MUZIUM SEJARAH
Parameswara, seorang putera raja dari Palembang yang ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Melaka.
Laksamana Cheng Ho, ketua armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua negara.
Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
Raja Kassim menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.
Sultan Mansur Shah adalah putera tunggal Sultan Muzaffar Shah. Menaiki takhta pada usia 27 tahun dan memerintah Melaka sehingga tahun 1477. Baginda telah meneruskan dasar perluasan wilayah yang telah dimulakan oleh ayahandanya ke seluruh Nusantara. Baginda turut berkahwin dengan seorang puteri dari negara China.
Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
Tun Perak meninggal dunia.
Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara.
Diogo Lopes de Sequeira tiba di Melaka untuk menjalin hubungan, tetapi pihak Portugis gagal berinteraksi dengan baik dengan Bendahara Tun Mutahir. Sikap sombong mereka menimbulkan ketegangan menyebabkan perkelahian antara orang Portugis dan penduduk Melaka. Akibatnya, armada Portugis diserang dan 18 anak kapal ditahan.
PAHLAWAN MELAYU
Kebangkitan empayar Melayu Melaka pada awal kurun ke-15 dapat menyatukan kumpulan-kumpulan seni silat tempatan yang bergerak secara individu sebagai satu pasukan. Ini akan menggalakkan dan mewujudkan pahlawan-pahlawan Melayu yang jujur. Hampir semua lapisan masyarakat samada dari kampung atau kerabat Diraja termasuk golongan wanita telah belajar dan mahir dalam seni silat. Justeru, empayar Melayu Melaka telah melahirkan pahlawan-pahlawan terkenal saperti Sultan Alauddin Riayat Syah, Tun Perak, Hang Tuah, Tun Fatimah, Hang Nadim dan lain-lain lagi.
Seorang pahlawan Melayu terpaksa melalui beberapa peringkat dalam ujian seni silat termasuk silat yang bersifat disiplin, berani, taat setia dan merendah diri. Pencapaian dan status seseorang pahlawan bergantung kepada jasa dan kejujuran yang diperolehinya. Pahlawan yang bijak tidak perlu sebarang senjata untuk mengatasi lawannya.
Seseorang pahlawan Melayu harus mematuhi beberapa peraturan dan tatasusila semasa perang dan keamanan. Dua pasukan yang berperang harus bersetuju dengan beberapa peraturan sebelum peperangan bermula. Peraturan-peraturan tersebut ada kaitan dengan haribulan atau tarikh, tempat, waktu berehat, waktu permulaan, waktu tamat, dan sebagainya. Peperangan seumpama itu bukan sahaja membawa kemenangan tetapi juga menentukan keadilan antara dua puak yang bertarung. Bagi pihak yang cedera akan dirawat dan yang mati akan dikebumikan. Pengunduran atau meninggalkan medan peperangan bererti menerima kekalahan dan pada kebiasaannya mengakui kedaulatan pihak lawan. Orang-orang barat dengan senjata moden menghapuskan sistem peperangan seumpama itu.
Seorang pahlawan biasa memakai seluar longgar yang pendek sampai ke lutut dan baju pendek. Tali pinggang kain mengikatkan kedua-dua pakaian tersebut. Kain panjang dililit di kepala sebagai setanjak bagi mengikat rambut. Setanjak adalah simbol status seseorang dan orang-orang yang botak juga memakainya. Sebilah keris diselitkan di tali pinggang. Kadangkala senjata-senjata kecil juga diletakkan di tali pinggang. Pakaian cara ini juga diamalkan semasa ke medan perang apabila beliau akan membawa bersama sepucuk lembing dan perisai. Perisai-perisainya dibuat dari logam, kulit binatang, rotan dan kayu.
Pahlawan-pahlawan Melayu disanjung tinggi dan mencapai kedudukan tinggi di kalangan masyarakat. Apabila sistem peperangan diubah oleh penjajah, bilangan dan fungsi pahlawan Melayu merosot, lantas mengakibatkan hilangnya golongan-golongan pahlawan ini.
KAPAL ZHENG HE
Ini adalah model kapal yang digunakan oleh Laksamana Zheng He semasa pelayaran akhir beliau ke Asia Tenggara, Sri Lanka, India Selatan, Benua Arab dan Timur Laut Afrika pada tahun 1432-1433. Kapal seperti ini menyertai angkatan tentera laut Kerajaan Ming untuk menghubung kait kerajaan-kerajaan lain dengan Kerajaan Ming. Kapal ini adalah sepanjang 140 meter, hampir 5 kali lebih panjang dari kapal-kapal Eropah zaman itu. Ia juga dilengkapi dengan senjata-senjata untuk mempertahankan sebarang serangan.
MODEL KAPAL LANCAR
Model Kapal Melayu ini adalah kapal “Lancar” yang disebut oleh pencatat-pencatat Portugis sebagai “Lanchara”. Ini adalah salah satu daripada jenis-jenis kapal Melayu yang belayar di Selat Melaka kerana saiznya sederhana. Ia boleh belayar lebih laju dari kapal-kapal besar.
MODEL KAPAL JONG MELAYU
Ini ialah model Kapal Jong Melayu yang dibentuk daripada lukisan-lukisan Portugis. Kapal Jong merupakan kapal yang digunakan di Nusantara sebelum dan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kapal Jong adalah kapal terbesar yang belayar di pelayaran alam Melayu. Menurut sumber-sumber Portugis, kapal Jong hampir dua kali tinggi daripada kapal perang Portugis iaitu ‘Nau’ dan dindingnya mempunyai empat lapisan kayu tebal. Ia boleh membawa 1,000 orang dan muatan lebih 1,000 tan.
Walaupun kapal-kapal Jongnya kuat dan selamat, kelemahannya ialah tidak boleh belayar dengan laju kerana keberatannya. Kapal-kapal Jong juga dibina dengan saiz yang berbeza di antara 300 tan ke 1,000 tan. Teknik pembinaan kapal Jong dihapuskan akibat sikap penjajah yang tidak ingin melihat kapal-kapal tempatan bersaing dengan kapal dagang mereka
SUNDANG RAJA MOHAMAD
Ini ialah sundang yang disembahkan oleh Daik Ismail dari Pulau Karimun dan kaum China Melaka kepada Raja Mohammad semasa Baginda menuju ke medan perang.
Inskripsi yang tidak teratur berbunyi: “Daik Ismail dari Pulau Karimun dan China Melaka sembahkan sundang ini kepada Raja Mohammad. Allah selamatkan peperangan Tuanku”.
Raja Mohammad dilantik menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Mahmud Syah
(1283-1339).
MERIAM MINI MELAKA
Meriam mini ini dihadiahkan oleh Datuk Bandar Lisbon kepada Ketua Menteri Melaka. Saiz sebenarnya adalah hampir 12 kaki panjang. Meriam ini dibuat di India. Sultan Calicut (India Selatan) telah menghadiahkannya kepada Sultan Mahmud Syah pada tahun 1510. Alfonso De Albuquerque telah membawanya ke Lisbon di mana ia sekarang dipamerkan di Muzium Tentera Lisbon.
BATU NISAN SULTAN MANSUR SYAH
Ini ialah salah satu batu nisan asal Sultan Mansur Syah. Pasangannya dipamerkan di Muzium Negara. Menurut inskripsi yang terdapat pada batu nisan itu, tarikh kemangkatannya ialah 2 Rejab 880 Hijrah, iaitu 1 November 1477.
Makam Diraja Melaka terletak di kaki bukit Melaka dalam kawasan Masjid Besar. Pihak Portugis memusnahkan bangunan-bangunan Melaka dan menggunakan bahan-bahannya untuk mendirikan sebuah kota. Apabila kotanya diletupkan oleh pihak British pada tahun 1806-1807, kedua-dua batu nisan Sultan Mansur Syah masih dalam keadaan baik. Hanya batu ini sahaja yang dapat disimpan di muzium ini.
MATAWANG ZAMAN KESULTANAN MELAKA
Di mana-mana negara sekalipun, perdagangan awal di zaman silam bermula dengan sistem bertukar-tukar barangan. Kaedah ini diamalkan pada zaman megalitik dan semasa pra-pembukaan Kota Melaka. Orang-orang Selat yang tinggal di muara Sungai Melaka menukar barangan mereka seperti ikan kering dengan barang-barang yang dibawa oleh pedagang-pedagang yang singgah di Pasar Besar. Sistem seumpama ini juga diamalkan oleh penjajah-penjajah di mana mereka memperoleh komoditi sesuatu negeri dengan perjanjian untuk mempertahankan negeri berkenaan.
