MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Pergerakan Puteri Islam telah diwujudkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam pada 17 Oktober 1961 khususnya untuk generasi muda Islam. Pergerakan ini telah diiktirafkan sebagai pergerakan berunifom oleh Kementerian Pendidikan pada 8 Mei 1980 dan telah dilancarkan dengan rasminya pada 17 Jun 1981. Setelah tujuh tahun penubuhannya, Pergerakan Puteri Islam telah diiktirafkan sebagai pertubuhan persendirian pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. Sehingga hari ini, Pergerakan Puteri Islam telah bergerak dengan aktifnya di institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah dan rendah. Keahlian Pergerakan Puteri Islam telah dibuka kepada masyarakat luar sebagai ahli bukan berunifom memandangkan ianya telah mendapat sokongan menggalakkan daripada masyarakat.

OBJEKTIF
1. Melahirkan satu masyarakat yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya.
    i. Taat kepada Allah, Raja dan Negara.
    ii. Berilmu
    iii. Berakhlak Mulia.

2. Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani supaya menjadi insan yang kamil, berilmu dan maju supaya hidup mereka menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT dan dapat berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

3. Membentuk satu kumpulan yang berindentiti sendiri, progresif dan diterima oleh masyarakat.

4. Mengukuhkan rasa persaudaraan dan saling hormat menghormati sesama insan terutama orang yang lebih tua.

5. Bergabung atau menjalinkan pertalian yang erat dengan lain-lain badan yang bertujuan sama di dalam dan di luar Malaysia, terutama sekali dengan negara-negara Islam serta Badan-Badan Berkanun dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kemajuan ahli.

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

Muzium Belia

Loading

TOP