MUZIUM PENDIDIKAN

MUZIUM PENDIDIKAN

Melangkah masuk ke Muzium Pendidikan Melaka ibarat mengimbas semula perjalanan menuntut ilmu sejak berabad-abad lalu. Bertempat di sebuah bangunan warisan yang dibina oleh British pada tahun 1884, muzium ini membawa anda menjelajah sejarah pendidikan di Melaka sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu, era penjajahan British, pendidikan semasa pendudukan Jepun, hinggalah selepas merdeka dan ke zaman moden.

Telusuri juga peranan besar institusi perguruan dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dalam memacu kemajuan pendidikan negeri. Pamerannya juga unik terdiri daripada jenis pakaian sekolah klasik, barangan dan peralatan yang pernah digunakan murid-murid, hinggalah kepada paparan dokumen serta gambar yang merakam detik bersejarah dunia persekolahan. Setiap ruang membawa anda mengenang kembali nostalgia suasana bilik darjah dahulu sekaligus menghargai usaha generasi terdahulu dalam membentuk sistem pendidikan kita hari ini.

Loading

Maklumat Lanjut

Muzium Pendidikan

TOP