MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
PENGGABUNGAN DENGAN MBM
Keahlian Majlis terbuka kepada semua pertubuhan-pertubuhan belia Kebangsaan dan Majlis Belia Negeri yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama dengan MBM.
SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI
Satu pertubuhan belia yang mempunyai keahlian minima seramai 2,000 orang adalah layak menjadi ahli. Ia juga mesti mempunyai sekurang-kurang enam buah cawangan di 14 buah negeri di Malaysia.
Syarat-syaratnya ialah: -
i. Pertubuhan itu mestilah demokratik dan keahliannya terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
ii. Pertubuhan ini mestilah sebuah badan sukarela dan menjalankan urusannya sendiri.
iii. Kebanyakkan ahlinya berumur di antara 15 - 40 tahun.
iv. Hendaklah mempunyai matlamat untuk pembangunan belia yang seimbang dalam bidang ekonomi, sosial, jasmani, rohani, moral dan politik. Ia juga menyediakan latihan untuk ahli-ahlinya supaya menjadi rakyat yang matang dan bertanggungjawab serta bersedia untuk berkhidmat kepada negara dengan penuh kerelaan dan kesungguhan.
v. Berupaya menjalankan aktiviti-aktiviti dengan sendiri dan memberi peluang kepada ahlinya untuk menyertainya.
vi. Ia hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela.