MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
PERSATUAN BELIA KEBANGSAAN SABAH (SANYA)
SEJARAH RINGKAS
Persatuan Belia Kebangsaan Sabah (SANYA) ditubuhkan dalam tahun 1966 di Kota Kinabalu (pada masa itu Bandar Jesselton). Pertubuhan ini berfungsi sebagai mekanisma pusat pergerakan aktiviti-aktiviti belia Sabah dalam Malaysia dan pada masa yang sama memainkan peranan sebagai jambatan penghubung di antara para belia yang berbilang kaum dan berlainan kepercayaan, kebudayaan dan sosial.
SANYA juga bertindak untuk menyatukan potensi keseluruhan tenaga belia dalam menggerakkan penyertaan golongan belia dalam pembangunan negara Malaysia.
SANYA bergabung dengan Majlis Belia Malaysia mewakili belia Sabah dalam pertubuhan tersebut.
OBJEKTIF
1. Meninggikan taraf sosial dan kebudayaan ahli.
2. Memelihara serta meninggikan perasaan muhibah, harmoni di kalangan rakyat negeri dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal tat rakyat masyarakat.
3. Memelihara serta meniggikan perasaan muhibah dan persaudaraan dengan lain-lain badan belia yang mempunyai matlamat yang serupa dalam negeri ini.
4. Mengambil bahagian dalam apa jua projek yang memberi faedah kepada negeri ini, ahli-ahli SANYA dan badan SANYA sendiri.
5. Menanamkan perasaan setia dan ingin berbakti kepada negara di kalangan ahli-ahlinya.
6. Mengumpul wang untuk meneruskan matlamat-matlamat SANYA.
7. Membuat apa jua perkara lain yang penting dan berguna untuk mencapai matlamat-matlamat di atas.
MATLAMAT
A) Matlamat SANYA ialah untuk mengumpul belia di negara ini yang berumur di antara 15 - 40 tahun dengan maksud untuk :-
1. Meniggikan tarf sosial dan kebudayaan ahli.
2. Memelihara serta meniggikan perasaan muhibah, harmoni di kalangan rakyat negeri dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal tat rakyat masyarakat.
3. Memelihara serta meninggikan perasaan muhibah, dan persaudaraan dengan lain-lain badan belia yang mempunyai matlamat yang serupa dalam negeri ini.
4. Mengambil bahagian dalam apa jua projek yang memberi faedah kepada negeri ini, ahli-ahli SANYA dan badan SANYA sendiri.
5. Menanamkan perasaan setia dan ingin berbakti kepada negara di kalangan ahli-ahlinya.
B) SANYA tidak boleh melibatkan diri atau mengabungkan diri dengan sebarang parti politik atau apa jua pertubuhan yang berunsur politik.