MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

MAJLIS BELIA NEGERI PULAU PINANG

SEJARAH RINGKAS
Majlis Belia Negeri Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai badan induk dan penyelaras bagi semua pertubuhan-pertubuhan belia di Pulau Pinang. Di samping berusaha meninggikan taraf ekonomi, sosial,fizikal dan pembangunan rohani di kalangan belia, ia juga berusaha menanamkan satu identiti muhibah dan semangat mahu bertugas dan berbakti kepada masyarakat, negeri dan warganegara yang bertanggungjawab.

Kerajaan Negeri telah pun mengiktiraf Majlis ini sebagai Jawatankuasa yang mewakili belia di negeri pualau Pinang dan juga sebagai Badan Perunding dan Penasihat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan belia. Sebelum merdeka, Majlis ini dikenali sebagai Majlis Belia Penempatan.

OBJEKTIF
1. Menentukan supaya prinsip-prinsip demokrasi dan kerja-kerja sukarela diperkuatkan dalam aktiviti-aktiviti belia.

2. Untuk menyebarkan maklumat mengenai cara-cara, teknik-teknik mengenai kegiatan belia.

3. Untuk memberi pandangan dan mengesorkan kepada Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau lain-lain pihak tertentu mengenai perkara-perkara berkaitan dengan belia.

4. Untuk mengukuhkan dan mengekalkan perhubungan dengan lain-lain Majlis Belia dan pertubuhan-pertubuhan dalam negeri dan luar negeri.

5. Untuk membantu dalam pembangunan aktiviti-aktiviti belia dan bantuan untuk meluaskan lagi kerja-kerja sukarela pertubuhan-pertubuhan belia dengan mengadakan bantuan dan persefahaman.

6. untuk meninggikan taraf hormat-menghormati di kalangan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti belia dan menanam semangat persefahaman, kerjasama dan muhibah.

7. Melalui perundingan dapat membantu membentuk pertubuhan-pertubuhan baru demi untuk kepentingan belia di masa depan.

8. Untuk meninggi dan menggalakkan minat terhadap aktiviti ekonomi, pendidikan dan kebajikan di kalangan belia di Pulau Pinang.

9. Untuk menanamkan semangat dedkasi dan kepimpinan di kalangan belia.

10. Untuk bekerjasama dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal belia demi untuk kepentingan pergerakan belia.

Loading

TOP