MUZIUM SEJARAH / HISTORY MUSEUM
SISTEM PENGALIRAN DI STADTHUYS
Sistem pengaliran yang terdapat di sekeliling Kompleks Bangunan Stadthuys telah dibina pada zaman Inggeris atau era selepasnya. Kompleks Stadthuys yang besar dan gagah ini kelihatan seolah-olah tiada sistem longkang ketika zaman pemerintahan Belanda. Ia hanya dijumpai sewaktu kerja-kerja restorasi dijalankan dan didapati sistem pengaliran dibina melalui ruang bawah struktur Stadthuys. Longkang ini merupakan salah satu dari sistem pengaliran bawah tanah yang dijumpai semasa kerja-kerja menanggalkan lantai simen yang lama.
Terbukti pihak Belanda menyusun dan membina sistem pengaliran sebelum pembinaan bangunan ini dilakukan. Ia menggambarkan corak sebenar seni bina Belanda. Longkang yang ada tidak berfungsi lagi akibat pembinaan tambahan kepada struktur asal bangunan.
Blok-blok batu lada disusun dan diikat menggunakan plaster kapur untuk membentuk sistem pengaliran. Ia kemudiannya ditutup dengan ubin granit dan dilekat kuat dengan tanah liat. Bahagian kecil longkang ini sengaja didedahkan bagi menunjukkan sistem pengaliran yang terdapat di dalam Kompleks Stadthuys ini.