MUZIUM LAYANG-LAYANG/ KITE MUSEUM

SEJARAH LAYANG-LAYANG MALAYSIA

THE HISTORY OF MALAYSIAN KITES

Sejarah awal orang Melayu bermain layang-layang ialah pada abad ke-15. Ini berdasarkan catatan Sejarah Melayu apabila Raja Ahmad, putera sulung Sultan Mahmud Syah, Melaka (1488-1511) telah melayangkan layang-layang sebesar pelanduk dengan menggunakan tali ikatan daripada tumbuhan. Menurut catatan, dalam masa yang singkat, layang-layang Raja Ahmad berjaya mengalahkan layang-layang pemain lain yang sama jenis, sehingga bertemu dengan Hang Isa Pantas yang mempunyai layang-layang yang lebih kecil. Tanpa pengetahuan Raja Ahmad, Hang Isa telah meletakkan pelekat dan serpihan kaca ke atas tali layang-layangnya. Apabila kedua-dua tali layang-layang tersebut bertemu, tali layang-layang Raja Ahmad yang lebih besar terpotong dan dibawa angin.

Selepas kedatangan Portugis ke Tanah Melayu pada awal abad ke-16, Layang-layang dikenali di Eropah dalam bentuk tiga dimensi iaitu bentuk ‘Draco’ telah diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Seterusnya pada pertengahan abad ke-16 dan ke-17, orang-orang Eropah terutamanya Belanda telah menggabungkan layang-layang ‘Arch-top’ dan Melayu dengan pengaruh Benua Eropah di Tanah Melayu. Di Eropah, idea untuk menukar bentuk layang-layang ialah melalui imaginasi kanak-kanak. Kini layang-layang di Eropah, English ‘Arch-Top’ (French Pear) dan layang-layang ‘Lozenge’ menjadi pelopor layang-layang segiempat.

Pada tahun 1980, Willian Eddy, warga Amerika telah menemui prinsip ‘Aerodynamic’ dalam layang-layang Melayu asli. Beliau mencipta layang-layang berdasarkan prinsip tersebut. Layang-layang ‘Eddy’ mempunyai rupabentuk tetap dan tidak memerlukan ekor. Kedua-dua layang-layang ‘Eddy’ dan ‘Meinggi’, mempunyai persamaan dari segi kelebarannya dan kayunya yang berpalang. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua layang-layang ini iaitu kedudukan kayu berpalang dan pemegangnya.

History recorded that the Malays had played kites since the 15thcentury. This is based on the Sejarah Melayu (Malay Annals) which recorded that Raja Ahmad, the eldest prince of Sultan Mahmud, Melaka (1488-1511) whom had flown a kite as big as a deer using a string made from plants. It was recorded that within seconds his kite was able to defeat other kites of the same kind until it intervened Hang Isa Pantas’ kite which was of a smaller size. Cunningly, without Raja Ahmad’s knowledge, Hang Isa had put some adhesive and glass dust on the string of his kite. So, when these two strings met, Raja Ahmad’s kite was being cut subsequently and carried away by the wind.

After the arrival of Portuguese to Tanah Melayu in the 16th century, kites were known in Europe in three dimensional shape – ‘Draco’, which was introduced to the locals. Later in the 16th and 17th century, the Europeans especially the Dutch had conjoined the Arch-top and the Malay kite with the influence from European continent in the Malay Land. In Europe, the idea to change the designs of kites comes from children’s imaginations. At present, in Europe, English Arch-top (French Pear) and Lozenge kites have become the pioneer of rectangular kites.

In 1980, Willian Eddy, an American had found the ‘Aerodynamic’ principle in Malay kites. He had created kites based on the said principle. Eddy’s kite had a permanent shape dan required no tail. Eddy’s and Meinggi’s kites shared the same features – their width and the intercepting plank. However, they differ greatly in the positioning of the intercepting plank and the holders.

PERANAN LAYANG-LAYANG DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAHULU DAN KINI

THE ROLES OF KITES IN THE PAST AND PRESENT MALAY COMMUNITY

Di Malaysia, terdapat sedikit perbezaan mengenai peranan layang-layang dalam masyarakat dahulu dan sekarang. Ia berbeza dari segi fungsi dan persekitarannya.

In Malaysia, there are some differences in the roles of kites in the past and present community. They differ in terms of their functions and the surroundings.

