MUZIUM KAPAL SELAM / SUBMARINE MUSEUM

KRONOLOGI MASA KERJA PENGENDALIAN KAPAL SELAM TERPAKAI AGOSTA 70 (SMD QUESSANT) DARI PERAIRAN MELAKA KE TAPAK KOMPLEKS MUZIUM MARITIM, KLEBANG, MELAKA.

Bil Tarikh Perkara
1 17 Jun 2008 Mesyuarat pertama bersama Kementerian Pertahanan berhubung cadangan menjadikan Kapal Selam SMD Quessant sebagai monumen sejarah.
2 24 Julai 2008 Mesyuarat jawatankuasa Teknikal Pertama berhubung cadangan manjadikan Kapal Selam sebagai manumen sejarah.
3 6 Januari 2009 PERZIM mengemukakan anggaran kos penubuhan Muzium Kapal Selam di Pulau Besar berjumlah RM 13.116 juta untuk diangkat ke MMKN.
4 3 Mac 2009 Mesyuarat bersama Kementerian Pertahanan berhubung keperluan    membawa pulang Kapal Selam SMD Quessant dari Perancis ke Melaka.
5 19 Ogos 2009 Surat makluman kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berhubung cadangan membawa pulang Kapal Selam SMD Quessant dari Perancis ke Melaka.
6 18 September 2009 Lawatan kerja KSU Kementerian Pertahanan memaklumkan penukaran lokasi Muzium Kapal Selam dari Pulau Besar ke Klebang.
7 17 Mei 2010 Perjumpaan YAB Ketua Menteri Melaka bersama YB Menteri Pertahanan Malaysia berhubung penempatan Kapal Selam SMD Quessant sebagai Muzium Kapal Selam di Melaka.
8 16 November 2010 Kementerian Pertahanan Malaysia mengeluarkan surat Setuju Terima kepada Felda Transport Services Sdn. Bhd sebagai “Multimodal Transport Operator” (MTO) bagi membawa balik Kapal Selam SMD Quessant dari Brest, Perancis ke Melaka.
9 1 Disember 2010 Taklimat oleh  Felda Transport Services Sdn. Bhd kepada EXCO berhubung kerja pengangkutan balik Kapal Selam SMD Quessant dari Brest, Perancis ke perairan Melaka, Klebang.
10 22-29 Januari 2011 Mesyuarat bersama pihak  Kementerian Pertahanan Malaysia dan Tentera Laut Perancis berhubung urusan membawa balik Kapal Selam SMD Quessant ke Melaka di Brest, Perancis.
11 1 April 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil 1/2011 kerja-kerja pengendalian Kapal selam terpakai jenis Agosta 70 dari Perairan Melaka ke tapak Kompleks Muzium Maritim Klebang, Melaka.
12 5 April 2011 Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan Surat Setuju Terima kepada Felda Transport Servies Sdn. Bhd dengan kos berjumlah RM 3.27 juta.
13 14 April 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi kerja pengendalian Kapal Selam terpakai jenis Agosta 70 dari perairan Melaka ke tapak Kompleks Muzium Maritim, Klebang, Melaka (Bil 2/2011)
14 6 April 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi kerja pengendalian Kapal Selam terpakai jenis Agosta 70 dari perairan Melaka ke tapak Kompleks Muzium Maritim, Klebang, Melaka (Bil 3/2011)
15 4 Mei 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi kerja pengendalian Kapal Selam terpakai jenis Agosta 70 dari perairan Melaka ke tapak Kompleks Muzium Maritim, Klebang, Melaka (Bil 4/2011)
16 18 Mei 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi kerja pengendalian Kapal Selam terpakai jenis Agosta 70 dari perairan Melaka ke tapak Kompleks Muzium Maritim, Klebang, Melaka (Bil 5/2011)
Bil Tarikh Perkara
17 6 Jun 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi kerja pengendalian Kapal Selam terpakai jenis Agosta 70 dari perairan Melaka ke tapak Kompleks Muzium Maritim, Klebang, Melaka (Bil 6/2011)
18 11 Ogos 2011 Kerajaan Negeri mengemukakan Surat Setuju Terima kepada Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. Sebagai “Project Management Consultant” (PMC) dan Juruperunding Kajian Tanah dan Hidrologi bagi projek kapal selam dengan kos berjumlah RM 760,520.00
19 11 Ogos 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi kerja pengendalian Kapal Selam terpakai jenis Agosta 70 dari perairan Melaka ke tapak Kompleks Muzium Maritim, Klebang, Melaka (Bil 7/2011)
20 23 September 2011 Duta Malaysia di Perancis menandatangani perjanjian penyerahan Kapal selam SMD Quessant oleh Kerajaan Perancis kepada Kerajaan Malaysia.
21 9 Oktober 2011 Kapal Selam SMD Quessant diangkat dan diletakkan ke dalam kapal MV Fairpartner milik Jumbo Shipping di Brest, Perancis.
22 10 Oktober 2011 Kapal MV Fairpartner bergerak menuju ke Melaka.
23 13 November 2011 Kapal MV Fairpartner yang membawa Kapal selam SMD Quessant tiba di perairan Melaka pada jam 7.00 pagi.
24 14 November 2011 YAB Ketua Menteri Melaka melawat Kapal Selam SMD Quessant diatas kapal MV Fairpartner
25 15 November 2011 Kapal Selam SMD Quessant dipunggah ke atas barge.
26 17 November 2011 Barge yang membawa Kapal Selam SMD Quessant bergerak menuju ke jeti sementara dan seterusnya dibawa ke tapak Muzium Kapal Selam. Kapal  selam berjaya diletakkan di atas “footing & cradle” pada jam 4.30 petang.
27 22 November 2011 Majlis doa selamat diadakan di tapak Muzium Kapal Selam bersama YAB Ketua Menteri Melaka.
28 22 November 2011 Pasukan Pelupusan ASET dari Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan membuat dukumentasi pelupusan Kapal Selam SMD Quessant di tapak Muzium Kapal Selam.
29 11 Disember 2011 Lawatan TYT Yang Dipertua Negeri Melaka ke Muzium Kapal Selam.
30 14 Januari 2012 Lawatan TKSU Kementerian Pertahanan dan Pegawai Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan Malaysia ke Muzium Kapal Selam.
31 1 Januari 2012 Muzium Kapal Selam dibuka kepada lawatan orang ramai (luar sahaja)
32 21 Februari 2012 Surat Persetujuan Majlis Penyerahan Kapal Selam SMD Quessant daripada pejabat YB Menteri Pertahanan Malaysia.
33 4 Mac 2012 Majlis Penyerahan Rasmi Kapal selam SMD Quessant daripada Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Melaka.
34 10 Sept – 30 Nov. 2012 Kerja-kerja naiktaraf/ubahsuai (bukaan pintu, tangga dan sebagainya)
35 1 Disember 2012 Muzium Kapal Selam dibuka semula kepada orang ramai untuk lawatan  masuk ke dalam kabin.

Loading

TOP