Kemudian diwujudkan pula satu sistem di mana logam-logam emas, perak, bijih timah dan kulit-kulit siput gerus digunakan sebagai ‘wang pembelian’. Kulit-kulit tanah yang berbentuk sebagai menara dan piramid, dan sebarang bahan logam berbentuk kacang diterima untuk menukar barang. Bahan-bahan itu diberi nilai untuk menentukan berat barang yang boleh diperolehi. Dari sistem inilah kemudiannya wujud sistem matawang.
Ternyata zaman Kesultanan Melaka menggunakan matawang untuk berdagang. Buktinya didapati daripada matawang-matawang yang ditemui, seperti syiling timah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah dan Sultan Ahmad Syah. Matawang China, Arab, Pasai dan Gujerat juga digunakan di Melaka. Tiada pula rekod-rekod sejarah menceritakan tentang matawang emas Sultan Melaka ataupun matawang Sultan lain. Dari segi logiknya iaitu dipandang dari sudut reputasi dan kemampuannya, empayar Melaka sudah pasti mengeluarkan matawang-matawang emas. Matawang Pasai digunakan di Melaka, tetapi setakat ini matawang-matawang Melaka tidak dijumpai. Mungkin kerana ianya dikumpul dan dibawa ke Goa atau Lisbon ataupun dicairkan untuk tujuan lain.
WAN EMPUK WAN MALINI (PERMULAAN KONSEP KESETIAAN DAN PENDERHAKAAN DALAM KERAJAAN)
Ini adalah kisah dua orang wanita iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang bertanam padi di Bukit Seguntang. Kisah ini menandakan permulaan wanita berperanan dalam kerajaan. Dengan pertolongan cucu Raja Iskandar Zulkarnian, padi yang mereka tanam berbuah emas, berdaun perak dan berbatang tembaga. Berikutan itu cara hidup mereka juga berubah.
Berikutan perkahwinan Sang Sepurba Taramberi Teribuana dengan Wan Sendari, puteri Demang Lebar Daun, Raja Palembang telah menjadi saksi Perjanjian Wa’adat antara raja dengan rakyat. Memorandum persefahaman itu menjadi simbol kesucian Kerajaan Melayu di mana mungkir janji dan hak penafian sebelum siasatan dan pertimbangan yang adil oleh pentadbir telah memansuhkan kerajaan. Perkaitan antara kedua-dua kejadian ini dalam Sejarah Melayu mengukuhkan kedudukan peranan wanita dalam pembentukan sebuah kerajaan
MELAKA SEBELUM PARAMESWARA
Sebelum muara Sungai Melaka menjadi pusat Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Pulau Besar menjadi tumpuan kapal-kapal dagangan Cina. Pulau Besar dikenali dengan nama Pulau Air. Ketika itu, muara Sungai Melaka didiami oleh ‘Orang-orang Selat’. Menurut sumber-sumber Sejarah, hanya 20 hingga 30 sahaja orang-orang Selat mendiami di kawasan di antara bukit dan sungai. Kehidupan mereka bergantung kepada hasil sungai dan laut. Tiada rekod yang mengesahkan terdapatnya sebuah perkampungan di seberang sungai ketika itu. Mungkin kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok gelam. Bukitnya pula dilitupi hutan yang mengandungi pokok-pokok Melaka. Rekod catatan daripada Portugis pula mengatakan orang-orang Selat yang mendiami di muara Sungai Melaka ialah pengikut-pengikut Parameswara yang telah datang lebih awal lagi. Menurut rekod catatan daripada China, semasa kedatangan Laksamana Cheng Ho, Parameswara telah pun mendirikan istananya di kaki bukit. Apa yang nyata ialah pada zaman sebelum pembukaan Negeri Melaka, di kawasan muara Sungai Melaka terdapat sebuah kampung telah didiami oleh orang-orang selat yang hidup sebagai nelayan. Ini merupakan permulaan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi tumpuan sedunia dalam jangka masa yang pendek.
PARAMESWARA (1170-1217)
Pada kurun kedua belas, seorang putera raja Hindu dari Palembang, Sumatera bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya telah berundur ke Temasik (Singapura) dan telah melantik dirinya sendiri sebagai raja. Tidak lama kemudian Parameswara diusir keluar dari Temasik akibat serangan Siam. Beliau telah menyusur pantai barat semenanjung dan sampai ke Sungai Bertam. Semasa sedang berehat di bawah pokok, beliau tertarik melihat seekor kancil berpatah balik lalu menerajang anjing perburuannya ke dalam sungai. Beliau percaya kejadian itu sebagai petanda baik. Parameswara membangunkan negeri di situ kerana tempatnya yang strategik dan menamakannya Melaka sempena nama pokok ‘Melaka’ tempat beliau bersandar.
Parameswara dikenali sebagai pengasas Negeri Melaka.
KEDUDUKAN AWAL KOTA MELAKA
Kedudukan Kota Melaka pada awal kurun ke-15 semasa pemerintahan Parameswara tidak diketengahkan dalam Sejarah Melayu tetapi keadaan kotanya pada tahun 1409 diceritakan oleh Ma Huan, seorang penolong kanan Laksamana Zheng He (Cheng Ho). Lukisan keadaan awal Kota Melaka ini adalah berasaskan catatan Ma Huan tersebut.
Menurut catatan Sejarah, apabila beliau menubuhkan Kesultanan Melayu Melaka, Parameswara tinggal bersama-sama orang Selat yang telah mendiami kawasan di tebing muara Sungai Melaka. Perkembangan Kota Melaka dan kekukuhan kuasa politik meluaskan kawasan-kawasan Istana Parameswara. Orang-orang Selat dibenarkan tinggal di sekitar Bukit Melaka.
Menurut Ma Huan, ada sungai yang besar mengalir di sebelah Istana Raja. Sebuah jambatan telah dibina untuk menyambung sebuah bazar yang terletak di seberang dan mengandungi 20 buah gerai yang menjual pelbagai barangan niaga. Istana Raja didirikan berhampiran tebing sungai di kaki bukit.
Apabila taraf Raja dinaikkan menjadi Sultan, adat istiadat dan pantang larang diwujudkan, Istana Raja dipindahkan ke atas bukit dan kawasannya dijadikan kawasan larangan.
KEDATANGAN YIN CHING
Pada tahun 1403, Yung Lo menjadi Maharaja China dan menghantar utusannya ke negeri-negeri yang mempunyai hubungan dengan China untuk memberitahu tentang pertabalannya. Yin Ching dipilih untuk mengetuai perutusan tersebut. Ketika itu, persekitaran Melaka hanya dikenali dengan nama ‘Wu Shu’ (lima pulau). Semasa Yin Ching belayar ke Nusantara, beliau telah mendengar tentang satu kerajaan baru di rantau selat ini. Dia mengambil kesempatan ini untuk melawat Melaka dan mewujudkan perhubungan di antara China dan Melaka. Ketibaan Yin Ching di Melaka pada tahun 1403 membawa satu perkembangan baru yang membolehkan Melaka merancang strategi-strategi yang sesuai bagi memperkukuhkan kedudukannya.
Selaku utusan Maharaja China, Yin Ching menyampaikan hadiah-hadiah Raja China kepada Parameswara dan menghormatinya sebagai Ketua Kerajaan Melaka. Lawatan Yin Ching memulakan satu perhubungan politik yang positif bagi Melaka dan kemajuan perdagangan di antara China dan Melaka.
KEDATANGAN PEDAGANG-PEDAGANG
Permulaan Kota Melaka dalam dunia perdagangan tanpa satu komoditi tempatan berasaskan kepada beberapa faktor dan usaha Parameswara sendiri. Situasi politik di Asia Tenggara pada penghujung abad ke-14, sedikit sebanyak membantu kedudukan dan perkembangan Kota Melaka. Tiada kuasa besar pun yand bertakhluk di Nusantara ini, melainkan Pasai di Sumatra Utara dan Ayuthia di Teluk Siam untuk menyekat kemajuan Kota Melaka. Lokasinya juga membantu Kota Melaka yang merupakan angin Timuran tamat dan angin lain bermula.
