MUZIUM SEJARAH

KERETA BOMBA LAMA

Kereta bomba ini memulakan perkhidmatannya pada tahun 1939 dibawah kawalan Ketua Polis Melaka. Pada tahun 1942, pihak British membawa kereta bomba ini ke Singapura tetapi ianya dipindahkan semula ke Melaka oleh pihak Jepun. Selepas peperangan dunia kedua, kereta bomba ini diletak dibawah kawalan Majlis Perbandaran Melaka. Jentera ini telah memainkan peranan dalam beberapa kebakaran khususnya di Lereh, Tanjung Keling, Gudang Getah Lee, Bacang dan di Jalan Banda Kaba. Jentera ini tamat perkhidmatannya pada tahun 1974.
  • Pembekal : Dennis Turbeni, England
  • Tahun yang Dibekal : 1939
  • Tahun yang Dibina : 1937
  • No. Enjin : 80115
  • No. Daftaran : M 756
  • Kuasa : 2480 k.k
  • Berat : 6 tan
Dihadiahkan Oleh : Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia

Loading

TOP