MUZIUM SEJARAH
SUNDANG RAJA MUHAMAD
Sundang ini dimiliki oleh Raja Muhamad sepertimana terukir inskripsi yang menggunakan tulisan jawi di bahagian hulu sundang yang tercatat:
“Daik Ismail Dari Pulau Karimun Dan China Melaka Sembahkan Sundang Ini Kepada Raja Muhamad. Allah Selamatkan Peperangan Tuanku.”
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan nyata siapa nama-nama yang tercatat pada sundang ini iaitu Daik Ismail dan Raja Muhamad. Namun, menurut catatan sejarah, Pulau Karimun merupakan salah sebuah pengkalan tentera bagi memerangi Portugis dan Belanda.