Di antara Pasai dan Ayuthia, tiada pula satu kuasa yang menampung dan menjaminkan urusan perdagangan. Apabila Melaka diwujudkan, Melaka bukan sahaja menjadi tempat persinggahan untuk pedagang menanti pertukaran angin, tetapi untuk mendapatkan perlindungan serta tempat perniagaan yang adil. Parameswara mewujudkan pasara perdagangan di tebing Sungai Melaka dan kediaman pendagang-pedagang berhampiran dengan pusat pasar. Beliau juga mengadakan beberapa peraturan yang menjadi asas kepada Undang-Undang Kanun Melaka.
Kestabilan politik dan undang-undang adil mendorong para pedagang menuju dari Nusantara ke Melaka. Selain daripada pedagang-pedagang China, pedagang-pedagang dari Benua India, Pegu dan Arab pun mula datang mula datang untuk mencuba nasib di dalam satu suasana yang selesa.
LAWATAN PARAMESWARA KE CHINA
Lawatan Yin Ching pada tahun 1403 memulakan satu perhubungan erat di antara Kota Melaka dan China. Hubungan ini bukan sahaja dari segi perdagangan, tetapi juga dari segi politik. Di antara tahun 1403 sehingga 1410, selain dari kapal-kapal dagangan China, Laksamana Cheng Ho juga melawat Melaka sebanyak dua kali dan Melaka juga menghantar perutusan ke Negeri China sebanyak tiga kali.
Perhubungan erat di antara Melaka dengan China menjadi kenyataan apabila Maharaja China menghantar Laksamana Cheng Ho ke Kerajaan Ayuthia, Negeri Thai, pada tahun 1409 untuk memberi amaran supaya tidak mengganggu Kota Melaka. Bantuan moral ini diterima oleh Parameswara kerana ketika itu Kota Melaka menghadapi ancaman Ayuthia.
Parameswara bersama dengan seisi keluarganya ingin membalas jasa baik Maharaja China, dan telah belayar ke Negeri China sebagai tetamu Laksamana Cheng Ho, untuk mengukuhkan perhubungan Melaka dan China. Seramai 540 orang termasuk menteri, pegawai dan pedagang-pedagang, telah menyertai rombongan Parameswara. Hasil pengeluaran Melaka juga dibawa bersama sebagai hadiah.
Parameswara disambut dan dilayan dengan baik. Beliau juga dijemput ke balairong Seri Maharaja beberapa kali dan dijamu makan bersama Maharaja itu. Apabila Parameswara hendak pulang ke Melaka, Maharaja China iaitu Yung Lo, telah menghadiahkan pelbagai barangan termasuk emas, perak, peralatan porselin, pakaian sutera dan matawang Ming. Perhubungan erat ini berterusan hingga ke beberapa dekad seterusnya.
KEDATANGAN MANI PURINDAN
Apabila Melaka berkembang dan mula dikenali di rantau ini, ramai pedagang dari India telah datang, bukan sahaja untuk berniaga tetapi juga untuk bermastautin selama-lamanya. Mani Purindan adalah salah seorang pedagang yang kaya dari Kalinga, India. Oleh kerana tiada persefahaman dengan keluarganya, beliau datang ke Melaka bersama dengan 7 kapal dagangannya. Kedatangan beliau bertujuan untuk menjadi penduduk Melaka dan menghadap Sultan Muhammad Syah. Baginda menerima hasrat Mani Purindan dan memberi pangkat taraf menteri dalam jemaah menteri. Kemudian, Mani Purindan mengahwini Tun Ratna Sendari, anak Tun Perpatih Besar, iaitu Penghulu Bendahari. Anak cucu Mani Purindam menjawat jawatan tertinggi dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
PUSAT PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM
Walaupun Kota Melaka menerima dan terus menjadi Negara Islam pada abad ke 13 selepas perkahwinan di antara Parameswara (Sultan Iskandar Syah) dan Puteri Pasai, corak kehidupan harian umat Islam di Kota Melaka tidak banyak berubah. Raja Tengah bergelar Seri Maharaja mengambil alih takhta kerajaan selepas kemangkatan ayahanda baginda iaitu Sultan Iskandar Syah. Kesedaran Seri Maharaja bahawa beliau adalah seorang mukmin tepat dengan ketibaan Syed Abdul Aziz ke Melaka, iaitu satu peristiwa penting dalam sejarah Negeri Melaka. Bermulalah kegiatan-kegiatan penyebaran Islam di Nusantara ini yang menjadikan Melaka sebagai pusat perkembangan Islam. Seri Maharaja menukar namanya kepada Sultan Mohammad Syah dan terus mewujudkan pelbagai adat dan larangan, termasuk peraturan bagi jawatan-jawatan, pakaian, pembinaan dan lain-lain hal yang menukar cara kehidupan harian masyarakat Melayu Melaka. Berbekalkan kekuatan iman dan semangat, Kota Melaka dapat menghantar utusan-utusan ke luar negeri untuk menyebarkan agama Islam. Peranan ini sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara hanya merosot apabila penjajah menguasai Melaka.
RAJA KASSIM SEBAGAI NELAYAN
Raja Kassim ialah putera sulung Sultan Mohammad Syah (1283-1339) dengan Tun Wati, anak perempuan Mani Purindan. Sultan Mohammad Syah kemudian mengahwini Puteri Rokan dan mendapat seorang putera, iaitu Raja Ibrahim. Apabila Sultan Mohammad mangkat, Raja Ibrahim telah dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid kerana bukan sahaja ibunya berketurunan Diraja, tetapi juga kerana peranan bapa saudaranya iaitu raja Rekan, yang telah tinggal bersama dengan Sultan Mohammad Syah.
Raja Kassim, walaupun tua daripada Raja Ibrahim, bukan sahaja tidak dilantik kerana ibunya orang biasa, tetapi juga tidak dibenarkan tinggal di istana. Beliau tinggal bersama-sama nelayan (kemungkinan orang laut) dan mencari kehidupan di laut. Hanya bapa saudaranya, Tun Ali mengambil berat tentang kehidupan Raja Kassim serta melindunginya. Raja Kassim menjual hasil usahanya kepada pedagang-pedagang yang berlabuh di Selat Melaka.
Salah seorang pedagang yang ditemui adalah Maulana Jalalludin. Adegan ini menunjukkan Maulana Jalalludin mempelawa Raja Kassim menaiki kapal dengan penuh hormat. Pertemuan ini menjadi punca perubahan masa depan Raja Kassim. Maulana memberi dorongan kepada Raja Kassim supaya mencari pertolongan yang membolehkan beliau menuntut haknya, iaitu takhta kerajaan Melaka.
SULTAN MUZAFFAR SYAH (1340-1378)
Sultan Muhamad Syah mempunyai dua orang putera iaitu Raja Ibrahim dan Raja Kasim iaitu daripada dua orang isteri yang berlainan keturunan. Raja Ibrahim telah menaiki takhta apabila ayahandanya mangkat tetapi belum sempat Baginda dimasyhurkan, baginda dibunuh oleh adiknya Raja Kasim dan pakatan orang-orang Tamil. Kemangkatannya dianggap sebagai mati syahid.
Raja Kasim menggantikan Raja Ibrahim dan mengambil gelaran Paduka Seri Sultan. Dalam zaman pemerintahannya, baginda mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi Melaka dan mengeluarkan wang syiling pertama dalam rekod untuk digunakan di Melaka serta mewujudkan jawatan Laksamana.
PERANAN TUN KUDU
Tun Kudu ialah Puteri Bendahara Seri Wak Raja iaitu kekanda kepada Tun Perak. Tun Kudu telah dikahwinkan dengan Sultan Muzaffar Syah dan Tun Perak pula dihantar ke Kelang untuk menjadi Penghulu Kelang, manakala Tun Ali dilantik menjadi Bendahara. Tun Kudu menjadi puteri pertama mengorbankan diri demi kestabilan politik Kerajaan Melayu Melaka.
Ancaman Ayuthia (Siam) akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 1446 apabila mereka menyerang Melaka melalui darat. Tun Perak membawa orang-orang Kelang untuk membantu Melaka mematahkan serangan tersebut. Kebijaksanaan dan kecergasan Tun Perak diperhatikan oleh sultan yang berkeinginan melihat Melaka maju selangkah lagi. Sultan telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara menggantikan Tun Ali yang kemudiaannya dilantik sebagai Penghulu Bendahari.
