MUZIUM RAKYAT
PENGENALAN
Melaka sedang berusaha untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara dalam menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi antarabangsa. Selaras dengan hasrat kerajaan, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mengambil inisiatif untuk mengemaskini dan menambah maklumat yang terdapat di Muzium Rakyat, bagi menyalurkan informasi yang berguna kepada pengunjung.
Pameran yang terdapat di muzium ini meliputi pembangunan yang telah dicapai dalam aspek pentadbiran, sosial, ekonomi dan infrastruktur bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat negeri Melaka seiring dengan pembangunan yang berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.
MISI KERAJAAN NEGERI MELAKA
Menjadikan Melaka sebuah negeri gemilang sebagai pusat perindustrian dan destinasi pelancongan terunggul melalui penyediaan infrastruktur terbaik dengan penekanan kepada teknologi informasi, perkhidmatan cekap dan berkualiti serta peningkatan pembangunan insan untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup menjelang tahun 2020 berasaskan wawasan negara.
SEKTOR PENTADBIRAN
Pameran sektor pentadbiran memberi penerangan mengenai peranan Badan Perundangan, Kehakiman, Eksekutif dalam pembangunan negeri. Sebagai penggerak utama dalam kemajuan dan pembangunan negeri, sektor ini akan menunjukkan beberapa penulisan, gambar dan ilustrasi mengenai perkara-perkara tersebut.
- Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
- Yang Amat Berhormat Ketua Menteri
- Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Kerajaan
- Agensi-agensi dalam Majlis Pembangunan Negeri
- Jawatan Kuasa Pembangunan Daerah
- Jawatankuasa Pembangunan ADUN
- Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK)
- Pelbagai program untuk meningkatan kecekapan pentadbiran negeri
- Struktur organisasi pentadbiran dan pengurusan negeri
SEKTOR EKONOMI : PERINDUSTRIAN
Perindustrian memegang teraju perkembangan yang utama dalam ekonomi Melaka. Program pembangunan perindustrian negeri Melaka sebagai Negeri Perindustrian adalah selaras dengan kehendak Dasar Ekonomi dan Dasar Pembangunan Negeri.
Dengan kadar pertumbuhan di atas, maka sektor ini telah menyumbang kepada matlamat pencapaian 40% bagi tahun 2000. Perkembangan perindustrian di negeri Melaka telah menampakkan hasil yang baik di mana sehingga tahun 1991, sektor ini telah menyediakan sebanyak 30,946 peluang pekerjaan bagi mengatasi pengangguran dalam kalangan penduduk negeri Melaka.
SEKTOR EKONOMI : MATLAMAT DAN PERANAN PROGRAM PERINDUSTRIAN
Matlamat dan peranan sektor perindustrian adalah seperti berikut:
- Menarik dan menggalakkan kemasukan pelaburan tempatan dan asing dalam usaha mempercepatkan proses mengindustrisasikan negeri Melaka.
- Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dan penghijrahan penduduk keluar Melaka
- Melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengalaman
- Mewujudkan pembangunan yang seimbang antara kawasan bandar dan luar luar Bandar
- Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang pembuatan
SEKTOR SOSIAL : OBJEKTIF
Pameran sektor sosial merangkumi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan melalui perancangan dan pelaksanaan program-program pendidikan, kesihatan, keagamaan, kebajikan dan kemasyarakatan ke arah kesejahteraan dan kemajuan. Ini memandangkan kualiti hidup adalah aset kepada pembangunan sesebuah negeri atau negara.
SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN PEMBINAAN : DASAR PERUMAHAN NEGERI MELAKA
Dasar perumahan Negeri Melaka mempunyai matlamat yang selaras dengan dasar Perumahan Negara serta Majlis Perumahan Negera. Ia menyelaras dan menganjurkan pertumbuhan sektor perumahan demi menyediakan kemudahan untuk rakyat serta memenuhi keperluan pertumbuhan sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian.
SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN PEMBINAAN : SEKTOR
- Memberi perhatian kepada rangkaian sektor sebagai prasarana asas untuk membangunkan ekonomi.
- Membina laluan khas untuk pengguna motosikal dan basikal bagi mengurangan kemalangan jalanraya dan mempertingkatkan keselamatan jalanraya dan mempertingkatkan keselamatan semua pengguna
SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN PEMBINAAN : PELABUHAN DAN KERETAPI
- Memperbaiki dan menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan industri pembuatan
- Memindahkan aktiviti pendaratan Barter Trade di Muara Sungai Melaka ke Muara Sungai Linggi dan Muara Sungai Rambai
- Muara Sungai Melaka dijadikan jeti penumpang dan kemudahan marin bagi bot dan pengangkutan air yang lain
- Hubungan laluan keretapi ke Tampin diteruskan ke Bandar Melaka
- Bagi mengelakkan kesesakan dalam Bandar Melaka maka LRT adalah alternatif yang tepat.
SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN PEMBINAAN : KEBAJIKAN
Kerajaan Negeri Melaka memberi bantuan bagi golongan yang kurang bernasib baik yang disalurkan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bantuan ini bertujuan untuk menampung pendapatan dan meringankan kesulitan kewangan sehingga ke satu tempoh mereka boleh berdikari. Golongan yang menerima bantuan ini adalah terdiri daripada warga tua, warga cacat, balu, kanak-kanak dan pekerja cacat.
STRATEGI PERUMAHAN NEGERI MELAKA
Strategi berikut telah dirangka dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri:
- Pelaksanaan projek perumahan kos rendah oleh agensi kerajaan secara tawaran terbuka, pengswastaan dan usahasama.
- Menyelaraskan perkembangan perumahan dari segi kelulusan tukar syarat, pecah sempadan, pelan atur dan pelan bangunan melalui pusat sehenti.
PEGAWAI DAERAH : FUNGSI UTAMA
- Merancang pembangunan daerah
- Menyelaras pelaksanaan pembangunan daerah
- Pemimpin dan agen perubahan di peringkat daerah
- Penghubung dan penyambung badan bukan kerajaan
- Mendukung sistem pentadbiran yang cemerlang dan menjadi pelopor budaya kerja yang positif pada peringkat daerah
- Mengutip hasil kerajaan
JAWATANKUASA PENYELARAS PEMBANGUNAN KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (JAPERUN)
Fungsi
- Memastikan projek-projek pembangunan bagi kawasan yang berkenaan dapat dilaksanakan dan dinikmati oleh kumpulan sasaran.
- Memelihara dan mengawasi perjalanan institusi agama
- Meningkatkan taraf pendidikan melalui kelas tambahan dan bimbingan pelajaran
- Menganjurkan program kemasyarakatan melalui sukan, akitviti sosial dan ekonomi serta lain-lain.
KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG
Fungsi
- Merancang projek pembangunan sosio-ekonomi masyarakat
- Memilih projek keutamaan untuk pelaksanaan
- Melaksanakan projek yang diluluskan secara gotong-royong atau kerjasama
dengan jabatan-jabatan kerjaan dan pertubuhan sukarela
- Menjadi badan perantaraan antara penduduk dengan jabatan-jabatan kerajaan
- Bertanggungjawab menilai bersama prestasi projek pembangunan
- Menyelia profail kampung dan menyimpan segala rekod atau dokumentasi
berkaitan