MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
PUSAT BELIA ANTARABANGSA
Perutusan Cik Margaret J.Anstee, Ketua Pengarah Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di Dienna dan Ketua Pusat Kemajuan Sosial dan Hal Ehwal Kemanusiaan di Majlis pembukaan rasmi Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur , 16 April 1988.
Dengan segala sukacitanya saya mengucapkan salam hormat dan doa sejahtera kepada para peserta di Majlis Pembukaan Pusat Belia Antarabangsa, yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah naungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malysia. Kami merasa bertuah sekali dapat menyaksikan kewujudan Pusat Belia Antarabangsa yang lahir daripada datu penubuhan kebangsaan. Kami juga merasa gembira bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu memainkan peranan dalam menghasilkan contoh kerjasama berbilang negara.
Untuk memastikan penyertaan golongan belia dalam pembangunan, kepentingan latihan yang wajar dan sempurna untuk pekerja belia dan pemimpin belia ditekankan dalam garis panduan bagi perancangan lanjut dan susulan sesuai dalam bidang belia, satu suratcara antarabangsa yang diterima oleh Perhimpunan Am Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun1985. Garis panduan itu menggulungkan strategi menyeluruh untuk rancangan belia dalam jangkamasa panjang. Khususnya cadangan dibuat kepada kerajaan-kerajaan supaya memberi keutamaan yang lebih terhadap program-program teknikal dan pendidikan vokasional untuk kaum muda, memajukan dan mengukuhkan dasar dan program untuk melatih pekerja dan pemimpin profesional, dan membentuk serta menyokong skim pembaharuan untuk latihan dan persediaan vokesional yang akan membekalkan kaum muda dengan pengalaman praktik bagi tujuan pekerjaan dan pekerjaan sendiri.
Tanggungjawab mengelola latihan pemimpin belia antarabangsa telah ditugaskan kepada Malaysia dan ini melambangkan pengiktirafan Majlis Kerjasama Belia ASEAN terhadap pengalaman yang dicapai oleh negara ini dalam empat lapangan latihan utama, latihan pelatih dalam kerja belia, kemajuan keusahawanan belia, latihan vokasional untuk pelajar sekolah yang tercicir dan pengurusan pertubuhan belia.
Kerajaan Malaysia sentiasa mengambil berat dan memainkan peranan yang cergas dalam usaha memajukan kaum belia. Kejayaan juga telah dicapai dalam usahanya untuk meningkatkan peranan belia dalam kegiatan pembangunan nasional. Ini khususnya terbukti semasa Tahun Belia Antarabangsa memandangkan kepakaran negara ini dalam lapangan latihan belia, saya percaya Pusat Belia Antarabangsa amat sesuai sebagai pengkalan dimana negara-negara lain boleh berkongsi dan mendapat manfaat daripada pertukaran pengalaman dan pandangan dalam lapangan yang penting ini.
Bagi pihak Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Pusat Pembangunan Sosial dan Hal-Ehwal Kemanusian, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Pusat Belia Antarabangsa dalam segala usahanya.
OBJEKTIF
1. Untuk mempertingkatkan peranan Malaysia di dalam kegiatan belia antarabangsa.
2. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti belia Kebangsaan dan Antarabangsa.
3. Untuk dijadikan sebagai pusat dukumentasi dan rujukkan untuk kegiatan belia Kebangsaan dan Antarabangsa.
4. Untuk menempatkan pejabat organisasi-organisasi belia antarabangsa di kuala Lumpur.
5. Untuk menjalankan latihan untuk belia.
SEJARAH RINGKAS
17.8.1976
Idea untuk menubuhkan Pusat Belia Antarabangsa telah dimajukan di dalam mensyuarat Agung Tahun Majlis Belia Asian Yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr.Mahathir bin Mohammad, Timbalan Perdana Menteri.
1977
Majlis Tindakan Negara semasa mesyuarat yang dipengerusi oleh YAB Tun Hussein Onn, Perdana Malaysia yang telah memberi lampu hijau untuk menjalankan projek tersebut.
1984
Melalui pertolongan yang diberikan oleh Dato' Motohiro Otsuka iaitu salah seorang perintis Program Persahabatan Belia Malaysia Fukuoka, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah berjaya menyakinkan Tan Sri Dato' Kampo Harada di mana beliau kemudiannya bersetuju untuk menderma sebanyak 1 billion yen untuk projek tersebut.
7.2.1985
Dato' Dr. Sulaiman Haji. Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mengumumkan kerajaan telah meluluskan pembinaan Pusat Belia Antarabangsa di Cheras, Kuala Lumpur.
12.3.1985
Yayasan Pusat Belia Antarabangsa telah diwujudkan dibawah Akta Syarikat 1965.
15.5.1985
Tan Sri Dato' Kampo Harada menerima surat penghargaan daripada YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia di atas sumbangannya sebanyak 1 billion Yen untuk pembinaan pusat tersebut.
22.10.1986
Menandatangani kontrak untuk membina dan menjayakan Pusat oleh Y.H. Dato' Abu Bakar bin Haji Mohd Said, Pengerusi Yayasan Pusat Belia Antarabangsa dengan Mr. Iwasaki, Pengarah Utusan, Kajima Topmost Joint Venture.
3.11.1986
Pembinaan pusat dimulakan
31.3.1988
Pembinaan pusat tamat
16.4.1998
Pembukaan rasmi pusat ini telah dilaksanakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohammed, Perdana Menteri Malaysia.
![]()