Kemunculan Tun Perak di medan politik Melaka menjadi punca ketegangan antara Tun Ali dan Tun Perak. Memandangkan kedua-dua pemimpin yang disayangi tidak bersatu hati, ini boleh memecah-belahkan rakyat Melaka. Sultan Muzaffar Syah ingin menghentikan perpecahan dan berunding dengan Tun Ali.Tun Ali adalah seorang duda tua. Apabila didesak, ia mengemukakan satu syarat yang tidak munasabah untuk menyelesaikan ketegangan tersebut, iaitu beliau ingin mengahwini Tun Kudu, Permaisuri Melaka yang juga kekanda Tun Perak.
Di luar dugaan Tun Ali, Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan Permaisuri yang disayanginya demi kestabilan politik Melaka. Begitu juga Tun Kudu, demi keamanan negeri dengan rela mengorbankan diri untuk berkahwin dengan Tun Ali.
Pengorbanan Tun Kudu dan Sultan Muzaffar Syah adalah tidak sia-sia. Tun Ali dan Tun Perak menjadi sahabat karib dan saling bantu-membantu untuk membangunkan negeri. Tidak beberapa lama kemudian, Tun Ali sendiri meminta baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara.
PEMBERONTAKAN PERTAMA DI MELAKA
Walaupun Raja Ibrahim dilantik menjadi Sultan yang bergelar Parameswara Dewa Syah, namun kuasa kerajaan dipegang oleh bapa saudaranya, iaitu Raja Rokan. Pembesar-pembesar Melaka tidak suka orang luar memegang jawatan tetapi mereka tidak mengambil tindakan kerana sayangkan Raja yang masih muda.
Raja Kassim telah diarah keluar dari istana dan tinggal di kampung nelayan. Perkara ini berlaku setelah menerima bimbingan daripada Maulana Jalalludin yang berbincang dengan bapa saudaranya, Tun Ali, Penghulu bendahari Melaka. Tun Ali bersetuju untuk membantu Raja Kassim dan bermuafakat dengan pembesar-pembesar negeri Melaka yang tidak suka akan tindak-tanduk Raja Rokan, untuk menyerang istana dan merampas kuasa dari Raja Rokan. Bendahara Seri Wak Raja juga menyertai kumpulan ini dengan satu muslihat.
Pergerakan serangan terhadap istana berlaku pada waktu malam dalam suasana huru-hara kerana ramai tidak mengetahui tentang rancangan tersebut. Reaksi pertama ialah mempertahankan keselamatan Raja. Apabila melihat bendahara berada dalam kumpulan penyerang, mereka berpatah balik ke kumpulan Raja Kassim yang menaiki gajah. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dan pengikut-pengikut Raja Rokan. Raja Rokan yang memeluk kuat Parameswara Dewa Syah telah tertikam bersama anak buahnya lalu kedua-duanya mati.
Parameswara Dewa Syah dikebumikan dengan gelaran Sultan Abu Syahid. Kemangkatan Sultan Abu Syahid, walaupun tidak dirancang, adalah peristiwa yang penting bagi kestabilan politik Melaka dan menjadikan ia berdikari.
SERANGAN LAUT AYUTHIA
Serangan darat Ayuthia yang mengalami kekalahan tidak mematahkan semangat Kerajaan Ayuthia. Pada tahun 1456, semasa pemerintahan Raja Boromo Trilokanat (1448-1488), mereka telah melancarkan serangan laut terhadap Melaka, di bawah pimpinan Panglima Perang Okya Tejo.
Serangan Ayuhia ini dijadikan bahan cerita termasyhur dalam Sejarah Melayu kerana buat pertama kalinya angkatan tentera laut Melaka dapat mengalahkan satu kuasa besar di rantau ini.
Apabila Melaka mendapat tahu rancangan Ayuthia tersebut, Melaka juga melengkapkan angkatan tentera lautnya dan mengambil keputusan untuk mematahkan serangan tersebut di Batu Pahat. Angkatan Melaka ini diketuai oleh Tun Perak dan dibantu oleh Tun Hamzah, seorang panglima yang dikenali sebagai Dato’ Bongkok. Mereka tiba di muara Sungai Batu Pahat dan berpengkalan di situ. Di sekeliling kawasan muara telah dipasangkan dengan pelita-pelita yang memberi gambaran pada waktu malam seolah-olah ada satu angkatan laut yang besar di situ.
Apabila angkatan tentera Ayuthia tiba di sebelah malam, mereka kagum melihat angkatan Melaka yang begitu ramai. Pertarungan sengit berlaku antara kedua-dua angkatan tentera laut. Bagi Melaka, ini ialah serangan laut yang pertama bagi mereka. Pengetahuan tentang keadaan laut digunakan sepenuhnya oleh angkatan laut Melaka dan akhirnya mereka berjaya mengalahkan angkatan Ayuthia. Kapal-kapal Melaka mengejar kapal Ayuthia hingga ke Singapura sebelum masing-masing berpatah balik.
Kejayaan dalam peperangan tersebut memberi keyakinan kepada Melaka untuk mereka mengaturkan dasar dan menyebarkan pengaruhnya ke seberang laut.
KEMUNCULAN HANG TUAH
Hang Tuah walaupun mencapai nama dan tahap yang terkenal di Nusantara ini, beliau dilahirkan dalam keluarga miskin. Lahir di Kampung Duyong, anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu Wati. Kepintaran Hang Tuah dapat dilihat sejak kecil lagi dalam mempelajari agama dan seni mempertahankan diri. Semasa berusia 10 tahun, Hang Tuah berkenalan dengan 4 orang yang sebaya dengannya. Persahabatan ini telah menyatukan mereka dalam apa jua kegiatan sehingga dikenali dengan gelaran “lima bersaudara”, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi.
Kemunculan Hang Tuah dalam sejarah Nusantara ini berlaku akibat serangan pengamuk-pengamuk di kampung berhampiran dengan kampung Bendahara. Bendahara Tun Perak bersama pengawal-pengawalnya datang untuk menyiasat perkara tersebut. Tiba-tiba empat orang pengamuk datang menyerang Tun Perak dan pengawal-pengawalnya lari untuk menyelamatkan diri sendiri. Hang Jebat telah membunuh seorang dari pengamuk itu, Hang Lekir dan Hang Lekiu membunuh seorang lagi dan Hang Tuah membunuh dua orang pengamuk sebelum mereka dapat mendekati Tun Perak.
Tun Perak kagum dengan keberanian Hang Tuah dan rakan-rakannya. Beliau memberikan kain persalinan dan terus melantik mereka sebagai hulubalang. Mereka juga diperkenalkan kepada Sultan Muzaffar Syah. Dari sinilah bermulanya satu lagenda.
ISLAM KE PULAU JAWA
Lukisan ini menggambarkan Maulana Malik Ibrahim melawat pedalaman Pulau Jawa bagi menyebarkan agama Islam di kalangan penduduk Jawa. Melaka juga memainkan peranan penting menyebarkan Islam ke Jawa.
ISLAM KE BRUNEI
Lukisan ini menggambarkan adegan ketika Sheikh Shamsuddin tiba di Kampung Air, Brunei, pada tahun 1450, untuk mengislamkan Raja Brunei. Pada waktu itu, Raja Brunei diberi gelaran Maulana Al-Sultan Mohammad Shafiuddin. Melaka juga memainkan peranan penting menyebarkan Islam ke Brunei.
HANG TUAH DIKURUNG
Sejak peristiwa menyelamatkan nyawa Tun Perak dari serangan amuk, keberanian dan kegagahan Hang Tuah semakin ketara. Sifat peribadi Hang Tuah dan jasanya dikenang oleh Sultan Mansur Syah sehingga Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana Melaka. Beberapa negeri di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melaka sudah pun terletak di bawah jajahan takluk pengaruh Melaka. Melaka diakui sebagai satu kuasa dan pusat perdagangan di Nusantara ini. Kuasa dan kekayaan membawa kemewahan yang mana dilambangkan oleh kehidupan orang-orang Melaka. Apabila suatu kerajaan mencapai kejayaan ke tahap empayar, maka mulalah muncul perasaan cemburu dan krisis politik. Kebangkitan dan pencapaian Hang Tuah menimbulkan rasa iri hati di kalangan beberapa pembesar Melaka. Beliau difitnah mengatakan mempunyai hubungan dengan seorang dayang Raja. Sultan Mansur Syah tanpa menyiasat kebenaran, mengarahkan Tun Ali supaya Hang Tuah dibunuh. Tun Ali yang menimbangkan keadaan, mempercayai bahawa Hang Tuah yang sebenarnya telah diiftnah, membawanya ke Ulu Melaka di mana beliau telah disembunyikan.
