MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS
Persatuan Kelab-Kelab belia Malaysia ini telah ditubuhkan dalam tahun 1953. Dalam tahun 1959 cawangan-cawangan negeri di seluruh tanahair telah sempurna ditubuhkan. Dalam tahun 1961 pula, cawangan-cawangan daerah telah ditubuhkan.

Penubuhan Persatuan ini adalah ditaja oleh YAM Tunku Abdullah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Encik Mubin Sheppard dan Mr. A.R. Allen (Penasihat Belia, Kementerian Kebajikan Masyarakat). Ahli persatuan ini sekarang ialah 280,000 orang.

OBJEKTIF
Tujuan utama pertubuhan ini diwujudkan ialah untuk menggabungkan persatuan-persatuan di seluruh negara dan membimbing belia-belia menerusi berbagai-bagai bidang aktiviti supaya berdisplin, mahir dan benar-benar manjadi rakyat yang bertanggungjawab dan mampu memberi sumbangan ke arah pembangunan mereka sendiri, masyarakat, agama dan negara.

PROGRAM
a. Aktiviti Pelajaran
b. Aktiviti Sukan
c. Aktiviti Latihan
d. Aktiviti Seranta
e. Aktiviti Pertanian
f. Aktiviti Ekonomi
g. Aktiviti Dakwah
h. Aktiviti Kebudayaan
i. Aktiviti Khidmat Masyarakat
j. Aktiviti Antarabangsa

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

SEJARAH RINGKAS
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam malaysia (PKPIM) adalah badan induk Pelajar-pelajar Islam Peringkat Kebangsaan dan telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 di Kolej Islam Kelang. Pada mulanya PKPIM dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan diubah seperti nama sekarang setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1965.

Beberapa peristiwa penting telah dilalui, berbagai cabaran telah dihadapi dan pelbagai pengalaman pahit manis telah dialami jatuh, bangun, rebah, bangkit dalam arena kegiatannya. Walau bagaimanapun beberapa waktu penting dalam pergerakannya dan beberapa tahap dalam tindakannya adalah manifestasi cita-cita murni PKPIM dalam usaha menigkatkan seruan dan komitmen (penglibatan) dakwah dan tarbiyah kepada seluruh masyarakat.

PKIPM dalam memikirkan kepentingan menyebarkan fahaman ke Islaman bagi semua peringkat belia dan masyarakat telah mengambil daya uaha untuk menubuhkan "Angkatan Belia Islam Malaysi (ABIM) " melalui keputusan mesyuarat agungnya pada tahun 1971.

PKPIM juga memainkan peranan yang penting di dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan didalam masa yang sama turut sama aktif di dalam semua aktiviti yang bertujuan ke arah proses pengislamisasi.

OBJEKTIF
1. Menjadi satu badan yang mewakili pelajar-pelajar Islam Malaysia.

2. Mengerat dan merapatkan tali persaudaraan di antara semua pelajar-pelajar di Malaysia.

3. Menjadi badan induk kepada persatuan-persatuan pelajar Islam di Malaysia dan kegiatan mereka.

4. Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan atau tuntutan dan permintaan pelajar Islam kepada pihak berkenaan yang berkait dengan masalah pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain.

5. Mengadakan kemudahan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira perbezaan agama, kaum, ekonomi, pergaulan hidup dan bahasa.

6. Berusaha meniggikan mutu pelajaran dan memajukan kepentingan hak-hak untuk menubuhkan persatuan-persatuan pelajar islam di semua peringkat.

7. Mewakili pelajar-pelajar Islam dalam persidangan Islam di dalam dan luar negara serta merapatkan ukhwah Islamiah dan bejerkasama dengan persatuan-persatuan yang sama dasar perjuangan dengan PKPIM.

Loading

TOP