MUZIUM SEJARAH

KEDATANGAN PORTUGIS KE MELAKA

Pada tahun 1509 Diogo Lopes de Sequeira tiba di Melaka dengan 5 buah kapal untuk menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Melaka. Berlaku pertemuan antara kedua-dua pihak namun tidak mendapat kesepakatan malah pihak Portugis berkelakuan biadap dengan orang Melaka. Akibatnya, armada Portugis diserang dan 18 anak kapal ditahan termasuk seorang pegawai penting iaitu Ruy de Araujo, namun Diogo Lopes de Sequeira berjaya belayar keluar meninggalkan Melaka.

Pada 1 Julai 1511, Afonso de Albuquerque tiba di Melaka dengan angkatan 18 buah kapal untuk membebaskan tawanan Portugis, menuntut gantirugi dan mendapatkan hak perdagangan. Rundingan antara Portugis dan Melaka gagal menyebabkan pihak Portugis melancarkan serangan pertama pada 25 Julai 1511 dengan korban di kedua-dua pihak lalu Portugis kembali berundur ke laut sambil merancang strategi. Pada 10 Ogos 1511, Portugis melancarkan serangan besar-besaran yang berjaya melumpuhkan pertahanan Melaka. Pada 24 Ogos 1511, Melaka jatuh sepenuhnya ke tangan Portugis dan Sultan Mahmud serta pengikutnya berundur ke Muar, Pahang dan kemudian ke Bentan. Portugis memerintah Melaka sehingga 1641 iaitu kira-kira 130 tahun.

KESAN PENDUDUKAN PORTUGIS DI MELAKA

Portugis telah menyebabkan perpecahan dan keruntuhan zaman keagungan Empayar Melaka yang akhirnya terpaksa berpindah ke Bentan dan Johor. Kehadiran Portugis menimbulkan perbalahan yang berlarutan di Selat Melaka. Dasar monopoli Portugis telah merosakkan perdagangan Melaka. Kesultanan Acheh dan Johor turut menyaingi perdagangan Portugis. Dari segi sosial, kebudayaan Portugis telah mempengaruhi kebudayaan penduduk tempatan. Tarian joget dan makanan pedas berempah masih diamalkan oleh penduduk tempatan. Hasil perkahwinan campur antara orang Portugis dan tempatan telah melahirkan masyarakat kacukan yang mengamalkan agama Kristian Mazhab Katholik. Beberapa perkataan Portugis termasuk “bandeira”, “sapato” dan sebagainya diubahsuai dan terserap dalam Bahasa Melayu.

MERIAM – MERIAM KOTA MELAKA

Walaupun sejarah meriam-meriam Melayu tidak begitu jelas, tetapi terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Melayu telah memiliki senjata ini. Setelah Portugis memasuki Kota Melaka, Afonso de Albuquerque, melaporkan beliau telah menemui banyak meriam di Kota Melaka. Sebahagian daripada meriam-meriam ini telah dipamerkan di Muzium Tentera, Lisbon.

Pihak Portugis telah membawa banyak meriam mereka untuk mempertahankan kota Melaka. Namun tiada selaras pun dapat ditemui pada masa sekarang. Mungkin pihak Portugis telah mengalihkannya ataupun meriam-meriam ini dicairkan atau dimusnahkan oleh pihak Belanda selepas mereka menawan Kota Melaka pada 1641. Beberapa laras meriam Belanda masih boleh dilihat di pintu gerbang Santiago. Kebanyakkan meriam-meriam ini diperbuat sama ada daripada tembaga atau gangsa.

Pihak British pula telah membawa masuk meriam-meriam yang diperbuat daripada gangsa dari besi. Meriam besi telah digunakan semasa peperangan Naning pada tahun 1831 dan 1832. Sebahagian daripada peninggalan meriam-meriam British masih boleh dilihat di Taman Merdeka.