Walaupun kemudiannya Hang Tuah muncul semula di arena politik, peristiwa seumpama ini tetap berulang, iaitu pemimpin-pemimpin yang berkaliber digugurkan mengikut sesuka hati Raja yang memerintah, dan akhirnya ia menjadi punca utama kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.
RAJA PAHANG MENJADI GURU GAJAH
Kemenangan Melaka ke atas Ayuthia membebaskan negeri itu daripada belenggu ketakutan dan keyakinan untuk mengambil tindakan positif dalam menguasai Sungai Pahang dan Negeri Pahang. Ini berikutan Kerajaan Pahang yang bakal menyokong Negeri Melaka akan menjamin kedaulatan Melaka.
Negeri Pahang ketika itu kaya dengan hasil emas dan sumber alam semulajadi. Ia diperintah oleh Maharaja Dewa Sura di bawah naungan Ayuthia. Pahang memainkan peranan utama apabila Ayuthia menyerang Melaka melalui darat. Sultan Mansur Syah memerintahkan supaya Pahang ditakluki. Satu angkatan tentera laut di bawah naungan Tun Hamzah (Dato’ Bongkok) menyerang Pahang dan dengan mudah mengalahkannya. Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri ke Ulu Pahang telah ditangkap bersama seisi keluarganya, dan dibawa ke Melaka. Beliau dipenjarakan di hujung Balai Istana dan diberi segala kemudahan sebagai Raja. Puterinya, Wanang Seri dikahwinkan oleh Sultan Mansur Syah.
Ketika itulah gajah baginda yang bernama Kancaci telah terlepas ke hutan. Ia tidak dapat dibawa balik oleh orang-orang Melaka. Maharaja Dewa Sura, seorang berpengetahuan tentang gajah untuk menangkap gajah baginda dan beliau berjaya membawa pulang gajah tersebut. Sebagai membalas jasa Dewa Sura, Sultan Mansur Syah telah membebaskan beliau dan melantiknya sebagai guru mengajar ilmu berkenaan haiwan itu.
Tun Hamzah (Dato’ Bongkok) dilantik menjadi Raja Pahang sebagai wakil Sultan Mansur Syah. Pahang menjadi jajahan pertama yang ditakluki Melaka.
HANG LEKIR
Hang Lekir adalah salah seorang daripada empat sahabat Hang Tuah. Seperti sahabat-sahabat yang lain, beliau besar bersama-sama dengan Hang Tuah. Beliau juga telah mempelajari ilmu mempertahankan diri iaitu ilmu silat, bersama-sama dengan Hang Tuah. Beliau adalah pengikut Hang Tuah yang paling setia. Menurut Sejarah Melayu, Hang Lekir yang telah mengamuk apabila mendapat tahu bahawa Hang Tuah telah dibunuh mengikut perintah Sultan, bukan Hang Jebat seperti yang diriwayatkan dalam Hikayat Hang Tuah.
HANG LEKIU
Seperti sahabat-sahabat Hang Tuah yang lain, Hang Lekiu juga adalah pengikut Hang Tuah. Beliau juga kawan sepermainan Hang Tuah dan telah mempelajari ilmu mempertahankan diri iaitu ilmu silat bersama-sama dengan Hang Tuah. Akhirnya, beliau diiktiraf oleh Sultan sebagai pahlawan Melaka di samping Hang Tuah dan sahabat-sahabat yang lain.
HANG TUAH
Hang Tuah adalah wira Melayu terakhir. Beliau merupakan simbol kehormatan, keberanian dan taat setianya kepada raja. Falsafah bersatu padu tanpa berbelah bagi adalah pegangan beliau. Hang Tuah lima bersaudara iaitu, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi menjadi terkenal selepas mereka menyelamatkan Bendahara daripada serangan orang mengamuk. Beliau adalah Laksamana dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Sebagai Laksamana beliau dianugerahkan sehelai jubah berlambangkan seekor naga oleh Maharaja China sementara pokok kangkung menjadi lambang kebijaksanaannya melihat wajah Maharaja China di negara China kerana rakyatnya diharamkan memandang muka baginda. Ungkapannya yang termasyhur ialah, “takkan Melayu hilang di dunia”. Hang Tuah lima bersaudara juga terkenal dengan amalan seni silat gayong.
HANG JEBAT
Hang Jebat was also a Malay warrior during Sultan Mansur Syah’s reign. An well known episode in his life was when he became an amok and went on a rampage in the palace when told that the Sultan had ordered Hang Tuah murdered on the suspicion of being a traitor. Although the man ordered to kill Hang Tuah did not carry out the deed, Hang Jebat believed Hang Tuah was dead. The Sultan, when told that Hang Tuah had not been killed, ordered Hang Tuah be brought back to help restrain Hang Jebat. During the struggle, Hang Jebat said his famous words, which translates, ‘obedience to a just ruler, opposition to an unjust ruler’ to which Hang Tuah replied, ‘A Malay will never betray his ruler’. The episode ended when Hang Tuah killed Hang Jebat with his keris (a Malay dagger) ‘Taming Sari’.
HANG KASTURI
Hang Kasturi dikatakan yang terakhir menjadi ahli kumpulan bersaudara Hang Tuah. Beliau juga telah mempelajari ilmu mempertahankan diri iaitu Silat bersama-sama dengan Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya yang lain. Bersama-sama yang lain, beliau juga telah mendapat pengiktirafan Sultan sebagai pahlawan Melaka yang terbilang.
ROBOHAN ISTANA SULTAN
Pertarungan hebat antara Hang Tuah dan Hang Jebat yang berlaku di Istana Sultan Mansur Syah telah berakhir dengan pembunuhan Hang Jebat. Disebabkan peristiwa pahit itu dan pencemaran di istana, Sultan Mansur Syah tidak ingin mendiami istana itu lagi. Maka diititahkan supaya istana itu dirobohkan dan dibuang ke laut. Arahan Baginda dilaksanakan dengan sempurna.
Sebuah istana baru yang cantik telah dibina di tapak istana yang dirobohkan. Istana ini dinamakan ‘Mahligai’, akan tetapi kemudiannya telah dibakar.
SULTAN MANSUR SYAH (1378-1449)
Raja Abdullah telah mengganti ayahandanya Sultan Muzaffar Syah dan mengambil gelaran Sultan Mansur Shah. Zaman pemerintahannya merupakan zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka yang terkenal dengan cerita rakyat dan kebudayaan Melayu. Bilangan penduduk Melaka turut bertambah menjadi 40,000 orang.
Empayarnya berkembang melalui tawanan dan perkahwinan. Di bawah pimpinan kebijaksanaan Bendahara Tun Perak, kerajaannya berkembang ke Pahang, Terengganu, Kedah dan Johor di Semenanjung; Kampar, Bengkalis, Rokan dan Siak di Sumatera; Patani di Siam sementara Inderagiri diberi kepadanya sebagai hantaran kahwin dengan seorang puteri Jawa.
Anak daripada isteri pertamanya berketurunan Siam iaitu Raja Ahmad menjadi Sultan pertama Pahang manakala anak daripada isteri Cinanya Puteri Hang Li Po iaitu Paduka Mamat menjadi penguasa Langkat, yang keturunannya memerintah Selangor. Agama Islam juga tersebar ke Nusantara melalui penaklukan baginda. Lagenda Hang Tuah dan empat sahabatnya turut muncul semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah.
KEDATANGAN HANG LI POH
Hubungan yang terjalin antara Melaka dan China telah bermula dengan kedatangan Yin Ching pada tahun 1403. Laksamana Cheng Ho mengeratkan lagi hubungan ini dan mengiringi rombongan Parameswara ke China pada tahun 1411. Hubungan persahabatan dan diplomatik antara China dan Melaka mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1338-1449). Baginda mengutuskan Tun Perpatih Putih ke China dengan membawa surat jawapan Baginda. Utusan Melaka disambut oleh Perdana Menteri dan kemudiannya menghadap Maharaja China. Tun Perpatih berjaya menggambarkan keagungan Sultan Melaka. Disebabkan tertarik dengan keagungan Sultan Melaka, Maharaja China menitahkan supaya puterinya iaitu Hang Li Poh, dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Seorang menteri kanan menemani Hang Li Poh dengan 500 orang pengiring-pengiringnya ke Melaka. Sesudah mengislamkan Puteri Hang Li Poh, Sultan pun mengahwininya dan membina sebuah istana di atas bukit yang kemudiannya dikenali dengan nama Bukit China.
