MUZIUM SEJARAH / HISTORY MUSEUM
BILIK BAWAH TANAH
Terdapat tiga “bilik bawah tanah” di tingkat bawah yang hanya terdapat satu pintu masuk. Ia disambungkan antara satu sama lain dengan dua pintu yang agak sempit dan digunakan sebagai ruang penyimpanan. Terdapat teori menyatakan ia digunakan sebagai penjara seperti yang dicatatkan dalam Hikayat Abdullah bahawa terdapat dua buah penjara telah digunakan oleh Belanda di kawasan bandar. Ia telah dirobohkan apabila Lord Minto, Gabenor Jeneral British melawat Melaka pada tahun 1811.
Tangga bilik bawah tanah yang lama telah dirobohkan pada abad ke-19, manakala pintu dan tingkap yang baharu telah dibina pada dinding tebal di mana setiap bilik mempunyai pintu masuk yang tersendiri. Bilik bawah tanah tersebut telah digunakan sebagai penjara. Hanya bilik bawah tanah itu sahaja yang dibiarkan bagi mengekalkan rasuk asalnya.
TINGKAT PERTAMA
Ruang-ruang di tingkat pertama bangunan Stadthuys dari abad ke-17 terdiri daripada tiga buah bilik besar dan sebuah galeri yang luas. Pintu di hadapan bangunan hanya digunakan untuk majlis-majlis rasmi. Tangga di pintu masuk di sebelah kanan pula bersambung terus ke galeri. Pintu masuk ini juga bersambung dengan bangunan di kubu lama atau juga dikenali sebagai “Misericordia”.
Pada abad ke-19 selusur tangga telah dibina bagi mengantikan tangga lama yang terdapat di sepanjang bahagian hadapan bangunan. Hampir semua bingkai tingkap dan siling di bahagian bangunan ini adalah asli. Ia adalah penting kerana semua kerja-kerja kayu di dalam bangunan diperiksa semasa proses pemuliharaan bagi mengenalpasti keadaannya.
Terdapat tiang yang ditambah dalam bilik 103 dan 104 bagi memberikan sokongan yang lebih baik di tingkat dua. Di dalam bilik 105 pula terdapat galang tambahan. Ini dilakukan kerana tiang di tengah-tengah bilik tersebut rosak kesan daripada hiasan ukiran siling. Selain itu, bilik ini juga telah digunakan sebagai ruang makan Gabenor.
TINGKAT KEDUA
Susun atur di tingkat kedua hampir sama dengan tingkat satu, selain dari sebelah kanan bangunan, terdapat dua sambungan kayu telah dibina. Sayap di atas bukit juga telah diperluaskan. Bilik 205 diguna untuk disambungkan ke kubu lama dan terdapat sedikit perbezaan daripada sudut relatif pada bangunan utama. Apabila kubu lama dirobohkan pada abad ke-19, ruang beranda telah dibina. Pada awal abad ini ia telah diperbesarkan dan ditambah dengan cermin kaca. Selain itu, terdapat bilik baharu ditambah di bahagian atas tangga.
Pada tahun 1975, galeri telah rosak disebabkan oleh kebakaran. Ia memusnahkan bumbung dan kebanyakan yang musnah ialah pintu dan tingkap. Mujurlah kebakaran dapat dikawal sebelum kerosakan yang lebih teruk berlaku.
Adalah berkemungkinan bahawa tingkat kedua ini telah diubah suai kira-kira pada 100 tahun yang lalu. Pintu dan tingkap adalah reka bentuk pada zaman tersebut manakala bumbung pula telah berubah bentuk. Sayap kanan juga masih dalam keadaan baik. Hampir semua bingkai tetingkap adalah asli, walau bagaimanapun cermin dan sokongannya telah diganti.
TINGKAT KETIGA
Di dalam bilik besar di tingkat tiga adalah salah satu sudut yang paling mengagumkan dari keseluruhan kompleks. Semua pintu dan tingkap mempunyai bingkai yang cantik dan juga siling yang rata berdekorasi. Tidak ada tangga yang ditemui di bahagian dalam bangunan.
Keadaan serta komposisi pintu dan tingkap menunjukkan bahawa tangga di situ tidak pernah ada. Justeru, adalah munasabah menganggap bahawa tangga adalah di bahagian luar dan beranda yang bersambung dengan bangunan adalah yang sedia ada.
Dinding-dinding antara pintu dan tingkap dihiasi dengan lukisan Cina yang cantik dan ia seusia dengan bangunan ini. Setiap mural mempunyai tiga bahagian iaitu tengah-tengah ialah gambar mengenai cerita lama Cina, manakala yang lain-lain menunjukkan lukisan binatang, burung dan pasu.