MUZIUM SEJARAH / HISTORY MUSEUM
KAYU STADHUYS
Di tingkat satu, ruang utama dipercayai digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan diikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Ruang ini dianggap sebagai istimewa kerana bahagian silingnya dibuat daripada kayu jati yang dihias dengan bingkai berukir. Tambahan pula, bangunan ini juga diperbuat daripada kayu-kayan. Kayu-kayan yang digunakan dalam pembinaan bangunan Stadthuys ini sebahagian besar dari jenis kayu jati yang merupakan kayu yang terbaik di negara kita pada zaman tersebut. Namun penggunaan kayu jati dihadkan pada zaman tersebut kerana negara kita kekurangan kayu jati.