MUZIUM SEJARAH / HISTORY MUSEUM

KAPAL BELANDA

Ini ialah model kapal perdagangan Belanda yang digunakan untuk mengangkut barang dengan lebih mudah dan cepat. Kapal ini dibuat sedemikian rupa supaya ia boleh rapat ke pantai walaupun dalam perairan yang cetek.

ALMARI BELANDA

Pada mulanya, perabot diimport dari Belanda, tetapi kemudiannya ia dibuat di Melaka atau di Batavia pada zaman Belanda. Ia mengikut rekabentuk negara itu. Almari ini boleh dipisahkan dan dipasangkan semula supaya dapat dialih dengan mudah. Ia adalah bahan asal dari zaman itu.

JAM BELANDA

Jam ini merupakan satu replika yang sama digunakan di Belanda pada kurun ke-17. Ia mengandungi beberapa perkara simbolik dan mempunyai bunyi yang unik.

KERUSI PANJANG DAN KERUSI

Kerusi panjang dan kerusi di sebelahnya ialah perabot Belanda yang dibuat di Melaka mengikut rekabentuk Belanda. Kedua-dua ini ialah bahan asal dari zaman itu.

KIPAS KAIN

Kipas kain ini ialah sistem kipas yang digunakan di Asia, termasuk di pejabat gabenor Belanda ini. Tarikan tali yang diikat pada kipas ini membuat ia berayun sehingga menyejukkan udara di ruangan ini. Orang yang mengayun kipas ini ditempatkan di bilik sebelah.

LAMPU GANTUNG BERCABANG

Lampu gantung bercabang seperti ini telah digunakan di kediaman Gabenor, banglo-banglo dan gereja di Belanda pada kurun ke-17. Ia diperbuat daripada logam gangsa yang boleh dipisahkan dan dipasangkan semula. Kedua-dua lampu gantung bercabang ini ialah replika yang asal.

MEJA DAN KERUSI BELANDA

Meja ini diperbuat daripada kayu oak yang mengikut bentuk perabot Belanda pada kurun ke-17. Ia boleh dilipat dan dipendekkan. Kerusi ini juga diguna pada zaman yang sama. Kedua-dua jenis perabot ini digunakan pada upacara rasmi dan di rumah-rumah pembesar. Meja dan kerusi ini ialah replika bahan asal dari Muzium Westfries, Hoorn.

MEJA MAKAN BELANDA

Meja ini adalah artifak asal dari zaman Belanda. Ia ditempah di Melaka mengikut rekabentuk Belanda. Ia boleh dipanjangkan bila perlu.

Lukisan pemandangan pelabuhan Hoorn oleh Hendrick Vroom

Kota Hoorn ialah salah satu kota di Belanda yang menjadi tempat kapal-kapal Belanda belayar ke Asia dan Asia Tenggara. Karya ini menunjukkan kesibukan pelabuhan Kota Hoorn pada kurun ke-17. Kini Kota Hoorn adalah bandar kembar Kota Melaka.

PETA ASIA TENGGARA

Salinan peta lama Belanda ini menunjukkan keadaan negeri-negeri dan laut di Asia Tenggara untuk kegunaan pergerakan Kompeni Belanda. Kapten-kapten kapal pada zaman itu diarah mencatatkan segala maklumat yang diperolehi mereka. Peta sebegini juga menunjukkan musim, penduduk, pakaian, pantai, pelabuhan dan laluan laut.

SET MINUMAN PEWTER

Setelah kompeni VOC menguasai pengeluaran bijih timah di negeri Perak, kebanyakan alat minuman orang Belanda diperbuat daripada pewter. Bahan-bahan yang dipamerkan seperti pinggan, gelas minuman, sudu dan gelas wain ini adalah replika bahan-bahan yang digunakan pada abad ke-17.

UBIN-UBIN PERHIASAN BELANDA

Ubin-ubin diperkenalkan di Melaka sebagai perhiasan pada zaman Belanda. Belanda juga yang telah mengeluarkan pinggan mangkuk seramik dan mengeksport ubin-ubin perhiasan berwarna-warni. Terdapat dua cantuman ubin-ubin yang menggambarkan kapal Belanda abad ke-17. Ubin-ubin perhiasan ini dibuat khas untuk Melaka.

Loading

TOP