MUZIUM SEJARAH / HISTORY MUSEUM

SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN

Walaupun tidak ada catatan dalam rekod-rekod sejarah mengenai institusi pendidikan pada zaman Kesultanan Melaka, tetapi memandangkan dari segi penggunaan bahasa dalam undang-undang dan surat-menyurat, maka sudah tentu ada institusi yang mengajar Bahasa Melayu Klasik. Sudah pasti institusi-institusi pendidikan agama telah berfungsi pada ketika itu. Semasa zaman Portugis, sebuah sekolah dibuka pada tahun 1548 untuk mengajar bahasa Portugis kepada keturunan Portugis. Kegiatan pendidikan di zaman Belanda tidak begitu jelas tetapi kemungkinan terdapat juga satu-dua institusi untuk mengajar orang-orang Belanda yang ramai tinggal di Kampung Belanda.

Pada awal zaman British, seorang mubaligh Kristian dari Macau, William Milne, tiba di Melaka pada tahun 1815 untuk menubuhkan sebuah sekolah agama Kristian. Sebidang tanah di Tengkera diperolehi dan sebuah sekolah agama dibina di situ. Sekolah itu dinamakan Kolej Anglo Chinese dan dibuka pada tahun 1818 untuk mengajar Bahasa Inggeris dan Cina. Sebahagian besar murid-muridnya datang dari kaum Baba. Selain dari William Milne, terdapat juga guru-guru yang mempunyai reputasi tinggi mengajar di sekolah itu. Salah seorang daripadanya Munsyi Abdullah, yang bertutur Bahasa Melayu dan membantu dalam perpustakaan dan percetakan. Beberapa orang murid sekolah ini kemudiannya menjadi terkenal. Walau bagaimanapun, kegiatan sekolah ini tamat pada tahun 1843 apabila ia dipindahkan ke Hong Kong.

Kolej Anglo Chinese ini ialah sebuah sekolah unggul Inggeris yang bergiat dalam aktiviti persekolahan di Negeri Melaka. Sebenarnya, pada tahun 1815, telah wujud dua buah sekolah agama mengajar Al-Quran dan lapan buah sekolah Cina. Pada tahun 1822, sebuah sekolah khas dibuka untuk pelajar-pelajar perempuan Melayu. Sebuah sekolah Tamil pula ditubuh pada tahun 1823. Dalam tahun 1826, sekolah yang terkenal ‘Melaka Free School’ telah ditubuhkan. Pada mulanya ia ditempatkan di rumah Mubaligh Kristian (Muzium Belia sekarang). Kemudian pada tahun 1878, namanya ditukarkan ke Sekolah Tinggi Melaka sebelum ia dipindahkan ke Bangunan Mahkamah Tinggi (yang ada sekarang) pada tahun 1884, dan akhir sekali pada tahun 1931, berpindah ke tapak sekarang di Jalan Chan Koon Cheng. Pada penghujung kurun ke-19, banyak sekolah bagi Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil dibina di Negeri Melaka. Pentadbiran sekolah-sekolah ini mengikut polisi dan persetujuan politik Inggeris.

PERMULAAN PERUSAHAAN LADANG GETAH

Walaupun benih-benih getah diperkenalkan di Semenanjung dalam tahun 1876/1877, ia tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan untuk memulakan perusahaan getah. Pada tahun 1895, Tan Chay Yan seorang hartawan dari kaum Baba Melaka telah mendapat benih getah dari pengarah Taman Botani Singapura. Beliau menjadi orang pertama yang menanam benih getah secara besar-besaran di sebuah lading seluas 43 ekar di Bukit Lintang. Walaupun tiada teknik menoreh, memproses dan menjadikan kepingan getah pada ketika itu, Tan Chay Yan berjaya menunjukkan hasilnya dan mempamerkan kepingan getah tersebut di sebuah pameran di Kota Melaka pada tahun 1898.

