MUZIUM RAKYAT
PENGENALAN
Pameran yang terdapat di Muzium Rakyat mempamerkan pembangunan serta kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan Negeri Melaka dalam menghadapi arus pembangunan yang semakin maju dan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri maju. Selain itu, muzium ini juga memperkenalkan masyarakat Negeri Melaka yang berbilang kaum dan budaya yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Pameran ini mempamerkan asal-usul masyarakat itu sendiri, makanan tradisi, kesenian, cerita rakyat dan permainan tradisi rakyat.
Pameran utama muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian. Ia digarap sebegitu rupa untuk menunjukkan penglibatan rakyat dan kerajaan dalam memajukan Negeri Melaka. Kecemerlangan Melaka turut diabadikan dalam 'Pameran Melaka Sedekad: Sedekad Penuh Erti' yang dikenali sebagai Muzium Rakyat.
OBJEKTIF
Antara objektifnya adalah
- Mempamerkan isu-isu istimewa dan menarik berkaitan dengan pertumbuhan sosio-ekonomi dari zaman pembukaan Melaka hingga ke tahap "Kegemilangan Melaka"
- Mendidik masyarakat agar menghargai pencapaian yang diperoleh terutamanya dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial, pelancongan, perindustrian, hubungan antara kerajaan dan rakyat.
- Menjadi pusat sehenti penyebaran maklumat tentang negeri Melaka
KONSEP PAMERAN
Pameran muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian. Ia digarap begitu rupa untuk menunjukkan penglibatan rakyat dan kerajaan dalam memajukan Melaka. Selain itu, maklumat berkenaan Melaka merupakan Bandaraya Warisan Dunia UNESCO turut dipamerkan untuk disebarkan kepada masyarakat.