MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Persatuan ini diwujudkan pada tahun 1948. Cawangan-cawangan yang terawal yang ditubuhkan ialah di Sabah (North Borneo pada masa itu) oleh Persatuan Palang Merah British pada tahun 1948. Cawangan Persatuan Palang Merah yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu ialah di Pulau Pinang. Pada penghujung tahun 1952 cawangan-cawangan ditubuhkan di negeri Perak, Terengganu, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Apabila Malaysia ditubuhkan pada September 1963, maka Akta untuk menggabungkan Federation of Malaya Red Cross Society dan juga cawangan-cawangan Red Cross Society di Sabah, Sarawak dan Singapura di bawah nama "Malaysia Red Cross Society" telah diluluskan di Parlimen mengikut the Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965 (Act No: 47, 1965). Dalam tahun 1975, Parlimen Malaysia meluluskan Malaysia Red Cross Society (Change of Name) (Act 162) yang mendapat kelulusan Di Raja pada 21 Ogos 1975 dan telah diwartakan pada 4 September 1975.
OBJEKTIF
1. Berusaha untuk menghindar dan mengurangkan penderitaan manusia di mana-mana sahaja.
2. Menyelamatkan nyawa manusia dan kesihatan serta menentukan supaya manusia di hormati.
3. Untuk menggalakkan persefahaman, persahabatan, kerjasama dan keamanan yang berkekalan di kalangan manusia.
4. Mencuba meringankan penderitaan orang ramai berasaskan keperluan mereka tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan dan warna kulit.
5. Memelihara autonimi supaya dapat bertindak sepanjang masa berdasarkan prinsip-prisip pergerakan ini.
6. Memelihara taraf sukarela supaya perkhidmatannya tidak didorong oleh keinginan untuk mencari keuntungan.
7. Menjalankan perkhidmatan kemanusiaannya di seluruh negara.
8. Berkongsi tanggungjawab dan tugas di seluruh dunia.
ST. JOHN AMBULAN MALAYSIA
SEJARAH RINGKAS
Pergerakan St. John Ambulan di Malaysia bermula secara kecil-kecilan dalam tahun 1908. Dalam tahun 1938 kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Briged St. John Ambulan (St. John Ambulance Brigade) diseluruh negeri besar. Semasa Perang dunia Kedua, Briged St. john Ambulan ini telah memberikan khidmat yang cemerlang dalam kerja pertolongan cemas.
Seterusnya, sebelum penubuhan St. John Ambulan Malaysia sudah pun wujud dua pertubuhan berasingan iaitu Persatuan St. John Ambulan (St. John Ambulan Association SJAA) dan Briged St.John Ambulan (St.John Ambulance Briged SJAB).
SJAA bertanggungjawab mengelolakan kursus-kursus Latihan Pertolongan Cemas, rawatan dan lain-lain.
SJAB pula sebagai satu pertubuhan yang berpakaian seragam adalah mengandungi sukarelawan yang menyumbangkan masa dan tenaga untuk melegakan kesusahan dan menyelamatkan nyawa.
St.John juga merancang aktiviti-aktiviti untuk pemuda-pemudi yang berumur di antara 11 hingga 16 tahun dalam bahagian St.John Ambulan Kadet. Kedua-dua pertubuhan yang berasingan ini (SJAA dan SJAB) kemudiannya disatukan dengan diberi nama St.John Ambulan Malaysia (SJAM) melalui Akta Parlimen yang diluluskan dalam tahun 1972 selepas itu pertubuhan bergerak dengan maju.
OBJEKTIF
1. Menggalak dan memajukan perkhidmatan kemanusiaan untuk menolong orang-orang dalam kesakitan, kesedihan, penderitaan dan bahaya tanpa mengira bangsa, kelas, warna kulit dan kepercayaan.
2. Memberi pertolongan kepada orang-orang yang sakit dan cedera di masa aman dan di waktu peperangan dan menyediakan kemudahan-kemudahan di waktu aman untuk kegunaan di waktu perang dan ini termasuklah menyediakan reserve dalam perkhidmatan perubatan kerajaan dan militari.
3. Menggalak, menuju dan menyelaraskan perkhidmatan organisasi ini dalam semua aspek di seluruh Malaysia.
4. Memaju, menggalak dan menyelaraskan perkhidmatan organisasi ini dengan organisasi yang serupa di negara-negara lain dan bekerjasama dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif yang serupa.
![]()
