MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

PROGRAM INDUK BELIA NEGARA


MALAYSIA CERGAS
RAKYAT CERGAS NEGARA SIHAT
Satu program yang memberi penekanan kepada kegiatan sukan dan rekreasi fizikal bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan cergas melalui riadah serta penyertaan yang aktif dan berterusan dalam kegiatan tersebut . Ianya juga bertujuan untuk meningkat daya saing dan daya tahan ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti hidup.

MALAYSIA CEMERLANG
KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN
Suatu program ke arah melahirkan jaguh sukan negara yang unggul dan mempunyai nilai-nilai kecemerlangan dalam semua lapangan serta bersikap positif berdikari, bersemangat waja dan bercita-cita tinggi melalui pembangunan sukan prestasi tinggi.

MALAYSIA PATRIOTIK
KESETIAAN TUNGGAK KETEGUHAN NEGARA
Suatu program ke arah pembinaan semangat keinsafan, taat, setia, rela berkorban dan cinta kepada negara ke arah membina keperibadian bangsa yang berani, mempunyai daya juang yang tinggi dan daya tahan terhadap sebarang pengaruh yang negetif disamping memupuk nilai-nilai yang positif.

MALAYSIA HARMONI
PERPADUAN ASAS KEKUATAN
Suatu program ke arah kehidupan yang gembira dan bahagia bagi mencapai perpaduan negara melalui pembinaan masyarakat yang mempunyai sikap saling memahami, hormat-menghormati serta mempunyai rasa tanggungjawab dan cinta kepada negara.

MALAYSIA MAHIR
KEMAHIRAN ASAS KEJAYAAN
Suatu program bagi melahirkan masyarkat belia yang berkemahiran didalam pelbagai bidang selaras dengan matlamat pembangunan negara ke arah memenuhi permintaan guan tenaga di sektor ekonomi, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan. Program ini juga bertujuan bagi mewujudkan masyarakat belia yang progresif.

MALAYSIA MULIA
MASYARAKAT MULIA NEGARA SEJAHTERA
Suatu prograam ke araah membentuk masyarakat belia yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohai dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara yang memberi penekanan kepada sifat-sifat mulia, jujur, amanah, terpuji,berbudi pekerti,iklas berperikemanusian, berfikiran positif dan cinta kepada agama bangsa dan Negara.

MALAYSIA MAJU
BERGERAK BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Suatu program untuk membina masyarakat yang innovatif, kreatif, dan bersikap terbuka terhadap semua bentuk pembaharuan serta Pembangunan sama ada yang bercorak fizikal atau mental selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

MALAYSIA SEJAGAT
KERJASAMA TERAS KESEJAHTERAAN
Suatu program untuk memupuk semangat banggakan negara. Cintakan agama dan bangsa serta usaha-usaha untuk meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa melalui hubungan kerjasama dengan negara-negara luar bagi mencapai kemajuan dan kesejasteran bersama.

MALAYSIA PRIHATIN
BIMBINGAN MENUJU KESEMPURNAAN
Suatu program bagi membentuk generasi bangsa yang mempunyai kesedaran untuk membela masyarakat yang kurang bernasip baik dan membantu mereka yang ditimpa kemalangan serta mengamalkan sifat-sifat perikemanusiaan, bertanggungjawab, penyang dan mempunyai semangat kekitaan.

Loading

TOP