MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Idea Kepanduan mula diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1916 oleh Miss Gertrude, seorang guru di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. Berikutan dari itu dan atas galakan Guru Besar, Puan Mabel Marsh, " First Kuala Lumpur Guide Compony " telah ditubuhkan.

Bermula dengan hanya28 ahli dalam tahun 1917, kini Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menigkat keahliannya kepada 98,894 orang di seluruh tanahair.

Setelah diiktiraf sebagai Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts - WAGGCS) dalam tahun 1960, Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan antarabangsa.

OBJEKTIF
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan membantu, mendidik dan melatih anak-anak yang menjadi ahli Persatuan ini supaya taat setia, berdikari, berdispilin, sedia memberi khidmat dan mempunyai inisiatif dan daya kreatif. Adalah harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia manghasilkan warganegara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbang rasa terhadap orang lain.

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

Muzium Belia

TOP