MELAKA SEBAGAI PUSAT PELABUHAN
Melaka sebagai emporium Timur yang terkenal bermula dengan jualan ikan kering kepada pedagang-pedagang yang singgah di Pulau Besar, sebelum Melaka wujud. Parameswara menjadi pengasas untuk memajukan Melaka sebagai temnpat dagangan dengan pembukaan 20 gerai membeli-belah. Beliau juga mengenakan syarat-syarat dan cukai-cukai yang berpatutan. Pedagang-pedagang mula datang dari semua sudut Asia dan merasa puas hati dengan perlindungan yang diberi kepada mereka. Pedagang-pedagang dari Sumatera, China, India Selatan, Gujerat, Arab, Pegu, Benggal, Siam, Kalimantan, Ujong Padang, Champa dan Brunei datang dan menjadikan Melaka sebagai pusat Portugis yang mengesahkan bahawa 84 bahasa digunakan di Kota Melaka.
Kedudukan Kota Melaka dimana satu musim angina berhenti dan lain pula bermula, membolehkan pedagang-pedagang datang dan singgah sebelum bergerak ke destinasi lain atau pulang. Undang-undang kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka mengawal hak-hak pedagang dan kerajaan. Barang-barang yang menjadi eksport adalah emas, bijih, belacu, kain sutera, satin, besi, barang-barang makanan, porselin, tembikar, lada, rempah, cengkih, kayu manis, buah pala, gaharu, bahan-bahan wangian, batu-batu permata, kaca, belerang, tembaga, kapur, arak, senjata, manik-manik cermin dan lain-lain.
Tidaklah hairan apabila Tome Pires berkata….sesiapa menakluk Melaka mempunyai kuasa untuk mencekik Kota Venice.
MELAKA MENYERANG KELANTAN
Awal kurun ke-15 menyaksikan Melaka sibuk dengan pelbagai peristiwa. Tun Perak yang menjadi tulang belakang empayar Melaka telah meninggal dunia pada tahun 1498, dan adiknya Tun Perpatih Putih dilantik menjadi Bendahara. Beliau diarahkan menyerang Manjong di Perak dan berjaya menawannya. Pada ketika itu, semua negeri di Semenanjung terletak di bawah naungan Melaka kecuali Kelantan. Sultan Mahmud Syah berhasrat menakluki Kelantan yang masih tidak menerima ketuanan Melaka. Temenggong Tun Mutahir diarah menawan Kelantan. Beliau membawa satu angkatan laut yang besar menyerang Kelantan dan berjaya menangkap puteri-puteri Raja Kelantan dan dibawa ke Melaka. Sultan Mahmud kemudian berkahwin dengan salah seorang puteri ini, iaitu Puteri Onang Kening.
Dengan kemenangan ini, keseluruhan Semenanjung terletak di bawah naungan Melaka. Berikutan dengan serangan Melaka, Ligor pula hendak menyerang balas, lalu menyerang Pahang yang terletak di bawah naungan Melaka. Bendahara Tun Mutahir dan Khoja Hassan menguatkan kubu pertahanan Pahang dan berjaya mengalahkan Ligor apabila ia menyerang Pahang.
ISTANA MAHLIGAI TERBAKAR
Istana Mahligai Sultan Mansur Syah ialah kebanggaan Kesultanan Melayu Melaka. Ia melambangkan kekayaan, kemakmuran dan kekuasaan Melaka. Istana ini melambangkan keunggulan senibina Melaka. Istana besar itu amat indah dipandang dan kemuncak istana pula dipasang satu permata besar yang bersinar-sinar pada siang hari. Istana besar itu tiba-tiba terbakar. Kemungkinan fokus sinaran kepada atap genting kayu berlian yang kering semasa musim kemarau mengakibatkan kebakaran tersebut. Kebakaran itu dilihat oleh semua penduduk Kota Melaka yang datang untuk memadamkannya. Beberapa hulubalang dapat masuk ke dalam istana dan menyelamatkan harta Raja. Oleh kerana suhu kebakarannya terlalu tinggi, maka api tidak dapat dipadamkan atau kesemua barang yang berharga dikeluarkan. Istana Mahligai hangus terbakar.
Selepas beberapa hari, Sultan Mansur Syah memerintahkan supaya dibina sebuah istana lagi di tapak yang sama dalam tempoh sebulan. Tun Perak dapat mendirikan sebuah istana batu yang tidak kurang indahnya dari Istana Mahligai.
TUN PERAK
Tun Perak pengganti Bendahara Tun Ali telah berkhidmat dalam pemerintahan empat Sultan Melaka dari tahun 1456 hingga 1498. Beliau bergelar Bendahara Paduka Raja. Semasa berkhidmat di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah beliau bertanggungjawab menaikkan keagungan Melaka dalam bidang maritim di Asia Tenggara. Di bawah kebijaksanaan pimpinan beliau juga Melaka telah dapat menawan Kampar, Rokan, Bengkalis, Siak, Jambi dan Inderagiri di Sumatera; Patani di Siam; Pahang, Terengganu dan Johor di Semenanjung. Kegemilangan Melaka memuncak pada masa ini yang terkenal juga sebagai Zaman Kegemilangan Budaya Rakyat dan Kebudayaan Melayu. Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498. Beliau diganti oleh sepupunya Tun Mutahir.
KEBERANIAN SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH
Sultan Alauddin Riayat Syah (1449-1481) ialah Sultan yang ke-6 memerintah Empayar Melaka. Baginda menggantikan ayahandanya iaitu Sultan Mansur Syah. Baginda adalah seorang yang gagah berani dan adil. Semasa beliau mengambil alih tugas kerajaan, terdapat banyak pencuri yang merampas harta benda pedagang-pedagang di Kota Melaka.
Satu malam, Baginda berpakaian seperti seorang pencuri membuat rondaan di Kota Melaka bersama dua orang pengawalnya. Ketika itu, Baginda bertemu dengan lima orang pencuri mengusung sebuah peti. Apabila dicabar, kelima-lima pencuri itu berlari meninggalkan peti tersebut. Baginda memerintahkan seorang pengawal supaya menjaga peti itu lantas Baginda mengejar pencuri tadi. Baginda berjaya membunuh dua orang pencuri dan pengawalnya membunuh seorang lagi. Dua orang lagi terjun ke dalam sungai Melaka dan berjaya melepaskan diri.
Sejak peristiwa ini, Kota Melaka bebas dari pencuri.
MELAKA MENYERANG PASAI
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah, Melaka mencapai tahap empayar. Ia bukan sahaja memperolehi kekayaan dan kemakmuran akibat aktiviti perdagangan tetapi juga penaklukan beberapa negeri di Nusantara ini. Raja-raja yang baru dilantik akan datang ke Melaka untuk mendapatkan restu Sultan Melaka. Begitu juga Raja-raja yang digulingkan akan datang dan meminta bantuan Sultan Melaka untuk mendapatkan negara mereka semula.
Sultan Zainal Abidin ialah Raja Pahang yang digulingkan dari takhtanya oleh saudaranya. Baginda datang ke Melaka dan merayu pada Sultan Mansur Syah meminta bantuan untuk mendapatkan kembali takhtanya. Sultan Mansur Syah menghantar satu angkatan tentera dan penyokong-penyokong musuh Zainal Abidin. Akhirnya, Melaka berjaya mengalahkan Pasai dan menjadikan Zainal Abidin sebagai Sultan Pasai.
Walaupun kejayaan itu tidak menjamin kesetiaan Raja Pahang, peristiwa ini menunjukkan kemampuan Sultan Melaka dan sikap tolak ansur antara pemimpin Melaka.
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (1449-1481)
Raja Husain, anak Sultan Mansur Syah dengan isterinya yang kelima menaiki takhta pada usia 21 tahun dan memerintah Melaka dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda merupakan raja yang berdaya usaha dan adil. Baginda terkenal kerana berusaha mengekalkan keamanan di negeri Melaka mengikut undang-undang jenayah Islam. Baginda menyamar dan meronda pada malam hari untuk menangkap pencuri. Baginda telah diracun dan mangkat pada tahun 1481.