SENARAI HARTA RAMPASAN DARI MELAKA YANG DI BAWA PULANG OLEH PORTUGIS

SENJATA
  1. 3000 pucuk Meriam
  2. 2000 pucuk Meriam daripada gangsa
  3. Sejumlah senapang lama
  4. Sejumlah sumpitan
  5. Sejumlah panah dan busur
  6. Sejumlah lembing
  7. Sejumlah baju besi
  8. Dua Keris Jawa yang sarung serta hulunya diperbuat daripada emas dan batu-batu berharga
  9. Sejumlah pedang
  10. Dua belas bilah lembing panjang
BUKAN SENJATA
  1. Rantai tangan Nakhoda Begea
  2. 6 ekor patung singa besar diperbuat daripada gangsa
  3. Pelbagai jenis intan permata
  4. Sejumlah batu-batu berharga
  5. Senarai alat-alat permainan di raja seperti congkak emas
  6. Sejumlah kain tekatan emas
  7. Sejumlah tandu bersadur emas
  8. Sejumlah hasil pertukangan kayu
  9. Duit timah
  10. Sejumlah batu delima
  11. Sejumlah cawan emas
  12. Sebuah meja kayu bertatahkan emas
  13. Dua buah loceng besar
  14. Lukisan yang menggambarkan raja Jawa menuju ke medan perang beserta gajah-gajahnya
  15. Set Gamelan lengkap dengan pemain-pemainnya
  16. Mahkota emas
  17. Sejumlah cincin dan emas permata
  18. Sejumlah mutiara
  19. Sekumpulan wanita mahir dalam tenunan dan tekatan
  20. 115 orang mati lemas dan hilang

ERA PENJAJAHAN DI MELAKA

Pada tahun 1511, negeri Melaka berjaya dijajah oleh Portugis yang sekaligus menamatkan era kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka setelah berdaulat selama 108 tahun sejak diasaskan oleh Parameswara. Tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso De Albuquerque memperoleh kemenangan dalam peperangan kerana angkatan perangnya lengkap dengan meriam dan senjata api. Pihak Portugis juga telah membina kubu pertahanan di Melaka bagi mengelak serangan musuh.

Semasa Melaka di bawah kuasa Portugis, Kerajaan Melayu Johor yang telah menjadi tempat perlindungan Raja dan orang-orang Melayu Melaka telah cuba mengambil balik negeri Melaka tetapi tidak berjaya.Namun, apabila Belanda berperang dengan Portugis di Melaka, orang-orang Melayu telah memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda berjaya menawan Melaka daripada Portugis. Hampir dua abad kemudian, kedatangan British ke Tanah Melayu telah mengubah penguasaan Belanda di Tanah Melayu khususnya di Melaka. Perjanjian InggerisBelanda pada tahun 1824 mengakibatkan British pula menguasai Tanah Melayu.

PENYERAHAN KUASA PORTUGIS KEPADA BELANDA

Pada pukul 10 pagi, 14 Januari 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Pihak Portugis telah menaikkan bendera putih sebagai tanda mengaku kalah. Portugis telah memegang Melaka selama 129 tahun, 3 bulan dan 4 hari. Komander Minne Williemson Kaartekoe yang tinggal di khemah berdekatan Kampung Keling memasuki Kota Portugis untuk berbincang dengan Gabenor Portugis Manuel de Souza Coutinho tentang penyerahan kuasa dan syarat-syarat penyerahan diri.

Kapten Belanda bersetuju untuk membebaskan semua orang Portugis dengan semua harta benda mereka di atas rayuan paderi-paderi. Semua kekayaan gereja Portugis juga dibenarkan dibawa bersama. Hanya askar-askar Diraja sahaja ditahan dan dibawa ke Batavia. Gabenor Portugis mengalungkan kunci-kunci kota ke leher Kapten Belanda. Semua orang Portugis dibenarkan pulang ke Negara mereka tetapi keturunan Portugis ditinggalkan di Melaka. Gabenor Portugis meninggal dunia dua hari selepas itu dan dikebumikan di Melaka.

Peperangan antara Belanda dan Portugis tersebut menyebabkan 7000 orang Melaka mati. Hampir 10000 orang melarikan diri. Hanya 3000 orang saja tinggal di Kota Melaka. 1500 askar Belanda termasuk tiga orang ketua pasukan Belanda, 200 Portugis dan 500 orang keturunan Portugis mati akibat peperangan dan dijangkiti wabak penyakit. Dengan ini berakhirlah era Portugis.

SENJATA MELAYU

MERIAM

Meriam mempunyai pelbagai jenis kaliber, jarak, kemudahalihan, kadar tembakan, sudut tembakan, dan kuasa tembakan; bentuk berlainan meriam digabungkan dan menyeimbangkan ciri-ciri dalam pelbagai darjah, bergantung pada tujuan dalam medan peperangan. Pada abad Pertengahan, meriam-meriam berukuran besar mulai ditinggalkan, digantikan dengan meriam ringan yang lebih banyak dan mudah digerakkan.

