MUZIUM PENDIDIKAN
MUZIUM YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka terpahat indah di dalam sebuah bangunan yang dahulu dikenali sebagai Seri Melaka. Sebelum berfungsi menjadi sebuah muzium, bangunan ini pernah menjadi kediaman rasmi dan pejabat Yang di-Pertua Negeri sehingga tahun 1996. Muzium ini mempamerkan sumbangan dan peranan Yang di-Pertua Negeri Melaka bermula dari gabenor pertama Tun Leong Lew Koh sehingga ke gabenor ketujuh sekarang iaitu Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Ruang-ruang di muzium ini dikekalkan menjadi muzium pameran koleksi milik peribadi Yang di-Pertua Negeri.