PENGAWALAN RAJA MOHAMMAD
Raja Mohammad ialah anakanda kepada Sultan Alauddin Riayat Syah dan Tun Senaja. Tun Senaja ialah adik Tun Mutahir dan anak saudara Tun Perak. Walaupun Baginda mempunyai anak sulung, Raja Menawar yang sedang dilatih sebagai Raja di Kampar, Sumatera. Raja Mohammad dilantik sebagai Sultan Melaka dan bergelar Sultan Mahmud Syah apabila Sultan Alauddin Riayat Syah mangkat.
Perlantikan Raja Mohammad sebagai Sultan tidak diterima oleh beberapa golongan pembesar istana. Raja Tua adalah nenek kepada Raja Mohammad dan Raja Menawar. Beliau menyayangi Raja Menawar lebih daripada Raja Mohammad dan secara terang-terangan menyatakan bahawa Raja Menawar lebih layak menjadi Sultan.
Raja Mohammad pada ketika itu berusia lebih muda dan sering sakit. Tun Perak dan Hang Tuah tidak membiarkan sahaja kawalan Raja Mohammad, malahan mereka sendiri mengawal rapi segala gerak geri perihal Raja Mohammad. Apabila Baginda sakit tenat, Raja Tua datang meratap dan menghampirinya dengan tujuan mahu membunuhnya. Tun Perak dan Hang Tuah memberi amaran kepadanya yang mereka akan mengamuk sekiranya Raja Tua melangkah ke hadapan. Akhirnya, Raja tua berundur dari tempat itu.
Walaupun peristiwa ini menunjukkan kesetiaan Tun Perak dan Hang Tuah kepada Raja, ia meyakinkan Raja Mohammad yang Baginda boleh berbuat sesuka hati dan ini menjadi punca keruntuhan akhlak dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka di Kota Melaka.
TUN TEJA (PENGORBANAN ANTARA CINTA DAN PEMERINTAH)
Tun Teja adalah tunang kepada Sultan Abdul Jalil (Sultan Pahang). Menurut Sejarah Melayu, dia dipujuk kemudian diculik dan dibawa ke Melaka oleh Hang Nadim. Tetapi menurut cerita dari Hikayat Hang Tuah yang mengatakan bahawa Laksamana Hang Tuah yang membawa Tun Teja ke Melaka. Walau apapun, kisah ini membuktikan kelemahan golongan wanita dan begitu mudah untuk diperdayakan. Sifat lelaki yang ego dan penipuan mereka yang ingin memenangi hati Sultan Melaka telah menyebabkan seorang wanita telah menjadi korban.
Penculikan Tun Teja untuk dijadikan isteri Sultan Melaka telah menyebabkan pergaduhan antara dua buah negeri iaitu Pahang dan Melaka. Peperangan tanpa kemenangan ini telah menyebabkan seorang wanita yang juga tunang, kekasih dan kemudiannya permaisuri menjadi korban.
HANG NADIM DIKETEPIKAN
Hang Nadim ialah anak Melaka dan menjadi hulubalang Melaka yang terkenal. Beliau juga anak saudara Bendahara Tun Mutahir dan mengahwini anak Laksamana Hang Tuah. Beliau merupakan seorang yang gagah berani dan salah seorang yang berpotensi untuk menjadi Laksamana Melaka. Sultan Mahmud Syah ingin membeli kain untuk kegunaannya sendiri dan meminta Hang Nadim kerana kebolehannya untuk membeli 40 jenis kain serasah, setiap jenis sepanjang 40 ela dengan 40 jenis bunganya. Hang Nadim bertolak ke India Selatan dengan menumpang kapal Hang Isap. Hang Nadim dapat mengumpulkan kain-kain seperti yang dititah dan beliau belayar balik dengan kapal Hang Isap. Sayang sekali kapal Hang Isap telah karam berhampiran dengan Ceylon (sekarang Sri Lanka). Hang Nadim hanya dapat menyelamatkan beberapa gulung kain dan akhirnya belik ke Melaka. Sultan Mahmud sangat murka kepada Hang Nadim kerana kehilangan kain-kain itu.
Apabila Hang Tuah meninggal dunia, Khoja Hassan pula dilantik menjadi Laksamana. Hang Nadim sepertimana terbukti selepas kejatuhan Melaka, lebih berkaliber dan bersemangat daripada Khoja Hassan. Beliau telah dilantik menjadi Laksamana telah melancarkan serangan demi serangan terhadap Portugis untuk menawan semula Melaka. Sekiranya beliau dilantik dengan lebih awal menjadi Laksamana, kemungkinan besar Melaka boleh mematahkan serangan Albuquerqe.
KEDATANGAN TUN TEJA KE MELAKA
Tun Teja ialah anak perempuan Bendahara Pahang dan mempunyai paras rupa yang sangat cantik sekali sehingga disebut Tun Teja Ratna Benggal. Mengikut Sejarah Melayu beliau telah ditunangkan dengan Sultan Abdul Jamil Sultan Pahang. Sultan Mahmud telah mendengar tentang kecantikan Tun Teja dan baginda pun menyatakan hasratnya ingin mengahwini Tun Teja. Hang Nadim yang mendengar hasrat Baginda, ingin memenuhi kehendak Sultan Melaka. Sekaligus akan memulihkan namanya yang tercemar akibat kehilanagn kain Sultan di Ceylon. Hang Nadim sampai di Pahang dan menyediakan sebuah kapal Jong. Beliau berbaik dengan seorang penolong Tun Teja dan menerusinya, beliau dapat menghampiri Tun Teja lalu memuji kebesaran Sultan Melaka dan ketampanan Sultan Mahmud. Tun Teja yang tertarik dengan kata-kata Hang Nadim hendak mengikutnya kembali ke Melaka. Dengan persetujuan itu, Hang Nadim dapat membawa Tun Teja ke kapal Jong lalu belayar ke Melaka. Apabila Sultan Pahang mendengar Tun Teja ke Melaka bersama Hang Nadim, beliau pun mengejar kapal Jong itu dengan perahunya. Tiada sebuah perahu pun dapat merapati Jong itu kerana kemahiran memanah Hang Nadim. Malah, apabila perahu Raja menghampiri kapal Jong, Hang Nadim telah memanah payung Raja sehingga terbelah dua. Orang Pahang tidak berani mendekati Hang Nadim sehinggalah tiupan angin menggerakkan kapal Jong ke tengah laut. Tun Teja sampai di Melaka dan Sultan Mahmud pun berkahwin dengannya.
PEMBUNUHAN RAJA ZAINAL
Raja Zainal ialah adik Sultan Mahmud Syah dan tinggal dalam Kompleks Istana di salah satu istana kecil. Beliau juga seorang pemuda yang sangat kacak dan rupawan. Kekacakan beliau telah menarik perhatian ramai wanita yang melihatnya. Raja Zainal juga menggunakan kelebihannya untuk memperkosa perempuan-perempuan tanpa mengira samada mereka isteri orang ataupun tidak. Perempuan-perempuan yang tidak disukainya akan diserahkan pula kepada pengikut-pengikutnya. Perbuatan Raja Zainal mengganggu ketenteraman Kota Melaka dan perkara tersebut disampaikan kepada Sultan Mahmud Syah. Baginda sangat murka terhadap Raja Zainal. Apabila orang-orang yang dipilihnya enggan membunuh Raja Zainal, Sultan Mahmud mengarahkan hambanya iaitu Hang Berkat, membunuh Raja Zainal. Hang Berkat memasuki rumah Istana Raja Zainal yang sedang tidur. Pembunuhan itu diberitahu kepada Sultan dan Raja Zainal dikebumikan mengikut adat. Pembunuhan Raja Zainal adalah mengikut adat negeri tetapi dijalankan tanpa perbicaraan yang pasti akan memburukkan nama istana. Namun, ia dapat diselesaikan secara adil tanpa mencemarkan keluarga Diraja.
PENUBUHAN DINASTI KESULTANAN MELAYU MELAKA
Parameswara seorang putera dari Palembang yang terpaksa mengembara akibat perpecahan Empayar Majapahit pada abad ke-13. Beliau menjelajah ke Temasik (Kini Singapura), Muar dan Hulu Muar sebelum menetap di Bertam Hulu. Pada suatu hari ketika berehat di bawah sepohon pokok semasa memburu, beliau melihat seekor pelanduk putih melawan anjing-anjing pemburunya dan menendang seekor anjing ke dalam sungai. Parameswara takjub melihat kejadian ini dan bertekad menubuhkan kerajaannya di tempat yang memberi semangat keberanian itu. Beliau menamakan tempat itu sebagai Melaka, sempena nama pokok beliau bersandar.
