MUZIUM SEJARAH
PEMERINTAHAN BELANDA DI MELAKA
Pada tahun 1641, Belanda mengalahkan Portugis di Melaka dan mereka memerintah selama 160 tahun. Untuk mengukuhkan pemerintahan mereka, Belanda memperkuatkan Kota Melaka. Pemerintah Belanda juga melaksanakan sistem monopoli perdagangan. Walaupun minat utama mereka lebih tertumpu di Batavia, Belanda tidak mengabaikan Melaka sepenuhnya. Untuk menandakan kehadiran mereka banyak bangunan pentadbiran dan gereja dibina. Beberapa bangunan yang menjadi tinggalan Belanda adalah bangunan Stadthuys, Gereja Christ dan Gereja St. Peter. Selain itu, terdapat barisan bangunan kediaman dan komersial yang dibina semasa zaman Belanda.
Pentabiran Belanda di Melaka juga tidak mudah kerana sentiasa diserang oleh penduduk tempatan terutamanya Bugis. Peristiwa di Eropah pada abad ke lapan belas telah membawa kepada kejatuhan Belanda. Apabila Perancis menakluki Belanda semasa Perang Napoleon, Raja Belanda telah menyerahkan wilayah Syarikat Hindia Timur Belanda kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Maka Melaka telah diperintah dari tahun 1795 oleh Inggeris.
Pada tahun 1818, melalui Perjanjian Venice, Melaka telah dikembalikan kepada Belanda. Untuk menyelesaikan semua permusuhan dan untuk mengenal pasti dan menandakan pengarh yang jelas oleh keduanya maka kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian London (Perjanjian Inggeris-Belanda) pada tahun 1824. Kesannya Melaka telah diserahkan kepada Inggeris sehingga 1957.
KOTA BUKIT SUPAl, KUALA LINGGI
Kota Kuala Linggi terletak di tebing tinggi di sebelah kanan muara Sungai Linggi berhampiran pantai Selat Melaka. Nama lain bagi kota ini pernah disebut sebagai Kota Bukit Supai kerana apabila kota siap dibina, Belanda telah menempatkan sepasukan tentera upahan mereka yang dipanggil sipoi (Supai). Disebut juga sebagai Kota Meriam Patah kerana dijumpai sebuah meriam yang patah selepas kota ini tidak lagi digunakan. Selain itu, kota ini juga pernah disebut sebagai Kota Filipina sempena nama anak perempuan Gabenor Belanda.
KUBUR BELANDA
Kawasan perkuburan ini digunakan pada penghujung abad ke-17. Terdapat 5 buah perkuburan Belanda dan 33 buah perkuburan British di dalamnya. Tanah perkuburan ini digunakan dalam dua peringkat iaitu antara tahun 1670 hingga 1682 dan kemudian di antara tahun 1818 hingga 1838.
BUKIT SENJUANG (BANGUNAN KOTA PERTAHANAN)
Kota St John di Bukit Senjuang adalah sebuah tempat bersejarah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandar Melaka. Nama asal Bukit Senjuang iaitu Bukit Pipi telah ditukar oleh penduduk tempatan bagi menunjukkan ciri-ciri kemelayuan. Pada zaman Portugis gereja di atas Bukit Senjuang telah dimusnahkan oleh tentera Acheh sekitar tahun 1623 hingga 1629. Selepas pengunduran Portugis, pemerintah Belanda telah memerintah kota pertahanan di atas bukit ini kerana kedudukannya yang tinggi membolenkan Laut Selat Melaka dan bahagian selatan dilihat dengan jelas. Pada zaman pemerintahan Inggeris kota ini telah tidak digunakan lagi.