MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
MAJLIS BELIA NEGERI SEMBILAN
SEJARAH RINGKAS
Sejarah perkembangan belia Negeri Sembilan telah lama wujud. Pengakap dan Pandu Puteri ialah pelopor sebagai pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh belia-belia. Awal tahun 50an, zaman darurat ramai belia-belia yang dipengaruhi oleh pihak komunis kerana pada masa itu tidak ada persatuan bagi menjalankan aktiviti yang berfaedah. Dengan hal yang demikian fahaman komunis sangat mudah mempengaruhi pemuda-pemudi di seluruh pelusuk kampomg di negeri ini menubuhkan persatuan pemuda-pemudi di tempat masing-masing. Aktiviti sosial dan sukan adalah kegiatan yang dijalankan oleh pemuda-pemudi masa itu.
Oleh kerana sudah banyak persatuan belia ditubuhkan di Negeri Sembilan, maka timbullah usaha pula penubuhan badan penyelaras peringkat negeri bagi persatuan-persatuan belia yang tidak berunifom tersebut seperti MAYC pada tahun 1959. Selepas itu persatuan-persatuan belia tidak bergabung dengan MAYC. Maka ditubuhkan pula Pergerakan Belia 4B Negeri Sembilan pada tahun 1968. Kemudian tertubuh pula beberapa badan penyelaras peringkat negeri seperti Hindu Youth Negeri Sembilan, Tami Bell Negeri Sembilan, Pergerakan Pemuda Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Gabunagan Belia Bersatu Negeri Sembilan dan beberapa lagi badan penyelaras peringkat negeri.
Pada tahun 1964 dengan daya usaha beberapa tokoh belia Negeri Sembilan seperti Joseph Siow, Ghazali Ahmad, Kan Koh Kuan, Norlia Hj. Talib, Manazis telah menaja Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan tetapi Majlis ini mati begitu sahaja selepas ditaja tanpa diketahui sebab-sebabnya.
Pada tahun 1968 pemimpin-pemimpin belia yang berperingkat negeri menyedari bahawa sudah sampai masanya penyelarasan bagi pertubuhan peringkat negeri ditubuhkan sekali lagi kerana peringkat Kebangsaan telah lama wujud iaitu Majlis Belia Malaysia yang ditubuhkan pada tahun1948.
Dengan inisiatif beberapa orang tokoh belia negeri ini seperti Ahmad Hj. Nasir dan Ken Apadurey dari Pengakap, Ghazali Ahmad, Yusof Daud dan Yahya Pijar dari MAYC, Siti Norjani dari Pandu Puteri, Manaziz dari St. John dan lain-lain telah berusaha supaya belia-belia yang menganggotai berbagai-bagai pertubuhan, di bawah satu bendera dan jurucakap belia negeri ini pada awal tahun 1969. Badan Penyelaras ini dinamakan Majlis Belia Negeri Sembilan.