MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

SEJARAH RINGKAS INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKKBN) ATAU PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA (P.L.B.T.N)

SEJARAH RINGKAS
Pusat Latihan Belia Dusun Tuan telah ditubuhkan pada 22 September 1966. Sebelum ini kawasan ini adalah merupakan Rumah Rehat (Rest House) yang telah dibina pada tahun 1906. Pada masa tersebut kawasan ini mempunyai keluasan lebih kurang 40 ekar dan persekitarannya terdapat kolam air panas. Kolam inilah yang telah menarik masyarakat tempatan dan luar untuk melawat kawasan ini dan kekal sebagai kawasan rumah rehat sehingga tahun 1940.

Menjelang tahun 1941, apabila Jepun menyerang Tanah Melayu kawasan ini telah diambil oleh Jepun dan digunakan sebagai markas hospital untuk merawat askar-askar yang cacat dan tersedera sewaktu perang. Jepun telah menduduki kawasan ini selama 3 tahun, iaitu dari tahun 1941 - 1944. Sehingga kini terdapat kesan-kesan peninggalan Jepun seperti sebuah kubu tentera Jepun yang dibina untuk melindungi kawasan ini semasa peperangan.

Setelah Jepun kalah, kawasan ini diambil oleh British selama lebih kurang 2 tahun. British menjadikan tempat ini sebagai tempat latihan askar British. Kemudiannya kawasan ini telah diambil oleh Askar Melayu sebagai kem tentera selama 5 tahun. Selepas perang dunia kedua kawasan ini digunakan pula oleh Pasukan Polis Hutan dan dijadikan sebagai kem latihan selama 5 tahun.

Pada 22 Jun 1966, kawasan ini telah dijadikan sebagai kem pusat latihan belia yang dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan hasi memorandum yang disampaikan kepada kabinet Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada bulan Januari 1966 oleh KKBS. Pusat Latihan Belia Dusun Tua terletak kira-kira 27 km (16 batu) di Tenggara Kuala Lumpur dengan keluasan sekarang 28 hektar (72 ekar).

Lumpulan pelatih pertama memasuki ialah seramai 85 orang dan tenaga pengajar seramai 25 orang (22 orang jurulatih kawad dan tiga orang guru) Kursus Vokasional yang ada diprringkat itu ialah sebanyak liam jurusan iaitu Jurusan Mekanik Motor, Pembailan Radio dan Televisyen, Binaan Bangunan, Pertanian dan Jahitan.

OBJEKTIF
1.0 Objektif Umum
Menyedia dan memberi kemudahan untuk melatih belia-belia berdisiplin dan berkemahiran yang cekap dan berkesan.
    1.1 Bidang Penekanan
    1.2 Latihan
    1.3 Latihan Kemahiran
    1.4 Kemudahan dan khidmat sokongan

2.0 Objektif Operasi
    2.1 Memberi latihan disiplin kepada 1,000 orang pelatih dalam masa 12 bulan.
    2.2 Memberi latihan kemahiran kepada 800 pelatih dalam masa 12 bulan.
    2.3 Menyedia dan memberi kemudahan dan perkhidmatan sokongan kepada 220 orang kakitangan dan 1000 orang pelatih dalam masa 12 bulan.

JAWATANKUASA KERJASAMA BELIA ASEAN

SEJARAH RINGKAS
Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN ditubuhkan di suatu mesyuarat yang diadakan di Jakarta, Indonesia dalam bulan September 1975. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan kebangsaan dari lima negara ASEAN.

Tujuan utama ditubuhkan badan ini ailah untuk menjadikannya sebagai satu badan penyelaras bagi pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan di negara-negara ASEAN dengan tujuan untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama yang baik dan rapat untuk kebaikan bersama.

Sekretariat bagi badan ini terletaj di Malaysia di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

OBJEKTIF
1. Untuk meluaskan dan menyebarkan sikap kepunyaan kepada idealisma ASEAN dan seterusnya menanamkan semangat persahabatan dan perpaduan.

2. Menggalakkan keamanan, niat baik dan kerjasama yang lebih rapat di kalangan negara-negara ASEAN.

3. Menggalak dan memudahkan program belia bersama.

4. Menggalakkan persefahaman yang lebih rapat dan bertukar maklumat.

5. Menubuh dan memelihara perhubungan dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, kerajaan dan bukan kerajaan.

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

Muzium Belia

TOP