MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

MAJLIS BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN

SEJARAH RINGKAS
Majlis Belia Wilayah Persekutuan ini pada mulanya terletak di bawah naungan Majlis Belia Selangor dan Wilayah Persekutuan. Apabila Pertubuhan-Pertubuhan Belia Kebangsaan menubuhkan cawangan-cawangan mereka yamg berasingan di Wilayah Persekutuan maka timbul hasrat dikalangan Pemimpin-pemimpin belia di Wilayah Persekutuan untuk menubuhkan badan induk mereka yang berasingan supaya dapat mereka bergerak dengan lebih bebas dan cergas bagi menyelaraskan program-program mereka di Wilayah Persekutuan.

Dengan hasrat itu maka pemimpin-pemimpin belia di Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan beberapa perbincangan yang memakan masa yang agak lama bagi membincangkan perkara ini. Akhirnya mereka telah berjaya mengatasi segala masalah dan rintangan untuk menubuhkan badan induk. Badan ini yang diberi nama Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah selamat ditubuhkan dan didaftarkan dalam tahun 1987.

DASAR DAN TUJUAN
Dasar Belia negara menjadi pegangan dan dasar Majlis

Mengakui bahawa Majlis adalah badan induk serta merupakan badan perunding/penyelaras kepada pergerakan belia dalam Wilayah Persekutuan maka tujuan-tujuan Majlis adalah seperti berikut:-

1. Menggalak, mengembang dan memajukan pergerakan belia melalui aktiviti-aktiviti badan rujukan dan badan induk termasuk penyelidikan, latihan, mengumpul data belia, mewakili suara dan hasrat belia dan mengadakan kemudahan-kemudhan yang cukup bagi kepentingan dan kemajuan belia-belia di Wilayah Persekutuan.

2. Merancang dan menyelaras usaha-usaha memupuk semangat perpaduan, integrasi nasional dan kewarganegaraan.

3. Mendapatkan perwakilan belia dan lain-lain badan yang ditubuhkan oleh kerajaan, badan berkanun atau lain-lain institusi sama ada kerajaan atau swasta.

4. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau badan-badan yang lain termasuk media massa mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan belia atau masyarakat.

5. Menggalakkan sokongan, penyertaan atau penglibatan semua kaum dan pihak termasuk institusi-institusi kerajaan, swasta, professional dan lain-lain bagi menfaat perkembangan pergerakan belia di Wilayah Persekutuan.

6. Mendapat dan mentadbirkan wang dan harta bagi mencapai tujuan-tujuan Majlis daripada agensi-agensi kerajaan, yayasan-yayasan, orang perseorangan dan sumber-sumber lain.

Loading

TOP