MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

PERTUBUHAN BELIA HINDU MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS
Faktor yang membawa kepada penubuhan Pergerakan Belia Hindu ialah terdapatnya kemudahan-kemudahan di kalangan belia ugama lain yang tidak terdapat di kalangan belia Hindu. Sekumpulan 12 orang belia Hindu belasan tahun yang kebanyakannya belajar di sekolah-sekolah ugama berhimpun pada hari Ahad 11 Disember 1949, diruang lalu lintas Bangunan Chettier di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, berazam untuk mengadakan satu pergerakan yang mana akhirnya membawa ke arah wujudnya Pergerakan Belia Hindu pada hari ini. Ia dikenali pada masa itu sebagai Y.S.G. (Youth Spiritual Group) kemudian dalam tahun 1951 ia telah menjadi badan berdaftar yang dinamakan Kuala Lumpur District Hindu Youth Organisation. Keazaman belia-belia Hindu telah membawa pula kepada wujudnya Klang hindu Youth League. Tahun 1957 membawa perkembangan baru apabila Kelang HYO didaftarkan dan Ipoh HYO ditubuhkan dan didaftarkan dalam tahun itu. Dengan wujudnya tiga badan di tempat yang berasingan maka timbullah keperluan untuk mewujudkan persefahaman dan hubungan rapat di antara mereka. Dengan tujuan ini maka 200 orang belia Hindu dari Kuala Lumpur, Kelang dan Ipoh telah menghadiri Konvensyen Kebangsaan Pertama Belia Hindi di Ipoh pada 27 - 29 Disember 1957. Di konvensyen inilah lahirnya Malayan Hindu Youth Council.

OBJEKTIF
Objektif Pergerakan Belia Hindu ini adalah seperti berikut:-

a. Bagi mewujudkan kemudahan-kemudahan untuk mengamalkan ugama dan falsafah Hindu.

b. Bagi menggalakkan perpaduan, persefahaman dan muhibah di kalangan belia.

c. Menggalakkan pembangunan jasmani, kebudayaan dan sosial belia.

d. Membantu orang-orang yang kurang bernasib baik dengan apa saja cara yang boleh.

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

Muzium Belia

TOP