MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

PERLEMBAGAAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA

SEJARAH RINGKAS
Kemajuan negera ini pada masa hadapan adalah bergantung pada sebahagian besarnya kepada hasrat dan cita-cita belianya dan kepada semangat keperintisan, kedinamisan, kebolehan menyesuaikan diri dan kepada keazaman mereka.

Kerajaan sedar bahawa kelab-kelab belia dan pertubuhan-pertubuhan belia mempunyai suatu peranan yang penting dalam menanamkan semangat bagi mencapai sifat-sifat watak yang positif dan diingini itu dan oleh yang demikian ingin melihat perkembangan pertubuhan-pertubuhan belia yang kuat, dinamis dan bertanggungjawab.

Kerajaan juga sedar tentang hasrat belia-belia hendak menyumbangkan tenaga dan usaha terhadap kemajuan dan perkembangannegara dan betapa perlunyasesuatu jentera untuk menarik belia-belia dalam usaha-usaha membentuk rancangan-rancangan belia. Bagi mencapai maksud ini, kerajaan telah menubuhkan suatu Majlis Perundingan Belia Negara dalam bulan Mei 1970.

OBJEKTIF
1. Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.

2. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau kepada badan-badan yang lain mengenai perkara-perkara pergerakan belia.

3. Mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain majlis dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan antarabangsa.

4. Menggalakan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia.

5. Menganjurkan dan menggalakan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pelajaran belia-belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.

6. Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.

7. Berusaha membentuk satu dasar belia Malaysia bersama-sama dengan agensi kerajaan.

TUJUAN-TUJUAN MAJLIS
1. Untuk mengatasi masalah-masalah belia dan bertindak sebagai penasihat kepada Menteri di dalam merangka program-program aktiviti belia.

2. Bertindak sebagai badan perunding dan penasihat kepada semua organisasi belia kebangsaan Malaysia.

3. Menyelaraskan program-program dan aktiviti organisasi di Malaysia.

4. Menyalurkan tenaga dan penglibatan belia untuk pembangunan negara.

5. Untuk sama membentuk lebih rasa setia pada negara dan mencipta satu unsur identiti kebangsaan di kalangan belia.

KEANGGOTAAN MAJLIS
1. Semua Ahli Majlis Tertinggi Majlis Belia Malaysia yang bergabung di dalam organisasi belia.

2. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis Belia Malaysia.

3. Sepuluh buah Jemputan Kenamaan oleh Menteri Belia dan Sukan untuk berkhidmat pada Majlis di atas daya usaha mereka yang berkesan terhadap fungsi Majlis.

Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Setiausaha Parlimen akan menjadi Pengerusi Majlis mengikut giliran masing-masing. Majlis akan bermesyuarat sekali dalam masa enam bulan.

Loading

TOP