MUZIUM SEJARAH
KRONOLOGI BANGUNAN STADHUYS DAN MUZIUM SEJARAH
Bangunan Stadthuys dibina oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan pusat pentadbiran dan kediaman Gabenor Belanda di Melaka.
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, bangunan Stadthuys terus digunakan sebagai pusat pemerintahan.
Penubuhan Malacca Centenary Committee (MCC) telah menerbitkan The Town and Fort of Malacca pada tahun berikutnya.
MCC menjadi Persatuan Sejarah Melaka (MHS) pada 14 Januari di bawah pimpinan Resident Councillor, B. W. Elles. Mejar C. E. Bone adalah presiden pertama. Fr. Jules François telah dipilih sebagai presiden pada bulan Julai.
Pembukaan nukleus Muzium Melaka, dikendalikan oleh Fr René Cardon, bertempat di sebuah bilik di Stadt House, bersebelahan dengan Perpustakaan Melaka. Fr. Cardon mempersembahkan koleksi syiling lama beliau.
MHS menerbitkan Panduan Sejarah Melaka yang disunting oleh Fr. Jules François.
MHS meminta Penasihat Residen agar Bangunan Stadt House dijadikan sebagai Muzium Sejarah
Muzium Melaka dipindahkan ke sebuah rumah lama Belanda di Fort Road (Jalan Kota).
Pasca kemerdekaan, bangunan Stadthuys kekal sebagai pusat pentadbiran, menempatkan pejabat-pejabat kerajaan seperti Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pentadbiran Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Buruh dan Jabatan Pendaftaran.
Setelah pusat pentadbiran berpindah ke Jalan Hang Tuah, bangunan tersebut tidak dibiarkan kosong. Ia digunakan untuk menempatkan pejabat badan berkanun negeri Melaka dan pejabat Antikuiti Wilayah Selatan.
Ruang utama Stadthuys dijadikan Muzium Sejarah sementara bagi menggantikan Muzium Melaka di Jalan Kota. Kerajaan negeri merancang memulihara Stadthuys sebagai muzium. Pada 17 Disember 1982, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, merasmikan batu asas menandakan permulaan peranan Stadthuys sebagai Muzium Sejarah Negeri Melaka.
Kerajaan negeri Melaka melalui JKR telah menjalankan restorasi bangunan Stadthuys dalam dua fasa. Fasa pertama melibatkan bahagian atas dan luar bangunan, manakala fasa kedua merangkumi bahagian dalam dan struktur bangunan. Restorasi ini siap sepenuhnya pada tahun 1990.
Kerja-kerja susun atur pameran di bangunan ini bermula dengan cadangan menamakannya Muzium Sejarah Melaka. Namun, kerana ruangnya yang luas dan mampu menempatkan pelbagai pameran lain berkaitan negeri Melaka, ia dinamakan Muzium Sejarah dan Etnografi.
Muzium Sejarah dan Etnografi telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 16 April 1992.
Bangunan Stadthuys telah didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) oleh Jabatan Warisan Negara.