MASA DAHULU

IN THE PAST

Dalam tahun 1960-an hingga 1970-an, perkembangan permainan layang-layang di Malaysia amat memberangsangkan. Layang-layang sering dimainkan selepas menuai padi kerana untuk bermain layang-layang ia bukan sahaja memerlukan kepakaran untuk membuatnya tetapi juga kawasan lapang dan tiupan angin yang sesuai untuk menaikkan layang-layang. Apabila selesai waktu menuai, kawasan tanah yang sebelum ini ditanam dengan padi menjadi lapang dan kering. Pada masa dahulu proses menanam padi hanyalah sekali setahun. Ini merupakan peluang kepada masyarakat untuk bermain layang-layang pada waktu petang sebagai salah satu hiburan yang sangat digemari. Perhubungan masyarakat yang sangat terhad menyebabkan masyarakat Melayu dahulu pada keseluruhannya sering bermain dengan permainan tempatan seperti gasing, wau, sepak bulu ayam, sepak raga dan congkak.

From 1960s until 1970s, the development of kite-flying in Malaysia was tremendous. Kites were often played after rice harvesting season as kite-flying required not only expertise to do it but required an open area and adequate wind. Upon the ending of the harvesting season, the land which was previously planted with rice would be spacious and left barren. At that time, the process of planting rice was only once a year. Hence, it was an opportunity for the community at that time to indulge in the kite-flying activity especially in the afternoon as a mean of entertainment. The Malays were likely to indulge in traditional games like top spinning, Wau, ‘Sepak Bulu Ayam’ , ‘Sepak Raga’ and ‘Congkak’ due to the confined community relationship.

MASA KINI

THE PRESENT TIME

Pada hari ini layang-layang di Malaysia tidak hanya dimainkan pada peringkat kampung atau daerah sahaja bahkan telah menjangkau ke peringkat antarabangsa. Ini dapat dilihat melalui Festival Layang-Layang yang diadakan di seluruh dunia sepanjang tahun. Rakyat Malaysia melalui Majlis Pelayang Malaysia telah memandang ke hadapan untuk menjadikan layang-layang atau wau sebagai salah satu pendekatan untuk memperkenalkan Malaysia serta budayanya di peringkat dunia. Pada peringkat nasional pula telah diwujudkan Pertandingan Wau Tradisional serta Wau Ciptaan bagi mewujudkan suasana yang lebih meriah serta bermatlamat.

Daya kreativiti para seniman juga menjadikan fungsi layang-layang semakin luas dan tidak hanya tertumpu kepada satu bentuk permainan tradisional sahaja. Malah, ia juga dijadikan replika atau cenderamata. Hasil kraftangan ini bukan hanya menarik disebabkan rekabentuk serta kehalusan kerjanya tetapi juga dari sudut eksperimentasi bahan-bahan seperti seramik, tembaga, gangsa, perak, kristal dan sebagainya. Sebagai pengiktirafan terhadap layang-layang di Malaysia, Wau Bulan telah diiktiraf sebagai Wau Kebangsaan dan imejnya telah diabadikan sebagai latar belakang wang kertas Satu Ringgit Malaysia dan wang syiling Lima Puluh Sen. Masyarakat Malaysia turut menjadikan layang-layang sebagai simbol untuk mengabadikan sesuatu peristiwa. Sebagai contoh, pada tahun 1999 sempena Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang (Malaysia) Yang ke-4, sebuah layang-layang ciptaan yang dinamakan Wau Dugong telah direka. Ia dicipta sempena tragedi kematian beberapa ekor Ikan Dugong yang semakin pupus di perairan negeri Johor.

Today, kite-flying is not only played in villages or at district levels but it has reached the international level through Kite-Flying Festival all over the world throughout the year. Malaysians through the Malaysian Kite Council look forward to making kites or wau as an approach to promoting Malaysia and its culture to the world. At the national level, Traditional Kite Competitions and Kite Inventions Festivals are being held in order to create a more lively and meaningful surroundings.

The artists’ creativities enhance the functions of kites lest, and not confined as a form of traditional games. Furthermore, it has been made into replicas or souvenirs. These handicraft items are not only interesting due to their designs and refinement of work, but also on the experimental side of materials such as ceramic, brass, bronze, silver, crystal and etc. In recognition of the kites in Malaysia, ‘Wau Bulan’ has been recognized as the National Kite. Subsequently, its image has been immortalized as the background of the Malaysian ringgit banknotes and fifty cents coins. Moreover, Malaysians have used kites as a symbol to capture memorable events. For instance, in year 1999, in relation to the 4th International Kite Festival in Pasir Gudang (Johor, Malaysia ), a special kite named ‘Wau Dugong’ was created. It was created to symbolize the tragic death of some endangered dugongs in the waters of the Johor State.

DEFINISI LAYANG-LAYANG

DEFINITION OF KITES

Apakah yang dimaksudkan dengan layang-layang? Layang-layang diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang dibaluti dengan kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang serta dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu.

What are kites ? Kites are interpreted as a wooden frame covered with paper and flown by the kite string and put forward as an activity for a particular purpose.

