MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

MAJLIS BELIA NEGERI PERLIS

SEJARAH RINGKAS
Seperti pemimpin-pemimpin belia di negeri lain, pemimpin-pemimpin belia di Negeri Pahang juga berhasrat untuk menubuhkan satu badan induknya sendiri untuk menyatupadukan pertubuhan-pertubuhan belia di negeri itu, menyelaraskan program-program mereka dan bertindak sebagai satu suara untuk kepentingan belia.

Sehubungan dengan itu, mereka telah mengambil langkah sejak 24 Mac, 1980 lagi bagi menubuhkan Majlis Belia Negeri Pahang. Oleh kerana beberapa masalah yang dihadapi seperti butir-butir dalam perlembagaan yang dipinda, pertukaran pemimpin-pemimpin lain dan perubahan pejabat pendaftar pertubuhan sukarela dari Kuala Terengganu ke Kuantan dan lain-lain maka usaha untuk mendaftarkan Majlis ini terbantut.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin belia Negeri Pahang tidak berputus asa dan terus berusaha. Akhirnya usaha gigih mereka membuahkan hasil yang mereka idamkan dengan terdaftarnya Majlis Belia Negeri Pahang pada 2 Oktober 1985.

OBJEKTIF

1. Menegak dan mengukuhkan prinsip-prisip sukarela dan demokrasi di dalam pergerakan belia.

2. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan belia melalui aktiviti-aktiviti bersama.

3. Menganjur dan menggalakkan minat kesuburan rohani, jasmani dan pendidikan belia menerusi kegiatan persatuan.

4. Mencapai matlamat Majlis melalui ahli-ahli gabungan tanpa mencampuri dan mendampingi mana-mana pertubuhan, cawangan bahagian parti politik.

5. Menjadi Jawatakuasa Peringkat Negeri bagi hal ehwal belia kepada mana-mana pertubuhan atau jabatan atau agensi Kerajaan Negeri.

6. Bekerjasama dengan mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan sesuai dengan apa-apa peruntukan di dalam Perlembagaan ini.

Loading

TOP