MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
PERTUBUHAN BELIA KEBANGSAAN BERSATU SARAWAK (SABERKAS)
SEJARAH RINGKAS
Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) telah ditubuhkan pada 22 Julai 1972. Ia telah dilancarkan dengan rasminya pada 31 Mac 1973 bertempat di Tepian Gelanggang, Jalan Datuk Ong Kee Hui, Kuching.
Penubuhan pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) adalah di atas persetujuan tiga buah pertubuhan yang terbesar di Sarawak iaitu Gabunagn Kelab-Kelab Belia Melayu Sarawak, Majlis Belia Sarawak dan Kelab-Kelab Belia Bidayuh.
Pada 30 Julai 1973, satu lagi pertubuhan menyertai SABERKAS iaitu Pertubuhan Kelab-Kelab 4B. Semenjak SABERKAS dilancarkan banyak perubahan dan perkembangan telah dapat diusahakan. Sambutan belia-belia tempatan sangat menggalakkan dan setakat ini lebih 80,000 orang belia berbilang kaum telah menyertai SABERKAS dengan jumlah lebih sembilan unit SABERKAS di seluruh negeri Sarawak.
OBJEKTIF
SABERKAS ditubuh dengan berdasarkan tujuan-tujuan atau objektif seperti berikut :-
1. Menanam perasaan berbakti dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada ahli-ahli terhadap Malaysia.
2. Memupuk semangat kerjasama, mental, jasmani dan kebaikan ahli-ahli SABERKAS dan masyarakat keseluruhannya.
3. Memupuk tali persahabatan dan persefahaman di kalangan ahli-ahli dan masyarakat keseluruhannya.
4. Menggalak belia di Negeri ini mengambil langkah-langkah tanggungjawab yang sepenuhnya dalam hal ehwal sivik dan menyertai dengan giatnya dalam pembangunan negara.