MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
MAJLIS BELIA SELANGOR
SEJARAH RINGKAS
Usaha menubuhkan Majlis Belia Selangor bermula selepas Perwakilan Belia yang bersidang pada 23 Julai 1948 di Victoria Institution, Kuala Lumpur sempena dengan Meayuarat Penubuhan Majlis Malaya (sementara). Di Mesyuarat Agung MBM yang pertama pada 9 September 1950, MBS telah hadir dan sama-sama terlibat dengan perlantikan Jawatankuasa Pertama MBM.
Sebagai sebuah badan yang menjadi sebahagian daripad MBM dan pusat pergerakan pula di Kuala Lumpur, maka MBS telah sama-sama memainkan peranan aktif menggerakkan aktivitiMBM. Antaranya ialah menjayakan Minggu Belia Tanah Melayu yang pertama dari 4 - 10 Februari 1952 dan seterusnya setiap tahun membantu menyumbangkan sebuah kereta berhias untuk MBM menyertai 'Queen Coronation Procession' pada tahun 1953, mewakili MBM di Cigwell Youth Camp, London (1952), Coronation Conference di London (1953), menganggotai Jawatankuasa MBM dan mewakili MBS di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Sungguhpun begitu, MBS hanya didaftarkan secara rasmi pada tahun 1959 atas inisiatif Datin Saadiah Sardon selaras dengan penyusunan semula Majlis Belia Negeri supaya selari dengan Perlembagaan MBM. Namum demikian apabila MBM didaftarkan semula sebagai Majlis Belia Malaysia pada 18 Jun 1968 dengan perlembagaan yang dikemas kini, maka MBM bahagian Selangor telah dibentuk pada 31 Januari 1970 di Dewan Belia Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mulai daripada itu Majlis Belia Daerah ditubuhkan.
Memandangkan aspirasi belia tempatan tidak boleh tercapai sekiranya MBS terus menggunakan Perlembagaan MBM di mana negeri tidak mempunyai kuasa autonomi dan penyelarasannya tidak kukuh, maka pada 27 Mei 1973, perwakilan Badan-Badan Gabungan dan Majlis Belia Daerah di Mesyuarat Agung Khas MBS telah bersetuju MBM bahagian Selangor di bubarkan dan sebagai gantinya Majlis Belia Selangor yang berbentuk baru dengan perlembagaan dan autonominya yang tersendiri sesuai dengan peranannya sebagai sebuah badan penyelaras. Untuk membolehkan MBS (1973) didaftarkan secara rasmi pada 16 Julai 1974, satu persetujuan telah tercapai antara MBS (1973) dengan MBS (1959), maka MBS (1959) dibubarkan di dalam satu mesyuarat terakhir mereka pada 10 Januari 1974.
OBJEKTIF
Matlamat Majlis ialah :-
1. Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dalam pergerakan belia.
2. Menyebarkan penerangan-penerangan dan makluman mengenai cara-cara, teknik dan kegiatan-kegiatan pertubuhan belia.
3. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Badan-Badan lain mengenai pergerakan belia.
4. Menggalakkan persefahaman di antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia.
5. Membantu memajukan kegiatan-kegiatan belia dan menggalakkan menerusi usaha bersama, perkembangan kerja-kerja oleh pertubuhan-pertubuhan belia sukarela.
6. Dengan cara berunding, membantu menubuhkan perstuan-persatuan baru atau pertubuhan untuk kemajuan kerja-kerja belia yang sekarang ini belum ada di dalam negeri.
7. Menganjur dan menggalak minat kesuburan rohani di kalangan badan-badan yang mempunyai minat di dalam perkara ini.
8. Bekerja rapat dengan Kerajaan Negeri dan Jabatan-Jabatan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal di dalam Negeri dan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan Negara.
9. Bergiat di dalam aktiviti harta benda, perusahaan, pembangunan dan kewangan bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi Majlis.