MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
MATLAMAT MUZIUM BELIA MALAYSIA
Muzium Belia Malaysia, sebagai pewaris kepada para belia generasi hadapan, akan menjadi gedung pengetahuantentang pelbagai aktiviti belia di Negara ini. Dengan adanya sebuah perpustakaan dan Pusat Dokumentasi, muzium ini akan menjadi sebuah institute utama untuk membuat kajian, pungutan, pengembalian dan pemeliharaan barang-barang warisan tentang pertubuhan belia serta aktivitinya dari dahulu hingga masa kini yang berharga. Elemen-elemen futuristic juga akan menjadi sebahagian daripada idea ini.
Barang dan artifak warisan yang terpilih akan dipamerkan sebagai bahan visual. Bagi srategi jangka panjang, adalah diharapkan akan mendapat penghargaan masyarakat, terutamanya para belia serta membawa kepada pemahaman dan penghargaan tentang aktiviti-aktiviti dan sumbangan-sumbangan oleh pemimpin-pemimpin belia da pertubuhan masa lampau, dengan menonjolkan elemen-elemennya yang paling cemerlang.
Intipati matlamat adalah untuk mempromosikan semangat patriotisme dan cintakan Negara di kalangan rakyat, sikap bertanggungjawab terhadap pembangunan Negara dengan mempelajari sejarahnya serta mendukung teladan-teladan masa lampau.