MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

PERKHIDMATAN SUKARELAWAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

SEJARAH RINGKAS
Pentingnya penggunaan sukarelawan di dalam aktiviti-aktiviti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula pada tahun 1961 seperti yang telah diiktirafkan dalam resolusi 849 (XXXII) oleh UN Economic and Social Council (ECOSOS).

Beberapa tahun kemudian, kajian yang mendalam kerjasama agensi-agensi UN, Perkhidmatan Sukarelawan, Pertubuhan-Pertubuhan Belia dan beberapa negara yang membangun telah merakan dan menyokong kuat pengwujudan perkhidmatan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Idea untuk mengwujudkan pasukan sukarelawan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebagai satu alat Bangsa-Bangsa Bersatu telah dibangkitkan dengan rasminya pada 31 Julai 1969 oleh ECOSOS. Dalam Resolusi 1444 (XLVII) ECOSOS telah meminta Setiausaha Agong UN untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan Pasukan Sukarelawan Antarabangsa untuk pembangunan.

OBJEKTIF
a. Untuk memberi sumbangan kepada usaha-usaha pembangunan dengan menyediakan tenaga yang layak sebagai sumber tambahan.

b. Untuk menawarkan kepada Sisten UN dan negara-negara ahli sumbangan yang gigih dari orang-orang profesional yang muda dan bersedia berkhidmat sebagai Sukarelawan dengan bayaran yang sedikit.

c. Untuk menggalakan aktiviti-aktiviti pilihan bagi menambahkan penglibatan dalam kerja pembangunan.

d. Untuk menyediakan bantuan dan bekerjasama dengan perkhidmatan pembangunan tempatan di peringkat kebangsaan dan serantau.

e. Untuk memberi peluang kepada orang-orang profesional muda dari semua negara khususnya dari negara-negara yang sedang membangun, selaras dengan semangat TCDC, untuk memberi sumbangan dan mencari pengalaman dalam program pembangunan yang ada kaitan dengan UN dan negara-negara berkenaan.

f. Untuk menambahkan peluang kepada orang-orang muda untuk melibatkan diri dan belajar mengenai pembangunan dan dengan itu menambahkan kefahaman dan kerjasama.

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

Muzium Belia

TOP