Berdasarkan kepada kejayaannya, sebuah syarikat Getah dan Ubi Kayu Melaka ditubuhkan pada tahun 1898 untuk meluaskan perusahaan getah. Kerajaan Melaka membenarkan penggunaan kawasan tanah seluas 4300 ekar kepada syarikat ini untuk penanaman getah. Tidak lama kemudian, peladang-peladang lain digalakkan untuk menanam getah di dalam ladang-ladang ubi kayu mereka. Hasil pengeluaran getah telah menambahkan pendapatan Negeri Melaka. Manakala Perak, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengikuti jejak Melaka dengan menanam getah di ladang-ladang kopi. Keuntungan yang diperolehi telah menarik peladang-peladang British untuk menceburi perusahaan getah. Dengan kewujudan beberapa syarikat, ladang getah menjadi perusahaan utama Melaka dan Negara Malaysia. Dengan itu, teknik menoreh, mengutip dan memproses juga dibaiki untuk mendapat mutu getah yang baik. Ini merupakan usaha awal bagi memperkenalkan Semenanjung Tanah Melayu (Malaya) di mata dunia sebagai pengeluar getah yang ulung.

MELAKA SEBAGAI BANDAR MATI

Kemelesetan bermula dipertengahan zaman Belanda apabila Melaka dijadikan gedung- gedung untuk Batavia. Pengambilalihan Melaka oleh British pada tahun 1795 menpercepatkan proses kemelesetan ini kerana polisi British ketika itu ialah untuk memusnahkan Kota Melaka supaya ia tidak dapat bersaing dengan Pulau Pinang kerana British mengambilalih Melaka hanya untuk sementara waktu sahaja. Apabila Melaka diserahkan kepada British pada tahun 1824, barulah mereka menggunakan hasilnya. Walau bagaimanapun, mereka lebih mengutamakan Singapura kerana lokasinya yang strategik.

Keluasan Negeri Melaka sudah pun dikecilkan. Hasil semulajadi seperti emas dan bijih timah sudahpun diterokai. Kapal-kapal pedagang ketika itu sudahpun dimodenkan dan tidak bergantung kepada angin lagi.

Kapal-kapal tempatan tidak lagi memainkan peranan kerana sekatan menyeluruh oleh pedagang-pedagang Eropah yang akhirnya menghapuskan teknik pembinaan kapal tempatan. Kerajaan British mengenepikan pembangunan Melaka dan orang tempatan pula tidak mampu berbuat apa-apa tentang kemerosotan ekonominya. Akhirnya, pelabuhan Kota Melaka tidak lagi menghadapi kesibukan dan jarang sekali kapal-kapal pedagang singgah di Melaka.

Pada tahun 1870an, ianya menjadi tumpuan sementara untuk pengeluaran getah. Pada tahun 1880an, seorang penulis Inggeris, Isabella L. Bird memberi gambaran tentang Kota Melaka bersifat sebagai: “sebuah pekan yang tidak bergerak, sangat purba, sama sekali tidak Inggeris, dan boleh dikatakan sebagai Bandar Mati”.

MINIATUR BUKIT BENDERA

Miniatur ini menggambarkan kedudukan Bukit Bendera (Bukit St. Paul) di zaman British pada tahun 1930an.

Akibat peperangan di Eropah, pada tahun 1795, Melaka telah bertukar tangan sekali lagi. Penyerahan Melaka kepada Inggeris merupakan satu taktik untuk mengelakkan penaklukan Melaka oleh Perancis. Sesudah diambilalih, pihak British menyusun rancangan untuk mengosongkan Melaka seperti pemecahan kubu-kubu, kota dan mengarahkan penduduk-penduduk berpindah ke Pulau Pinang. Perjanjian tahun 1824 meletakkan Melaka dibawah pemerintahan British. Peranan Melaka dibawah British amat merosot kerana British lebih mementingkan Pulau Pinang dan Singapura.

Mereka mendirikan sebuah tiang tinggi di atas Bukit St. Paulo dan mengibarkan bendera British. Mereka juga menamakan bukit itu sebagai Bukit Bendera seperti di Pulau Pinang tetapi nama tersebut tidak kekal. Kota Portugis/Belanda yang mengepung Bukit St. Paul diletupkan. Beberapa bangunan Belanda yang rosak akibat letupan itu dibaiki dengan corak baru. Bahagian timur bukit itu dibangunkan dengan pembinaan bangunan-bangunan untuk pihak polis tetapi telah dirobohkan pada tahun 1960an. Gerai-gerai dibina sepanjang tebing sungai. Jambatan Tan Kim Seng yang dimusnahkan oleh British pada tahun 1942 dan jambatan yang ada sekarang dibina selepas peperangan dunia kedua.