RENTAKA

'Rentaka' sama saperti meriam "Lela', tetapi pada amnya, ia dibuat daripada besi. Saiznya lebih pendek daripada meriam 'Lela' dan ia boleh menembak dari jarak dekat.

MERIAM LELA

'Lela" laitu meriam yang berlaras panjang yang boleh berpusar ke mana-mana arah dan mempunyai jarak tembakan sejauh 366 meter. la diperbuat daripada tembaga, berhias serta dapat diangkut dengan mudah.

ISTINGGAR

Istinggar ialah sejenis senjata api berkancing sumbu yang direka oleh pelbagai etnik dari kepulauan Nusantara. Senjata api ini wujud dari pengaruh penaklukan Portugis terhadap persenjataan lokal,terutama setelah penaklukan kerajaan Melaka pada tahun1511.Sebelum senjata ini direka, di Nusantara telah wujudnya senjata panjang yang dikenali bedil, atau Arquebus Jawa yang dikenali orang Cina. Penduduk Tanah Melayu mengimport senjata api untuk digunakan dalam peperangan mereka secara meluas.

PEMURAS

Nama "pemuras" itu diturunkan daripada "muras" yang diertikan sebagai suatu "meriam sundut" atau meriam yang dicucuh. Pemuras ialah bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek dan digunakan bersama peluru timah hitam (lead). Pemuras merupakan serangan awal yang digunakan bagi ketenteraan dan kegunaan pertahanan. Pemuras biasanya berupa amat pendek dengan laras kurang daripada 60 cm dibandingkan dengan aras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.

TERAKUL

Tarkul atau terakol, terkul dan terakul adalah antara senjata terkenal di kalangan pedagang laut, dan pahlawan Melayu. Terakul pada awalnya menggunakan teknologi wheel lock (kancing roda) yang mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan fius.

Terakul berbentuk seperti pistol dan ia ialah modifikasi daripada bentuk pemuras yang dikecilkan. Terakul juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning • Sekitar tahun 1530, terakul telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

SENJATA PORTUGIS

TOPI PERANG

Topi ini digunakan oleh tentera portugis semasa penaklukan Melaka. lanya dikenali sebagai Topi Feringgi berwarna kuning keemasan yang diperbuat daripada tembaga dan campuran logam.

BAJU BESI

Baju Lamina adalah baju besi rantai yang dibentuk menjadi bentuk weskot. Bahagian belakangnya terdiri dari plat tembaga segi empat panjang kecil.Plat ini berfungsi untuk menguatkan rantai baju besi di bahagian dada dan pinggul. Baju Lamina tidak memiliki lengan atau kolar.

PERISAI

Perlindungan dari senjata-senjata lontaran dan sebarang serangan dari senjata-senjata pedang, parang ataupun belantan memerlukan alat pertahanan. Alat pertahanan yang sesuai untuk mengelakkan serangan musuh dengan alat-alat sedemikian adalah perisai. Pelbagai jenis perisai telah digunakan di Negeri Melaka oleh kuasa-kuasa yang menakluki Melaka. Malangnya, ruangan ini tidak dapat mempamerkan semua jenis perisai yang digunakan semasa menakluki Melaka.

PEDANG PORTUGIS

Pedang ini merupakan milik tentera Portugis pada era penjajahan Melaka. Pedang ini digunakan oleh Portugis dalam pertempuran ketika menyerang melaka serta musuh yang lain dan upacara rasmi pada abad ke-15. Selain itu, Pedang ini diperbuat daripada logam dan capuran besi yang kuat.

MERIAM PORTUGIS

Meriam Portugis telah digunakan sejak era Portugis menjajah Melaka pada kurun ke-16. Meriam jenis ini digunakan untuk melumpuhkan pertahanan pihak musuh. Meriam Portugis digunakan dari dua sudut iaitu di laut dan juga darat. Meriam Portugis mempunyai tembakan yang kuat, jarak jauh dan tahan lasak. Meriam Portugis diperbuat daripada tembaga yang padat dan mampat. Kelazimannya berat bagi meriam Portugis antara 500 ke 600 kilogram.

PISTOL

Merupakan senjata yang diperbuat dari besi berbentuk bulat pipih dan panjang, bahagian hujung berbentuk corong dan terdapat hiasan motif bintik bintik, motif bunga. Pada bahagian bawah terdapat kayu yang telah dibentukkan bagi meletakkan besi bulat. Digunakan pada zaman penjajahan untuk menawan kota melaka.

Loading

TOP