MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
PERSATUAN ASRAMA BELIA MALAYSIA (MYHA)
SEJARAH RINGKAS
Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) telah ditubuhkan dalam bulan November 1955 dan telah didaftarkan dengan rasminya pada 15 Mac 1957 (Bil. 1121 Selangor). Pengasasnya ialah Dr. John H. Newton yang juga merupakan pengerusi MYHA yang pertama.
Asrama Belia Port Dickson merupakan asrama belia yang pertama dimiliki oleh MYHA dan diikuti oleh Asrama Belia Kuala Lumpur dan Asrama Belia Melaka. Persatuan ini bergabung dengan International Youth Hostel Federation di peringkat antarabangsa dan dengan Majlis Belia Malysia di peringkat nasional.
Persatuan ini telah mendapat status pelepasan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Rujuk JHDN: 01/35.51/179-6.173; Government Gazzette LN 215/60 bertarikh 25/8/1960).
Keahlian adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan kulit yang berumur 12 tahun ke atas dan bersetuju mematuhi undang-undang dan peraturan asrama belia.
OBJEKTIF
Menanamkan perasaan berbaik-baik di kalangan orang ramai melalui persefahaman dalam membekalkan tempat penginapan serta kemudahan dengan mementingkan kesihatan, riadah serta pelajaran pelangan. Untuk mencapai tujuan di atas persatuan akan:
1. Menyampaikan pemberian atau penjualan barangan serta menyediakan tempat penginapan kepada pelanggan dengan harga yang terendah dan berpatutan.
2. Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang lain demi keharmonian negara.
3. Bekerjasama dengan persatuan Asrama Belia Luar Negeri untuk memupuk persahabatan dan juga memperkenalkan lawatan antarabangsa.
4. Menggalakkan kerjasama dengan Pertubuhan Sukarela Tempatan, Badan-Badan Berkanun dan juga orang perseorangan.
5. Mengambil tindakan lain untuk mengembangkan lagi tujuan di atas.