ERA JEPUN

Pendaratan anggota tentera Jepun di Kota Bharu, Kelantan.

Sultan Suleiman Badrul Alam Shah negeri Terengganu (tengah) bersama pegawai tentera Jepun, termasuk Brig. Jeneral Ogihara (kanan) dan pegawai istana Melayu di hadapan Istana Kolam, Kuala Terengganu, 13 Disember 1941 – kira-kira seminggu selepas tentera Jepun mendarat di Kota Bharu.

Pada jam 7:45 petang, 15 Februari 1942, penentanganan pengisytiharan menyerah diri dilakukan di kilang Ford di Jalan Bukit Timah. Hari tersebut bersempenaan dengan hari pertama sambutan Tahun Baru China.

Pencerobohan tentera Japan ke Tanah Melaka berlaku semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Yang menang dan yang kalah: Jeneral Yamashita dan pegawai-pegawainya bersama Lt. Jeneral Percival sejenak selepas Tentera Bersekutu meletakkan senjata

Anggota Tentera Bersekutu menyerah diri dan menjadi tawanan perang Jepun.

Struktur Pentadbiran Tentera Jepun

Tanah perkuburan askar Jepun di Bukit Baru, Melaka

Sebagai langkah untuk mengawal bekalan dan menjamin pengagihan yang bagi makanan asasi seperti beras, gula dan garam; para pemborong dan peruncit dibahagikan kepada pelbagai persatuan pengedar atau Kumiais.

Tentera Bersekutu daripada Force 136, menyeludup masuk ke hutan-hutan di Tanah Melayu dengan menggunakan payung terjun untuk menentang tentera Jepun.

Jepun menyerah diri kepada angkatan tentera British pada 21hb Ogos, 1945. Gambar ini menunjukkan pegawai-pegawai Jepun meletak pedang mereka sebagai tanda menyerah kalah tanpa syarat.

Jeneral menyerahkan pedangnya kepada GOC Tanah Melayu, Leftenan Jeneral Messervy dalam sebuah upacara di Kuala Lumpur pada awal 1946.

Wang ‘Pokok Pisang’ yang digunakan ketika pemerintahan tentera Jepun.

Pada 10 Disember 1941, Force Z yang terdiri daripada kapal penjajap perang HMS Repulse dan kapal perang HMS. Prince of Wales diserang oleh pengebom tentera Jepun di pesisiran perairan Kuantan dan ditenggelamkan.

Pegawai pemerintah MPAJA Regimen Keempat (Johor), Chien Teng berucap kepada anggotanya semasa kawad pembubaran pada bulan Disember 1945.

Upacara penyerahan pedang samurai seorang Jeneral Jepun kepada Lt. Jeneral Messervy, pegawai pemerintah Malaya Command di hadapan Bangunan Victoria Institution di Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946 yand menandakan penamatan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Kira-kira jam 4 pagi pada 9 Disember 1941, kapal terbang Jepun mengebom Singapura.

Pada subuh 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, Tanah Melayu. Semua anggota tentera Inggeris termasuk pasukan sukarelawan Tanah Melayu dan Singapura dikerahkan untuk mempertahankan Tanah Melayu.

Sebelum Jepun berjaya menawan Bukit Chandu, salah satu kubu pertahanan askar Melayu yang terakhir, ramai askar tentera Jepun terkorban akibat daripada serangan askar Melayu daripada atas bukit tersebut.

Walaupun jumlah penduduk Cina yang paling banyak terkorban, namun bangsa lain yang tidak bekerjasama dengan penguasa tentera Jepun turut dibunuh. Askar Sikh yang bekerjasama dengan pihak Inggeris turut ditembak mati oleh tentera Jepun.

Loading

TOP