ISTILAH LAYANG-LAYANG DI MALAYSIA

THE TERMINOLOGY OF KITES IN MALAYSIAN CONTEXT

Perkataan layang-layang lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini terbukti berdasarkan catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan dengan jelas Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Diraja, tetapi tidak pula disebut bermain wau. Berbanding dengan wau di Utara, saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil dan kurang dari segi motif hiasannya. Contohnya, layang-layang Laga, layang-layang Anak dan layang-layang Hiasan.

Musim permainan layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah hampir sama dengan negeri-negeri di Utara iaitu selepas musim menuai padi. Menurut sumber, di negeri Johor misalnya Wau Merak atau nama asalnya layang-layang Kipas dimainkan oleh orang Bugis selepas musim menuai padi.

Kite is synonymous to the states in the Southern and Western Coast of Peninsular Malaysia such as Selangor, Melaka and Johor. This is proven by the records noted by Tun Sri Lanang, which clearly stated that Raja Ahmad played kites with youngsters of the common people and some royal bloods – but did not specify it as playing ‘Wau’. In contrast to the ‘Wau’ in the Northern part of Peninsular Malaysia, the size of kites in the Western and Southern coast is slightly smaller and lacking some motives in its designs. Such examples are, ‘Layang-layang Laga, Layang-layang Anak . and Layang-layang Hiasan’

The kite-flying season in the Western, Southern Coast and in the Northern states of Peninsular Malaysia is almost the same: after the paddy harvesting season. A reliable resource noted that in Johor, ‘Wau Merak’ or ‘Layang-layang Kipas’ was flown by the Bugese after the paddy harvesting season too.

KONSEP PAMERAN

THE EXHIBITION CONCEPT

Pameran di muzium ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:
  • Galeri Layang-Layang
  • Galeri Wau Malaysia
  • Galeri Permainan Tradisional
  • Galeri Gasing
  • Galeri Tokoh Negeri Melaka: Datuk Wira Haji Borhan bin Md Yaman

The exhibition is divided into five sections :
  • Kite Gallery
  • Wau Gallery
  • Traditional Games Gallery
  • Top Spining Gallery
  • Gallery of Melaka State Figure : Datuk Wira Haji Borhan bin Md. Yaman

SEJARAH PENCIPTAAN LAYANG-LAYANG

THE HISTORY OF KITE MAKING

Layang-layang telah wujud sejak 25 abad dahulu. Meskipun begitu, sehingga kini sejarah dan prinsip tentangnya masih kabur. Walaupun ia mempunyai sejarah yang lama dan menarik, namun, maklumat dari segi nilai pendidikan, hiburan, cabaran, hasil rekacipta dan menerbangkan layang-layang tersebut tidak diketahui ramai terutamanya bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Melalui bukti sejarah, layang-layang telah diterbangkan pada awal tahun 200 Masihi dan telah digunakan semasa Perang Dunia bagi tujuan penyelidikan, menghantar bahan-bahan letupan serta ujikaji untuk memastikan suhu dan alam sekitar. Ujikaji elektrik yang dijalankan oleh Benjamin Franklin dengan menggunakan layang-layang adalah antara ujikaji yang terkenal di dunia. Keinginan manusia untuk terbang telah tercapai dengan kewujudan kapal terbang yang berinspirasikan daripada layang-layang. Layang-layang telah digunakan untuk menarik kereta (tanpa menggunakan kuda), bot-bot, patung-patung berat dan menerbangkan peluncur. Layang-layang juga telah memberikan ilham kepada adik-beradik Wright untuk mencipta kapal terbang. Semua kejayaan dalam bidang angkasa lepas juga diinspirasikan daripada layang-layang.

Pada zaman dahulu, sehelai kertas kasar yang tebal dan kering telah diterbangkan oleh angin. Seseorang telah terfikir untuk mengikat sehelai kertas dengan seutas tali. Oleh itu, dia membuat kotak terbuka yang ditutupi kertas dan diikatkan dengan tali. Layang-layang kotak merupakan layang-layang pertama yang boleh terbang di udara. Kemudian, layang-layang yang lebih mudah dibuat dengan menggunakan kertas. Layang-layang berbentuk segiempat juga boleh terbang di udara. Layang-layang daripada bentuk berlainan dicipta dan diterbangkan mengikut peredaran zaman. Kepingan buluh, kayu, paip besi, kain, kertas, polisterin dan bahan-bahan yang lain digunakan untuk membentuk layang-layang. Kemudiannya, ia telah dihiasi dengan pelbagai bahan seperti bulu, siput dan ikatan kecil. Para pelukis juga menghiasi layang-layang dengan lukisan berdasarkan citarasa dan kreativiti mereka.

