MUZIUM KAPAL SELAM / SUBMARINE MUSEUM

SMD QUESSANT (Kelas Agosta 70)

Merupakan kapal selam penyerang (SSK) diesel-elektrik buatan Perancis.

Diklasifikasikan sebagai kapal selam bukan berkuasa nuklear (non-nuclear submarine)

Diterima khidmatnya dalam Tentera Laut Sepanyol dan Tentera Laut Pakistan selain Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Pengoperasian dengan 36 krew dan 5 pegawai.

Menggunakan sistem pendorong MESMA AIP (air-independent propulsion)

Dibina oleh firma Arsenal de Cherbourg dengan permulaan 4 unit Agosta 70 iaitu FS Agosta, FS Beveziers, FS La Praya dan FS Quessant ; berkhidmat sebagai platform bawah permukaan Tentera Laut Perancis pada tahun 1977 dan 1978. Kesemua kapal telah dilucut tauliah secara berperingkat mulai tahun 1997 hingga 2001 termasuk SMD Quessant (S 623) yang telah dibeli oleh TLDM sebagai kapal latihan.

Versi termoden telah dibina untuk Tentera Laut Pakistan iaitu Agosta 90B

SMD Quessant akan dibaikpulih dan dijadikan sebagai platform muzium maritim (seperti diumumkan pada Julai 2009)

Loading

TOP