MUZIUM ORANG ASLI/ ORANG ASLI MUSEUM
MANDI MAYANG
Pada hari berikutnya diadakan pula istiadat “MANDI MAYANG”. Mayang pinang yang baru berkembang mekar diambil dan direndam terlebih dahulu di dalam satu bekas seperti tempayan. Mayang tersebut direndam dengan pangkalnya ke bawah dan yang kembang di atas. Air rendaman dimasukkan dengan kepingan limau nipis beserta dengan tujuh jenis bunga yang berbau wangi. Air mandian itu dijampi serapah sebagai tanda mengelak segala malapetaka kepada pasangan pengantin tersebut.
Pada awal pagi kedua-dua pasangan pengantin di arak dengan paluan gong ke khemah khas yang disediakan. Mereka perlu bercangkung dan ibu atau bapa pengantin akan menjirus air mayang pinang itu ke tubuh pengantin disertakan dengan jampi serapah. Selesai acara mandi mayang, pasangan pengantin disuruh makan sepinggan bagi menandakan kesyukuran dan perpaduan hidup yang akan mereka lalui.