MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
PROGRAM KAPAL BELIA ASIA TENGGARA
Program 'Kapal Belia Asia Tenggara' ini didasarkan kepada pengisytiharan bersama di antara negara Jepun dan Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, United Kingdom dan Thailand. Negara Brunei Darussalam menyertai program ini dalam tahun 1985 apabila ia mencapai kemerdekaan penuh dan diterima masuk ke dalam Asean dalam tahun 1984.
Tujuan utama program ini adalah untuk menggalak dan meningkat persahabatan dan persefahaman di antara belia dari 6 buah negara Asia Tenggara dan juga untuk meluaskan pandangan antarabangsa mereka dengan memberi peluang kepada mereka untuk tinggal bersama dalam kapal dan melawat negeri-negeri terlibat serta menyertai dalam aktiviti-aktiviti seperti keluarga angkat, melawat berbagai institusi dan menjalinkan persahabatan dengan belia-belia tempatan.
Tiap-tiap negeri menghantar 35 (sekarang 45) orang peserta yang berumur di antara 16 ke 30 tahun dan mereka mengambil masa selama 60 hari untuk menjelajah negara-negara berkenaan dengan kapal laut. Mereka membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama di samping menyertai berbagai acara kebudayaan dan sukan.