MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
PERTUBUHAN BELIA BUDDHIST MALAYSIA
SEJARAH RINGKAS
Pertubuhan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) ditubuhkan berikutan dengan resolusi yang telah dibuat si Seminar Kebangsaan Belia Buddhist yang telah diadakan di Universiti Malaya dalam tahun 1970.
Sejak tertubuhnya YBAM ini maka hampir semua kumpulan belia Buddhist telah meminta bergabung dengan MBM. Kumpulan-kumpulan baru pula telah digalakkan untuk ditubuhkan di seluruh tanahair dari Kangar hingga ke Kuching untuk menyertai aktiviti dakwah. YBAM telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai mewakili belia Buddhist dan ia telah dijemput untuk berbincang oleh Kerajaan beberapa kali.
OBJEKTIF
1. Untuk menjadi badan gabungan bagi semua belia Buddhist di Malaysia.
2. Untuk menggalakkan dan memajukan amalan ajaran Lord Buddha di kalangan belia.
3. Untuk menyelaras akriviti-aktiviti agama, sosial dan rekreasi melalui badan-badan gabungan.
4. Mengadakan latihan kepimpinan di kalangan belia Buddhist.
5. Untuk memajukan kepentingan-kepentingan lain belia Buddhist seperti yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan.