MUZIUM PERTANIAN JASIN
MUZIUM PERTANIAN JASIN
Muzium Pertanian Melaka telah ditubuhkan pada tahun 1989 dengan memberi fokus kepada peranan daerah Jasin sebagai pengeluar utama bijih timah dan hasil pertanian terawal di Melaka suatu ketika dahulu. Ia memaparkan sejarah aktiviti dan ekonomi masyarakat tempatan dengan memberikan tumpuan kepada komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit serta padi, kelapa dan aktiviti perikanan di Malaysia. Pameran diolah melalui diorama aktiviti-aktiviti pertanian yang dijalankan seperti tradisi membanting padi, pembuatan gula Melaka, proses mendapatkan susu getah serta peragaan pelbagai peralatan pertanian dan perikanan secara tradisional.