MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

SEJARAH RINGKAS MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pada 23 Julai 1948, 75 orang wakil dari pelbagai pertubuhan belia berkumpul di Victoria Institution, Kuala Lumpur untuk menubuhkan jawatankuasa pro tem bagi Majlis Belia Malaysia. Dalam perjumpaan ini, Abdul Razak bin Hussein (Perdana Menteri Malaysia, 1970-1976) telah dipilih sebagai wakil Majlis Belia Malaysia ke Persidangan World Assembly f Youth (WAY) di Brussel. Di sana, World assembly of Youth telah mengiktiraf Majlis Belia Malaysia sebagai Jawatankuasa Belia Kebangsaan Malaysia.

Ekoran dari ini, jawatankuasa Majlis Belia Malaysia memulakan tugas untuk menggubal Perlembagaan Majlis Belia Malaysia. Manakala wakil-wakil pertubuhan mengambil tindakan untuk menubuhkan Majlis Belia Negeri-negeri. Majlis-majlis ini akan menjadi ahli gabungan kepada Majlis Belia Malaysia. Pada 17 November 1948, Majlis Belia Pulau Pinang dan Province Wellesley (kini Seberang Perai) merupakan Majlis Belia Negeri yang pertama ditubuhkan.

Bertempat di Pulau Pinang, tarikh 9 November 1950 merupakan hari bersejarah apabila perlembagaan Majlis Belia Malaysia yang pertama diterima dan seterusnya jawatankuasa kerja Majlis Belia Malaysia yang pertama telah ditubuhkan. Tujuh buah majlis belia negeri dan empat buah pertubuhan belia telah bergabung dengan Majlis Belia Malaysia. Dengan itu, lahirlah Majlis Belia Malaysia.

JUMLAH AHLI

Keahliannya sekarang ialah 39 iaitu terdiri dari 27 Pertubuhan-Pertubuhan Kebangsaan dan 12 Majlis-Majlis Belia Negeri dengan keahlian individu seramai 1.9 juta belia.

Pertubuhan-pertubuhan ini terbahagi kepada lima kategori iaitu :
i. Pertubuhan bercorak agama:
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  • Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO)
  • Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT)
  • Pekerja Muda Kristian (YCM)
  • Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM)
  • Persatuan Belia Methodist Malaysia (Methodist Youth)
  • Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
  • Persatuan Belia Thai Malaysia
ii. Pertubuhan berunifom:
  • Briged Putera Malaysia
  • Briged Puteri Malaysia
  • Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Persekutuan Pengakap Malaysia
  • Persatuan St. John Ambulance Malaysia
iii. Pertubuhan bercorak sosio-ekonomi:
  • Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
  • Pergerakan Belia 4B (4B)
  • Pergerakan Belia Bersatu Malaysia (GBMM)
  • Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM)
  • Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)
  • Majlis Belia Felda
  • Persatuan Kebangsaan Belia Sabah (SANYA)
  • Persatuan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS)
  • Pergerakan Puteri Islam Malaysia
  • Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
  • Junior Chamber Malaysia
iv. Pertubuhan Pelajar :
  • Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
v. Majlis Belia Negeri:
  • Majlis Belia Negeri Perlis
  • Majlis Belia Negeri Kedah
  • Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
  • Majlis Belia Negeri Perak
  • Majlis Belia Negeri Selangor
  • Majlis Belia Negeri Sembilan
  • Majlis Belia Negeri Johor
  • Gabungan Belia Negeri Melaka
  • Majlis Belia Negeri Pahang
  • Majlis Belia Negeri Terengganu
  • Majlis Belia Negeri Kelantan
  • Majlis Belia Wilayah Persekutuan

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

Muzium Belia

TOP