PERKAHWINAN PARAMESWARA DENGAN PUTERI PASAI
Perkahwinan antara Parameswara (Iskandar Syah) dan Puteri Ratna Keumala Puteri Pasai adalah satu peristiwa penting bagi Sejarah Melaka. Peristiwa ini berlaku pada abad ke 13. Ketika itu, Melaka sedang membangun dari sebuah kampung nelayan yang kecil ke satu pelabuhan yang sedang memperluaskan kegiatan perdagangannya. Pasai pula sudah pun masyhur sebagai sebuah kuasa di Sumatera Utara dan mempunyai Kerajaan Islam.
Perkahwinan ini menjadi asas bagi Melaka untuk muncul sebagai pusat perdagangan dan perkembangan Islam di Nusantara ini.
PERARAKAN SULTAN MELAKA
Kedatangan Syed Abdul Aziz ke Melaka mengubah corak kehidupan rakyat Melaka. Sultan Mohammad Syah (1283-1339) mewujudkan pelbagai adat istiadat dan larangan yang merangkumi beberapa aspek kehidupan harian (beberapa adat tersebut masih dipraktikkan sekarang dalam upacara istiadat Diraja di Semenanjung Tanah Melayu). Salah satu daripada adat ini ialah upacara Perarakan Diraja. Ia dibuat dalam dua cara, iaitu Raja Berangkat diusung dan Raja Bergajah. Diorama ini menggambarkan upacara Raja Berangkat diusung.
Apabila upacara Sultan berangkat diusung, Penghulu, Bendahari, Laksamana dan Menteri-menteri memegang keliling usungan itu. Alat-alat kebesaran Diraja dengan iringan pancaragam juga turut mengikuti Bendahara sementara pembesar-pembesar negeri mengiring dari belakang usungan Diraja itu.
Upacara-upacara seperti ini menonjolkan keagungan dan kemegahan Raja-Raja Melaka dan institusi Kesultanan Melaka.
THE CONFRONTATION BETWEEN TUN BIAJID – SULTAN MAHMUD SYAH
Tun Biajid adalah anak lelaki Laksamana Hang Tuah. Beliau adalah seorang hulubalang Negeri Melaka yang bertanggungjawab di kawasan Morib, Selangor. Beliau sering ke Morib atas urusan tersebut. Sultan Mahmud mengambil kesempatan ini untuk menggoda isteri Tun Biajid. Pada suatu malam, Sultan Mahmud bermalam di rumah Tun Biajid dan apabila hendak keluar dari rumah itu pada waktu subuh, baginda telah bertembung dengan yang kebetulan baru pulang dari Morib. Apabila menyedari perbuatan Sultan Mahmud, Tun Biajid sambil menimbang-nimbang lembingnya berkata, “Hai Sultan, demikiankah pekerjaaan tuan hamba akan hamba. Jikalau tuan hamba bukan tuan kepada hamba, jika tiada lembing ku tumbukkan di dada, bukanlah hamba laki-laki”.
Apabila pengawal-pengawal Sultan hendak menyerang Tun Biajid, Sultan Mahmud menahan mereka dan bersetuju dengan kata-kata Tun Biajid serta memahami keengganannya menderhaka, maka beliau tidak dibunuh. Tun Biajid menceraikan isterinya dan tidak mahu ke istana, walaupun sultan membenarkan seorang dari istana dikahwinkan dengan Tun Biajid. Apabila diarahkan ke istana, Tun Biajid akan menaiki perahu dan belayar ke mana-mana.
RAJA KEDAH DIANUGERAHKAN NOBAT
Apabila Melaka menjadi empayar, raja-raja di Nusantara ini yang baru dilantik akan tiba di Melaka untuk mendapat restu Sultan Melaka ketika itu. Pengiktirafan Sultan Melaka mengesahkan kedudukan Raja berkenaan dan beliau tidak akan dicabar oleh pihak lain. Penerimaan oleh Sultan Melaka dianggap mulia dan disanjung tinggi oleh negeri yang memohon. Raja-raja yang direstui akan dianugerahi samada kain persalinan atau satu set nobat ataupun kedua-duanya. Upacara ini disebut Raja Dinobatkan.
Nobat ialah satu set kelengkapan alat-alat muzik yang mengandungi gendang, serunai dan sebagainya. Nobat dianggap sebagai alat muzik Diraja. Sultan-Sultan Melaka mengutamakan nobat dalam upacara-upacara Balairong Seri setiap hari melainkan diarah supaya jangan dimainkan untuk satu tempoh tertentu kerana kematian seseorang yang disanjung tinggi oleh Sultan. Nobat juga dimainkan semasa seorang Raja dinobatkan.
Raja Kedah datang ke Melaka untuk memohon restu Sultan Melaka untuk menerajui Kerajaan Kedah. Sultan Mahmud membenarkan Raja Kedah ke Balairong Seri. Selepas beberapa bulan, Raja Kedah memohon untuk pulang. Sultan Kedah menganugerahkan satu set nobat untuknya. Alat muzik nobat masih memainkan peranan dalam upacara-upacara adat istiadat Di Raja Kedah.
KEDIAMAN PUTERI HANG LI POH DI BUKIT CHINA
Bukit China ialah salah satu bukit yang terdapat dalam kumpulan bukit-bukit yang sekarang disebut dengan satu nama. Nama Bukit China wujud sejak zaman Sultan Mansur Syah dan bukan kerana perkuburan Cina yang terdapat sekarang. Sebenarnya, sebuah istana telah dibina di Bukit China sebagai kediaman Puteri Hang Li Poh. Sebuah perigi juga digali mengikut titah Sultan Mansur Syah untuk kegunaan Puteri Hang Li Poh dan perigi ini masih lagi wujud.
Kedatangan Puteri Hang Li Poh dan perkahwinannya dengan Sultan Mansur Syah mengeratkan persahabatan Melaka dengan Negara China. Hasil dari perkahwinan ini, Baginda dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Paduka Mamat. Disebabkan penempatan Istana Puteri Hang Li Poh, bukit berkenaan menerima gelaran Bukit China.
KEKUASAAN POLITIK MELAKA
Diorama ini mewujudkan satu peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan
Sultan Mansur Syah (1378-1449). Ia menunjukkan peristiwa anak Sultan membunuh anak Bendahara.
Raja Mohammad, anak Sultan Mansur Syah, telah menaiki kuda dan sedang berjalan melalui kampung Bendahara. Ketika itu, Tun Besar, anak Bendahara Tun Perak dan rakan-rakannya sedang bermain sepak raga. Bola yang disepak oleh Tun Besar terkena pada destar Raja Mohammad lalu jatuh ke tanah. Raja Mohammad murka kemudiannya membunuh Tun Besar. Kesemua saudara Tun Besar pun mengeluarkan senjata hendak membunuh Raja Mohammad, tetapi Tun Perak meleraikan kumpulan itu supaya jangan menjadi derhaka. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan bertuankan Raja Mohammad. Mendengar kejadian itu, Sultan Mansur Syah memerintahkan Raja Mohammad keluar dari Melaka dan dijadikan Sultan Pahang.
Peristiwa ini menggambarkan kesetiaan Tun Perak kepada Sultan, keadilan Sultan kepada rakyat, kasih sayang Sultan kepada anaknya dengan menghukum anaknya yang bersalah, kuasa dan pengaruh Sultan Melaka yang sentiasa dipatuhi.
MINIATUR BUKIT MELAKA
Miniatur ini menggambarkan kedudukan Bukit Melaka (Bukit St. Paul sekarang) dan kandungannya semasa Zaman Kesultanan Sultan Mansor Syah (1378–1449). Kedudukan ini berasaskan kepada petikan-petikan Sejarah Melayu dan rekod-rekod Portugis.
Mengikut Sejarah Melayu, kompleks istana mengandungi istana besar yang disebut Mahligai, beberapa istana kecil, balairong seri, beberapa balai bagi nobat, mendaya, penungguan dan pinggan mangkuk, dapur, sukan, bilik-bilik mandi dan lain-lain. Tempat tinggal pekerja-pekerja istana, kandang gajah dan kuda raja terletak di bahagian timur bukit yang ada jalan bersambung ke Bukit China.
Tiada sebarang maklumat mengenai kandungan bahagian selatan bukit. Mungkin ianya menjadi dusun buah-buahan memandangkan ia terlalu curam untuk dibina bangunan. Pada zaman Kesultanan Melaka, bukit ini menjadi bukit larangan.