MUZIUM SAMUDERA FASA I (Flor de La Mar)
LAKSAMANA MELAKA
Seiring dengan kedudukan Melaka sebagai pelabuhan dan kuasa maritim yang terbilang, jawatankuasa Laksamana diinstitusikan. Jawatan dan peranan Laksamana di Melaka pada mulanya digabungkan dengan jawatan lain. Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah, jawatan Seri Bija Diraja diwujudkan bagi melaksanakan tugas yang bersamaan dengan peranan Laksamana. Tun Hamzah (Dato Bongkok) adalah di antara penyandang jawatan Laksamana yang terawal di Melaka. namun begitu, sumbangan, ketokohan dan keperwiraan Dato Laksamana Hang Tuah lebih dikenang di Kepulauan Melaka.
Jawatan Laksamana mencakupi tugas-tugas awam dan ketenteraan. Laksamana bertanggungjawab menentukan keselamatan perairan Melaka terhindar dari dicerobohi musuh dan lanun. Di dalam melaksanakan peranan berkenaan, beliau dibekalkan keperluan sepadannya termasuk senjata, perajurit, Orang Laut yang berkemahiran dan sebagainya. Antara lain Laksamana bertugas sebagai :
- Ketua tertinggi Angkatan Laut
- Mengawal dan menyelia istiadat rasmi
- Mengawal keselamatan Sultan
- Menentukan keselamatan pelayaran di laut
- Melindungi Bendahara sewaktu perbincaraan berlangsung
- Bertanggungjawab terhadap pertahanan negeri
- Menjadi utusan rasmi dan sebagai wakil tertinggi kerajaan di negara asing
- Bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kebajikan negarawan dan
tetamu khas kerajaan
LAKSAMANA-LAKSAMANA MELAKA
- Tun Hamzah (Dato Bongkok) = Orang pertama yang menjalankan tugas seperti Laksamana
- Hang Tuah = Orang yang pertama bergelar Laksamana
- Hang Jebat / Hang Kasturi = Semasa Hang Tuah dalam buangan
- Khoja Hassan = Menantu Hang Tuah
- Hang Nadim = Menantu Hang Tuah
TUGAS-TUGAS LAKSAMANA
- Ketua kepada semua kapal-kapal di laut
- Mengawal dan menyelia istiadat rasmi
- Bertanggungjawab untuk mengawal Sultan
- Bertanggungjawab mengenai keselamatan laluan laut
- Bertanggungjawab untuk mempertahankan negeri
- Bertanggungjawab untuk melindungi Bendahara samasa
perbicaraan dijalankan
- Bertindak selaku utusan Raja dari wakil tertinggi di negeri asing.
- Bertanggungjawab terhadap keselamatan tetamu khas dari
luar negeri.