MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
MAJLIS BELIA NEGERI PERLIS
SEJARAH RINGKAS
Majlis Belia Negeri Perlis pada awalnya di kenali sebagai Majlis Belia Malaysia Cawangan Negeri Perlis. Ia diasakan oleh Encik Abdullah Marzuki, Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia pada tahun 1967. Pada peringkat awal hanya empat pertubuhan iaitu Pertubuhan Pengakap Belia 4B, Pandu Puteri dan MAYC sahaja yang bergabung dengan badan ini.
Apabila demontrasi pelajar-pelajar berlaku di tanahair pada tahun 1974, badan ini telah berubah corak menjadi sebuah badan autonomi yang dikenali sebagai Majlis Belia Negeri Perlis. Selepas ditubuhkan lapan lagi pertubuhan iaitu St. John, Belia Islam, Belia Pembangunan, Puteri Islam,GPMS, Belia Hindu dan Belia Tamil Bell bergabung dengan Majlis Belia Negeri Perlis.
Antara tokoh-tokoh yang berjasa dan membawa kejayaan kepada Majlis ini ialah YAB Dato' Ali Ahmad, YAB Dato' Jaafar Hassan, YB Haji Hussein Abdul Rahman, Tuan Syed Ahmad Syed Ali dan Encik Johari Darus, Pengarah Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri.
OBJEKTIF
1. Untuk bertindak sebagai badan penyelaras bagi badan-badan yang ada di Negeri Perlis.
2. Bertindak sebagai suara belia dalam perkara-perkara yang ada kaitan dengan kepentingan belia.
3. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam perkara mengenai belia.
4. Mewakili Negeri Perlis di peringkat kebangsaan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti MBM.