MUZIUM SEJARAH / HISTORY MUSEUM
PERANAKAN @ BABA NYONYA
Jumlah Penduduk : 7 juta
Wilayah berkaitan Populasi: Malaysia (Melaka, Pulau Pinang), Indonesia dan Singapura.
Bahasa : Melayu Baba
Agama : Budha Mahayan, Konfusi, Taoi, Agama Nyanyian Cina
Kaitan Kumpulan etnik : Cina, Malaysia dan Singapura
BILIK REHAT RUMAH BABA
Kedudukan bilik ini berada di belakang daun pintu yang berukir indah. Susunan perabut dalam bilik ini amat sesuai untuk mendengar lagu ‘ Dondang Sayang’ yang diputarkan dari peti nyanyi lama. Suara perbualan kaum ibu dapat dikesan dari bilik belakang yang sedang membincangkan pemilihan kain untuk majlis perkahwinan.
Kegemaran masyarakat Baba terhadap barang-barang yang indah dapat dilihat di bilik ini. Perabutnya samada berukir atau tidak, berhias dengan ibu mutiara ataupun tidak, dapat memperlihatkan cara hidup mereka pada masa itu.
JENIS –JENIS PERABUT YANG TERDAPAT DALAM RUANG TAMU RUMAH BABA
1. Almari laker berhias daun-daun emas, mempamerkan peralatan Nyonya dari China kurun ke-19.
2. Meja kecil ‘nan’ dari China kurun ke-19.
3. Kerusi berhias dengan ibu mutiara dari China, 1990an.
4. Kerusi ‘Shuan Chih’ (dari China, Kurun ke-19)
5. Kerusi Shuan Chih armchair. (dari China, kurun ke 19)
6. Meja kecil “ Shuan Chih’ ( dari China kurun ke 19)
7. Kerusi malas “Shuah Chih’. ( dari China, kurun ke 19)
8. Barang Perhiasan : Kotak laker (Thai, 1990an), Pasu Bunga Nyonya. (China, kurun ke 19), Peti nyanyi Jepun (1930an), Tepak sirih perak Nyonya (kurun ke-19).