baru berlabuh
- Berunding dengan nakhoda dalam semua bal
- Membayar cukai pelabuhan
- Menjual, membeli dengan harga yang berpatutan mematuhi Undang-Undang
Laut
Undang-Undang Laut Melaka dibawah bab Hukum Kiwi menentukan 4 cara bagi menjalankan perniagaan
.
- Membeli hak petak-petak kapal
- Kiwi tidak membeli hak terhadap petak tetapi menambahkan model nakhoda.
Dalam hal biji-bijian, kiwi diberi ganjaran 2 atau 3 koyan oleh pemilik kapal.
- Mengambil alih 7 atau 8 petak Nangkin kapal
- Jika membeli petak, akan membayar 3/10 bahagian, beliau sebagai cukai kepada nakhoda
Undang-Undang Laut Melaka dibawah bab Hukum Kiwi menentukan 4 cara bagi menjalankan perniagaan
.
PERANAN PULAU BESAR
Pulau Besar adalah salah sebuah pulau yang terletak di Pantai Melaka dan dari segi sejarah, sekumpulan pulau-pulau ini menjadi tanda nyata kepada pelaut-pelaut Pulau Besar dan pulau-pulau di sekitarnya dikenali sebagai “Wu Shu” kepada pelaut-pelaut Cina. Pulau Besar mempunyai air yang jernih dan kapal-kapal yang lalu di sini selalu berhenti untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan bekalan kayu api sebelum meneruskan perjalanan yang dituju. Adalah dipercayai Pulau Besar mempunyai penempatan yang lebih awal yang telah ditubuhkan oleh Parameswara