Asal usul layang-layang juga tidak diketahui tetapi ia juga dimainkan di negara China sebelum bermulanya sejarah bertulis. Sesetengah budaya mendapati prinsip menerbangkan layang-layang adalah individualistik. Manakala yang selainnya mencari corak yang sedia ada untuk kegunaan masing-masing. Dalam lagenda dan cerita rakyat Timur Jauh yang kaya dengan cerita layang-layang serta kewujudan layang-layang di Kepulauan Pasifik, Indonesia, Mikronesia, Melanesia dan Polynesia, ia dikatakan mempunyai hubung kait sebagai alat penunjuk keadilan dan perlindungan daripada kejahatan. Layang-layang dianggap roh yang menghubungkan Tuhan di langit. Kebanyakan layang-layang dibentuk menyerupai burung dan selalu dilihat terbang mengikut arah tiupan angin. Setiap ketua kaum akan menggunakan layang-layang yang berbeza semasa pemujaan untuk memperkenalkan kumpulan masing-masing kepada tuhan mereka.

Walaupun penciptaan layang-layang berasal dari China, orang-orang Jepun telah mengekploitasi dengan mencipta pelbagai layang-layang yang cantik dan menarik. Layang-layang Lipan dari Pulau Shikoku yang terkenal dibuat dari satu siri layang-layang yang disambungkan dengan tali sepanjang 60 kaki dan memerlukan enam atau lebih orang untuk menggerakkannya. Di Nagoya, layang-layang dihias seperti burung atau serangga. Manakala di Bekka, layang-layang dicipta mengikut bentuk yang pelik. Di China, tempat asal layang-layang ialah di Barat Daya Qing-Shon, Weifang. Layang-layang menjadi lebih popular sebagai bahan tradisional, hiburan dan seni rakyat. Weifang menjadi tempat pesta layang-layang antarabangsa sejak tahun 1983.

Kites existed since 25 decades ago. However, the history and its principles are still vague. Even though it has an ancient and interesting history, not many of us have the information on its educational values, entertainment, challenges, creations and flying of the kites, especially the children aged 12 years and below.

Historical evidences showed that kites had been flown as early as 200 AC and was used during the World War for several purposes namely for research, ammunition delivery and experiments on temperature and nature. The electrical experiment done by Benjamin Franklin using kites was among the famous experiments in the world. Human’s desire to fly was fulfilled with the existence of aeroplane which was inspired by kites. Kites had been used to pull cars (without the use of horses), boats, heavy statues and to fly gliders. In fact, kites had inspired the Wright Brothers to invent aeroplanes. Subsequently, all the achivements in the space studies are also derived from kites.

In the past, a piece of dried thick rough paper was flown away by the wind. Thus, someone got the idea to tie the piece of paper with a string. Then, he used an opened box covered with a paper and tied it with a string. Thus, it was the first kite ever flown in the air. Later, a more simplified kite was made by using papers. A rectangular kite could be flown too. Later as time past, kites of different shapes were invented and flown. Bamboo strips, plank, papers, polystyrene and other materials were also used to form kites . Then, kites were decorated with feathers, corals, small knots and other decorative items. Simultaneously, some artists have decorated kites with drawings of their own choices and creativities.

The origin of kites is unknown but it has been flown in China before history was written. Some cultures believed that the flying of kites was individualistic and others had used the existed designs for their own usages. Legends and folk tales in the Far East lavishly narrated stories about kites and its existence in the Pacific Islands, Indonesia, Micronesia, Melanesia and Polynesia , as it was related to the upholding of justice and protection from the evils. Kites were viewed as spirits that connected humans to its god. Most kites took the features of birds and flew following to the airflow. The Chiefs of every tribe had used different types of kites during their rituals to introduce their tribes to their gods.

Even though kites originated from China, the Japanese have exploited them by creating varieties of beautiful and attractive kites. The famous Centipede Kites from Shikoku Island was made from a series of kites that were attached by a-60-foot string that required six or more people to pull it. In Nagoya, kites are decorated like birds or insects. On the other hand, in Bekka kites are creatively designed. In China, kites come from the Southern West of Qing-Shon, Weifang. Kites have become more popular as a traditional element for entertainment and folklore. Consequently, Weifang has become the venue of International Kites Fiesta since 1983.

BINAAN LAYANG-LAYANG

THE STRUCTURE OF KITES

Terdapat 9 jenis binaan layang-layang yang mewakili zaman-zaman tertentu seperti berikut:
  • Layang-layang Zaman Awal China
  • Layang-layang Wau Bulan
  • Layang-layang Kepulauan Pasifik
  • Layang-layang “Arch-top”
  • Layang-layang Melayu
  • Layang-layang “English Arch-top”
  • Layang-layang “Lozenge”
  • Layang-layang “Eddy Diamond”
  • Layang-Layang “Dihedral”

There are 9 types of kites structures that represent each decade:
  • Early China Kites
  • Wau Bulan
  • Pacific Islands Kites
  • Arch-top Kites
  • Malay Kites
  • English Arch-top
  • Lozenge Kites
  • Eddy Diamond Kites
  • Dihedral Kites

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

TOP